Gempar sebelum pilihan raya menjelang kurang dari lima hari lagi.
Calon bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali telah membuat
pendedahan dan kenyataan yang mendakwa Nik Aziz. Menurut Tok Him, Nik
Aziz telah menggunakan kedudukan beliau sebagai MB untuk mendapatkan
beberapa lot tanah yang dianggarkan berjuta ringgit.
Namun, beliau tidak berhasrat untuk melaporkan perkara ini kepada
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Walau bagaimanapun, Datuk
Ibrahim Ali akan bekerjasama dengan SPRM sekiranya pihak tersebut ingin
menjalankan siasatan keatas perkara tersebut.
Inilah orang cakap, cakap siang pandang-pandang, cakap malam
dengar-dengar. Kalau tidak sebelum ini pembangkang tak kira siapa pun
ligat mengata orang UMNO dan BN ni kuat makan harta rakyat. Sekarang
ini, tuhan bayar cash. Tak kira lah siapa pun dia itu. Tau-tau TGNA pun
ambil kesempatan juga mengumpul harta sementara masih menjadi MB
Kelantan.
Ni baru tau, patut pun dah sampai berjuta dia menyimpan harta. Rumah
yang sederhana itu mungkin sekadar ingin menutup segala kekayaan dan
kemewahan yang didapatkannya itu. Ingat lagi, mereka-mereka ini galak
menyalak mencari kesalahan dan mereka kesilapan UMNO dan BN.
Rasanya, semua itu dilakukan bagi menutup apa yang mereka buat lah.
Sudahlah memerintah
dah berapa abad, sedap pula dia mengumpul harta. Kemajuan apa yang dibawa di Kelantan melainkan projek yang serba tak siap. Berapa banyak masjid yang dibina PAS selain masjid tinggalan binaan BN?
Tak mengapalah, nasib baik Tok Him orang yang gentle man. Tak mahu
merosakkan mood mengundi rakyat. Yelah, kalau dibuat laporan sekarang,
mau haru juga rakyat Kelantan meleleh air mata kalau terbukti betul
harta yang dikumpul TGNA sampai berjuta nilainya.
Nampaknya, Tok Him pun bijak membuat keputusan. Mahu bertanding dan
berkempen cara bersih. Beliau juga nampaknya mengambil pendekatan yang
baik agar tidak berlaku apa-apa kekacauan melibatkan kedua-dua penyokong
parti masing-masing.
Sama-samalah kita berdoa, agar pilihan raya yang bakal berlangsung
beberapa hari lagi ini akan berjalan dengan aman dan bersih. Moga apa
yang terjadi menjadi satu asas atau ukuran untuk apa yang akan kita
lakukan pada masa hadapan.
Pilihlah dengan kewarasan akal dan keluasan minda kalian. Semoga semua rakyat Malaysia memperoleh keamanan selamanya.
No comments:
Post a Comment