Saturday, May 4, 2013

SEBARKAN SEGERA - Terang-Terang DAP Tulis Mahu Hapuskan Keistimewaan Bumiputra

Tengah malam tadi ketika memandu di depan Angkasapuri, tiba-tiba di laluan bertentangan saya melihat lebih kurang 100 buah kereta berarak mengibarkan bendera DAP. Berderet semuanya bendera DAP. Ada yang satu kereta sampai 4 bendera pun ada. Menyirap darah oooo....
Bila lihat keadaan begitu teringat pula gambar-gambar yang biasa dilihat yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Begitulah cina-cina DAP berarak keliling KL dan Selangor untuk menyapu dan menghalau melayu. 
Dua hari lepas saya ada tulis artikel berkenaan dengan seorang pemimpin DAP yang menghina PM dengan berkata otak PM sebesar otak cicak. Lihat sini
Ada seorang pembaca hantar komen yang meminta pembaca melihat polisi DAP yang disiarkan di laman web mereka. Semakan yang saya lakukan memang benar seperti apa yang dihantar. 
Sekali lagi darah aku jadi menyirap bila membaca Visi dan Misi DAP yang disiarkan di laman web mereka. 
Tanpa ada rasa takut, tanpa ada rasa bersalah, terang-terang mereka kata hendak menghapuskan keistimewaan bumiputra. 


Abolition of the division of "bumiputra" and "non-bumiputra" and the implementation of ethnic equality.
Menghapuskan pembahagian bumiputra dan bukan bumiputra, dan perlaksanaan sama rata untuk semua etnik.

Anda lihatlah sendiri di link ini  http://dapmalaysia.org/newenglish/au_vm_pp.htm

Boleh dikatakan setiap hari ada iklan Lim Guan Eng yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian yang berbunyi, bukan anti melayu, bukan anti islam, cuma anti rasuah.

Bukan anti melayu apa ke bendanya kalau nak hapuskan keistimewaan bumiputra ?


Saya pun hairan bagaimana Sinar Harian yang mengaku sebuah syarikat bumiputra boleh siarkan iklan berkenaan di akhbarnya tanpa mereka menyedari perjuangan DAP untuk menghapuskan keistimewaan bumiputra ?
Kepada rakyat Malaysia, masa masih ada untuk anda buat keputusan. Bukti apa agenda yang DAP hendak lakukan kepada kaum bumiputra telah jelas terbentang depan mata anda sekarang. Jangan sesekali beri undi kepada DAP, PAS dan PKR jika tidak mahu segala keistimewaan bumiputra dihapuskan. 
Pas boleh kata mereka akan jaga keistimewaan bumiputra. Jangan percayakan Pas....Mereka nak jaga kalimah Allah pun tak boleh hingga terpaksa bersetuju dengan DAP. Perjuangan negara islam mereka sendiri pun mereka gugurkan, bagaimana mereka nak jaga kita ?
Kepada sahabat seperjuangan di alam cyber, kita ada masa sikit lagi, tolong sebarkan perkara ini semaksimum mungkin sebelum orang ramai keluar mengundi esok. Biar orang ramai jelas dengan perjuangan DAP yang mahu menghapuskan hak istimewa orang melayu  dan mereka bersama-sama dengan kita mempertahankan keistimewaan bumiputra daripada dirobek DAP. 
Sesiapa yang ada printer tolong print page berkenaan daripada laman web DAP sebagai bukti. Kita jangka mereka akan buang perkara tersebut jika keadaan kecoh. 
 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts