Sebahagian penyokong Pas yang mengadakan demonstrasi di kawasan Padang Awam, Seksyen 7, Kota Damansara
Antara sepanduk yang menjadi perhatian.
Mustafa berceramah di kawasan Padang Awam, Seksyen 7, Kota Damansara. Di sebelah kanan beliau ialah Dr Nasir.
Bantahan bermula selepas kira-kira 15 minit Mustafa berceramah sekitar jam 10 malam bagi menjelaskan isu yang timbul berhubung pertindihan calon PR di kerusi Dun Kota Damansara.
Salah seorang penyokong turut bertanyakan tentang pendirian Pas tentang Parti Sosialis Malaysia (PSM), yang diketuai Dr Mohd Nasir Hashim, namun ia sekali lagi mendapat cemuhan daripada 30 penyokong selepas Mustafa enggan menjawab soalan itu.
Keadaan menjadi tidak terkawal apabila ahli-ahli Pas tersebut berang selepas Mustafa segera menamatkan ucapannya dan beredar dari lokasi ceramah.
Sebahagian daripada anggota keselamatan terdiri daripada penyokong PKR yang cuba mengeluarkan penyokong Pas dari kawasan tapak ceramah.
Tindakan itu menyebabkan ahli-ahli Pas berkenaan berkumpul di kawasan jalan raya bagi meneruskan bantahan termasuk mahu calon Pas, Ridzuan Ismail bertanding di kerusi Kota Damansara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini mewakili Pakatan Rakyat Subang.
Namun tindakan pantas polis berjaya meleraikan keadaan dari menjadi bertambah tegang dengan mengarahkan kedua-dua penyokong bersurai kira-kira jam 11.30 malam.
Tiada sebarang tangkapan dilakukan oleh pihak polis berikutan insiden tersebut dan keadaan dikawasan itu kembali terkawal.
No comments:
Post a Comment