Oleh Zul Rawi
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia mengambil keputusan
menggugurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Ketua Imam
Khalifah yang dianugerahkan kepadanya beberapa tahun lalu.
Menurut waris keturunan mutlak mahaguru Pertubuhan Silat Seni Gayong
Malaysia (PSSGM), Datin Paduka Hajjah Siti Fadzilah bin Dato Meor Abdul
Rahman, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah mengkhianati anak-anak
gayung seluruh Malaysia. Atas sebab itu PSSGM telah mengambil keputusan
untuk melucutkan jawatan Anwar sebagai Ketua Imam Khalifah.
Anwar juga dikatakan telah memungkiri janji-janji yang telah
diberikan sebelum ini. Antaranya untuk membangunkan serta menjaga
kebajikan anak-anak gayung serta membina asrama di Gelanggang Gayong
Gurun Kedah.
Selain dari itu Anwar juga dikatakan telah berjanji untuk melawat
makam Datuk Mahaguru Pengasas Gayong dan membaik pulih tempat tinggal
Datuk Meor serta mengadakan kenduri kepada semua anak-anak Gayong. Namun
seperti kebiasaannya semua janji itu hanya tinggal janji.
Malah menurut Hajjah Siti Fadilah perjuangan Anwar juga dilihat
bertentangan dengan pendirian anak-anak gayong seperti menyokong LGBT,
pluralisme dan sebagainya.
“Saya selaku waris mahaguru mengumumkan bahawa sandang Ketua Imam
Khalifah yang dianugerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tergugur
dengan sendirinya kerana perjuangan beliau tidak selari dengan
perjuangan Silat Seni Gayong.
“Beliau dengan jelas menyokong LGBT, pluralisme agama yang bercanggah
dengan objektif dan misi penubuhan yayasan ini,” katanya ketika sidang
media petang semalam.
Anwar yang terkenal dengan jolokan ‘Pemimpin Anugerah Tuhan’ sebelum
ini telah diberikan gelaran gayung pada tahun 2007, oleh Setiausaha
Agung PSSGM, Cikgu Majid Mat Isa di Penanti Bukit Mertajam.
Menurut rekod Anwar adalah merupakan satu-satunya pemimpin bukan ‘anak gayung’ yang telah dilucutkan dari gelaran tersebut.
Ketika diminta mengulas lanjut, Hajjah Siti Fadilah nyata kecewa
dengan tindakan Anwar malah menegaskan Ketua Pembangkang itu hanya ingin
mengambil kesempatan terhadap pertubuhan dan anak-anak gayung demi
kepentingan peribadi.
SAAT AKHIR SEBELUM TINGGALKAN JAWATAN, JOE BIDEN UMUM GENCATAN SENJATA
HAMAS - ISRAEL
-
1. Berbaki beberapa hari sebelum Trump mengambil alih jawatan sebagai
Presiden Amerika Syarikat ke 47, Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa
pentadbira...
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment