Masuk himpunan Blackout 505 yang kelima di Seremban Jumaat malam ada kalangan hadirin yang kedengaran berbisik sesama mereka kesian tengok Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus meroyan hendak juga jadi Perdana Menteri.
Sudah la tu...gandingan setianya sepanjang himpunan ini ialah Timbalan Presiden PAS Mat Sabu.
Kebetulan kedua mereka ada kes dakwaan melibatkan moral.Satu dengan kes video China Doll dan satu lagi sembang syahdu dan berahi dengan isteri orang di telefon.
Ibarat macam orang yang tak lepas gian,kedua mereka tidak lekang perkataan ' tipu..tipu' semasa berucap membakar semangat penyokong yang terkinja-kinja telan cakap seolah pakatan yang sebenarnya menang PRU13.
Kumpulan hadirin yang rasanya orang biasa yang suka-suka datang tengok himpunan itu juga kedengaran berbisik kata muka tak malu betul melalak begitu sedangkan kes sendiri pun belum beres.
Mereka yang mengikuti setiap himpunan ini dari Kelana Jaya ke Batu Kawan, Ipoh,Kuantan dan Seremban mendengar tema mereka melalak hal yang sama saja.
Soal undi popular terus dijadikan pancing untuk menghasut hadirin naik sheikh.
Seronoknya Anwar dan Mat Sabu terus menerus berlagak bodoh macam tak tahu sangat undi popular bukan jadi penentu kemenangan dalam sistem pilihanraya Malaysia.
Namun apa nak buat,hadirin sendiri memang seronok mendengar dendangan lagu itu.
Hebat...Anwar gertak nak settle juga dakwaan tipu...tipu ini dalam tempoh penggal ini dan tak mau tunggu hingga pilihanraya umum ke 14.
Dia juga melalak Malaysia kini boleh digelar 'Banglashia'. Ini merujuk kepada dakwaan pembangkang kononnya ribuan orang Bangla yang mengundi.
Kalau sudah sebut 'Banglashia' jumlahnya mestilah capai ratusan ribu orang Bangla yang mengundi.
Sedangkan cuba tanya di serata negara mereka yang keluar mengundi pada 5 Mei ada nampak berderet-deret orang Bangla beratur nak mengundi.
Bodoh sangat ke pegawai SPR dan pemerhati parti masing-masing tidak kenal Mat Bangla kalau sudah seramai itu.
Berapa lori yang polis cekup hari itu di pusat-pusat mengundi?
Sampai hari ini pembangkang tidak boleh bawa bukti kukuh adanya Mat Bangla seramai itu yang mengundi.
Yang ada seorang dua di sana sini yang ikut ceritanya mungkin dibawa sendiri oleh budak-budak pembangkang untuk 'berlakon' di pusat-pusat mengundi.
Kata orang buat riuh sikit konon ada Mat Bangla nak datang mengundi,ambil gambar video..itu untuk dijadikan konon bukti.
Kalaupun satu dua itu betul...mana dia yang ratusan ribu Mat Bangla sampai nama Malaysia boleh ditukar jadi 'Banglashia'.
Bab main sentimen ini memang boleh serah pada Anwar dan Mat Sabu.
Tapi sendiri punya kes video dan sendiri punya kes rakaman suara apa cerita?
Dengar cerita ada kalangan budak-budak pembangkang sendiri yang dok gelak tengok gelagat dari satu himpunan ke satu himpunan ini.
Bagi mereka kalau memang ada bukti kukuh,Anwar sudah awal-awal terpacak di SPR nak buat petisyen.
Bukan satu atau dua tapi Rafizi Ramli dakwa di 27 kawasan parlimen berlaku penipuan.
Anwar sebelum ini main hentam tuduh 30 kawasan.
Apa nak hairan ketua pembangkang ini dikatakan cukup obses dengan angka 30.
Ingat balik kelentongnya pasal 16 September konon ada 30 Ahli Parlimen BN nak melompat selepas PRU 2008 dulu.
Selepas itu habuk pun tarak...namun Anwar terus buat muka seposen macam tak ada hal.
Sama juga kata konon nak bertanding di Perak masa PRU13...selepas itu korner balik ke Permatang Pauh...juga buat muka seposen macam tak ada hal.
Dulu kata kalah kalah PRU13...nak bersara jadi pensyarah di luar negara.
Kini alasan diguna dakwa pakatan sebenarnya menang...jadi tak boleh bersara.
Sebab itu kita boleh faham kalau ada kalangan hadirin di himpunan-himpunan ini yang kedengaran kata 'kesian dia'.
Bukan senang nak tutup malu selepas cakap besar konon Putrajaya dalam tangan
sumber agendadaily.
30 sebab dia Dajajilah terakhir dr 30 Dajajilah (Nabi2 palsu) yg akan muncul sebelum dajjal..
ReplyDelete