Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Jabatan Imigresen dan Polis mengesan kira-kira 50,000 rakyat China yang masuk ke Malaysia tahun ini tetapi masih belum meninggalkan negara.
Perdana Menteri berkata kedua-dua jabatan itu perlu mendapatkan kerjasama Kedutaan China di negara ini bagi mengesan para pelancong berkenaan.
Adalah penting bagi imigresen dan polis mendapatkan kerjasama Kedutaan China memandangkan jumlah yang sebegitu ramai tidak pulang, katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadual diadakan bulan depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibunegara hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar mengenai rancangan imigresen untuk melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan pelancong yang disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran atau cuba menjadi warga tempatan dengan menggunakan dokumen palsu.
Pihak berkuasa Malaysia turut dilaporkan tidak menolak kemungkinan pelancong terbabit menjadikan negara ini sebagai transit sebelum menyeludup ke negara ketiga.
Ditanya sama ada kerajaan bercadang mengetatkan peraturan sedia, Abdullah berkata pada masa ini kerajaan tidak bercadang berbuat demikian memandangkan perkara pelancong "tinggal lama atau hilang" bukan merupakan perkara baru.
" Bukan perkara baru... kita tak boleh elak daripada perkara ini," katanya.
Mesra pelancong
Menurut laporan Bernama, Abdullah berkata dalam menguatkuasakan undang-undang, imigresen harus mengambil pendekatan yang bijaksana dan mesra kerana dalam masa yang sama Malaysia mahu memastikan pelancong tidak menghindari negara ini.
"Ini seperti bertanyakan soalan-soalan yang berpatutan untuk mengetahui perkara itu dan ini...kalau bertanyapun bukan perkara yang boleh menyakitkan hati," katanya.
Beliau berharap melalui pendekatan ini pelancong akan terus berkunjung ke Malaysia serta mematuhi peraturan sedia ada seperti memperbaharui pas lawatan sebelum tamat tempoh dan memastikan mempunyai dokumen yang sah
Abdullah berkata sekiranya mereka yang dilaporkan menghilangkan diri itu berjaya dikesan dan ditangkap, mereka perlu didakwa di mahkamah supaya dikenakan tindakan yang sewajarnya.
"Kita tak boleh biar atau pejam mata sebelah...tak boleh," katanya.
Statistik 50,000 pelancong China yang menghilangkan diri itu diperolehi berdasarkan jumlah kad pelawat yang diserahkan kepada imigresen ketika pelancong pulang tidak sama dengan jumlah rekod kemasukan.
Awal tahun lalu, Jabatan Imigresen dilaporkan tidak dapat memastikan ke mana menghilangnya lebih 250,000 pelancong dari India dan China apabila rekod menunjukkan mereka tidak keluar dari negara ini walaupun sudah tamat tempoh lawatan.
Pada tahun 2003, 500,000 pelancong China datang ke negara ini tetapi statistik menunjukkan hanya 315,000 warganegara itu yang pulang ke negara asal.
Aakj : ni cerita pada 21 Nov 2005, masa tu Pak Lah jadi PM..dah arah cari..sepi ?
SUMBER
Sesudah sunami cina pd pru 13 banyak yg timbul.KDN yg lepas akan siasat,akan diambil tindakan,akan didakwa.Sampai bila ayat AKAN jadi TELAH????????
ReplyDeletedah jadi pengundi hantu la tuuuuuu..hehehehe
ReplyDeleteMasa diaorang masuk patut ambik cap jari. Jadi bila dia try apply IC, tengok cap jari sama, tahan dan campak ke laut. Inilah satu-satunya cara untuk mengelak diaorang jadi citizen. Seseorang kena memebritahu imigresen tentang penggunaan cap jari ni. Dari zaman dulu lagi dah dengar bila Cina mati, IC diaorang masih valid sebab tak buat report kematian. memang sah ramai pengundi hantu baru-baru ni.
ReplyDeleterupenya... pembangkang yang guna pengundi antu.
ReplyDeleteKalau kerja tak ikhlas inilah jadi nya. Sekarang nak salahkan siapa pulak...? Maka jadilah cerita lagu Bangau....oh...bangau.....pada siapa orang2...Melayu nak bergantung nasib selepas in...? Patutnya tau apa keutamaan...perlu diutamakan...ia itu keselamatan negara. Sekarang pendatang haram dah berlambak2....rakyat nak tidur malam pun dah tak aman. Kalau masalah pendatang haram ini tak di selesaikan dng bersungguh2...PRU 14 tak tau lah macam mana pulak nasib BN. Semua tenaga perlu digembeling oleh kerajaan unt selesaikan hal pendatang haram di Semenanjung Malaysia. Sebenarnya rakyat juga sudah bosan.
ReplyDelete