Friday, May 10, 2013

Jangan Terpedaya Dengan Drama Murahan Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin

May 10, 2013   ·   10 Comments
mole-Azmin-Ali-Zuraida-Kamarudin
Kecohlah kononnya Azmin Ali akan menderhaka kepada Anwar Ibrahim. Kononnya kerana gagal mendapat jawatan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bersama-sama 11 orang ADUN PKR Selangor akan mengisytiharkan keluar parti.

Desas-desus itu cukup menghiburkan terutama selepas TWITTER Azmin Ali ‘menegur’ Anwar Ibrahim menjadi antara bahan siaran yang popular sepanjang  dua hari ini. Lebih menarik lagi ialah apabila pecacai-pecacai Pakatan Rakyat sendiri membuat teori kononnya Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin akan keluar dari PKR bersama-sama 11 orang ADUN PKR Selangor yang lain.

Namun bagi yang berfikiran waras, tindakan keluar parti, tidak mungkin akan dilakukan oleh Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin, apatah lagi ADUN-ADUN PKR Selangor. Walaupun mereka mungkin sedar bahawa mereka adalah pemain kuasa utama di Selangor, namun dengan kelebihan yang ada pada mereka sekarang, keluar parti bererti membunuh segala peluang yang terhidang di hadapan mata.
Tidak mungkin tindakan keluar parti akan diumumkan oleh Azmin Ali kerana sidang media berkenaan akan dibuat di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya walaupun program asalnya sepatutnya dilangsungkan di Hotel De Palma, Ampang.
'
Mana mungkin mereka yang hendak keluar parti akan membuat pengumuman di Ibu Pejabat parti sendiri?

Kecualilah kalau Azmin Ali dan gerombolannya sudah menyediakan ruang untuk ‘merampas’ Ibu Pejabat tersebut dan dengan pengumuman keluar parti, Ibu Pejabat parti itu akan mereka miliki secara total.

Memang mustahil!

Drama dan lakonan para pemimpin PKR, memang sangat hebat. Kalau Ketua Umumnya sendiri pun seorang pelakon yang sangat hebat dan tidak dapat ditandingi oleh pelakon Hollywood, tentulah orang paling kanannya pun mempunyai mutu lakonan yang tidak kurang hebatnya.

Di Selangor, perebutan kuasa dan jawatan Menteri Besar mendominasi Pakatan Rakyat. PAS telah menghantar dua nama iaitu Shaari Sungip dan Rani Osman untuk jawatan tersebut memandangkan PAS mempunyai 15 Kerusi DUN. Sedangkan PKR pula turut menghantar dua nama iaitu Khalid Ibrahim dan Azmin Ali walaupun PKR hanya memperolehi 14 Kerusi DUN. DAP yang memiliki 15 Kerusi DUN, tidak boleh berbuat apa-apa kerana kesemua mereka adalah CINA dan BUKAN ISLAM.

DAP awal-awal lagi telah menyuarakan sokongan kepada Khalid Ibrahim. PAS pula dalam terpaksa, turut memberikan perakuan akan menyokong Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar. Ditambah pula dengan amaran daripada Zuraidah Kamaruddin yang menyatakan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik PKR, PAS kelihatan terlalu kecut dan langsung tidak berani memanggung kepala berhadapan dengan pendatang dari Indonesia yang berjaya menempatkan dirinya sebagai penggubal undang-undang negara Malaysia.

Ramai yang menjangkakan, Azmin Ali sebenarnya cuba menunjukkan kekuatannya kepada Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim. Azmin Ali mahu menunjukkan bahawa sekiranya dia mengarahkan ADUN-ADUN PKR Selangor bertindak, mereka akan patuh kepada segala perintahnya.

Dek kerana itulah Azmin Ali akan mengumpulkan kekuatannya, kemudian menzahirkan sokongan kepada Khalid Ibrahim. Dengan kata lain, dalam pada dia menyokong, dia turut memberi amaran kepada Khalid bahawa kumpulannya jangan dipinggirkan sama sekali. Khalid Ibrahim tidak boleh tunduk semata-mata kepada DAP dan mengenepikan kumpulan Azmin Ali sebagaimana yang dilakukannya pada penggal yang lalu.

Tiada yang luar biasa sebenarnya yang akan berlaku dengan lakonan serta drama terbaru Azmin Ali. Anak derhaka sepertinya sentiasa cuba mendapatkan perhatian yang luar biasa. Dia telah berjaya setidak-tidaknya untuk membuatkan ramai yang berkalih pandang kepadanya. Setidak-tidaknya untuk memberitahu bahawa Azmin Ali masih lagi wujud dalam politik PKR dan pada bila-bila masa sahaja bersedia untuk mengaum dan menggigit sesiapa sahaja yang cuba menghalang matlamat dan cita-citanya!

sumber: Mykmu.net

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts