Friday, December 20, 2013

Sedikit Tips pasal Tol kalau nak baca lah....

Semalam ada member blogger whatsapp. Mintak aku ulas isu kenaikan harga tol yang tengah hangat sekarang ni.

Haihhh.

Aku sebenarnya berat hati nak tulis isu-isu sensitif macam ni. Sebab kalau tersalah tulis, akan ada yang melenting. Bukan semua orang boleh berlapang dada bila berbeza pendapat. Huhu.

Tu sebab aku pejamkan mata bila baca status/komen sesetengah kawan-kawan kat fb. Kadang tu bila baca, rasa macam memang ditujukan khas pada aku pun ada. Huhu.

 Tu la kot harga yang aku kena bayar. Makin ramai yang membaca, makin ramai jugak yang membenci. Huhu.

Tipu la kalau aku tak rasa apa-apa. Bengkak jugak sebenarnya hati ni. Tapi baru ni aku dengar kuliah Syeikh Omar Suleiman. Dia cakap, bila marah kan nabi ajar suruh ambil wudhu’? Kalau tengah berdiri, duduk. Kalau tengah duduk, baring.

Maknanya, ubah kedudukan.

Sama la jugak hal social media ni. Bila rasa nak marah, cepat-cepat tinggalkan. Jangan komen masa tu. Pergi mana-mana dulu, or buat benda lain dulu. Nanti dah sejuk, baru komen (kalau masih rasa perlu komen jugak).

Sebab komen selepas 15 minit, 30 minit, atau sejam kemudian yang ditulis dalam keadaan tenang tu, takkan sama dengan komen yang kita terus tulis dalam keadaan marah. 

Dan memang aku setuju dengan tips ni. Bila dah sejuk, kadang-kadang aku rasa, ‘Ah, tak payah layanlah. Dunia ni luas lagi. Macam-macam lagi aku boleh buat selain nak bertekak dengan dia ni. Semoga Allah lapangkan dadanya dan bagi dia ilmu yang bermanfaat’.

But deep down in my heart, aku sebenarnya kurang senang bila terrrlalu banyak tulisan yang menunjukkan betapa tak fahamnya orang tu tentang issue yang dia sendiri tulis.

 Aku bersangka baik memang dia tak faham. Bukan sengaja buat-buat tak faham dan guna sebagai excuse untuk lepas geram.

Memang ada masa aku rasa macam, Eh, patut ke ha aku bagitau apa yang dia cakap ni kurang tepat? Tapi nanti sure dia melompat punya. Silap-silap kawan-kawan dia pun tumpang sekaki gelakkan aku balik. Bukannya tak ada pengalaman macam tu sebelum ni.

Nak-nak pulak ada sesetengah tu memang tak rapat sangat dengan aku. Nanti kalau tegur, langsung dia tak mau dekat dengan aku terus. Nanti kalau reunion, takde orang nak kawan aku. Mesti aku duduk tengok cengkerik sorang-sorang. T-T

Tapi bak kata kawan blogger aku, moga-moga dengan sedikit kefahaman yang aku ada, boleh bagi panduan untuk orang lain sebelum nak bertindak/berperasaan negative. 

Sebab selalunya bila tengah marah, memang komen tu ikut sedap jari je. Macam terlupa pulak malaikat kiri kanan ni kerja 24 jam. Tu yang tak rasa bersalah nak troll, nak fitnah, nak menyindir, nak sakitkan hati orang lain tu.

Sedangkan dalam bergurau pun nabi tak bagi kita berbohong. Anehnya kita hari ni langsung tak rasa bersalah bila tulis dan sebarkan benda yang tak ada. Ya, mungkin pada kita untuk ‘seronok-seronok saja’. 

Itu namanya the art of trolling bro.
 
Wah, sejak bila pulak ada rebate untuk dosa mengada-adakan benda yang tak ada, walaupun dengan niat nak bagi orang gelak dan like tulisan kita? Huhu.

Oh, sebelum tu. Nak selit sikit lagi tentang kuliah Syeikh Omar tadi.
Dia cakap bila kita menyakiti orang, kita sepatutnya sedar yang Allah lebih mampu untuk menyakiti kita.

True enough. Kadang kita ni rasa bagus, sengaja nak perli-perli orang, sakitkan hati orang bila baca tulisan kita. 

Tapi kita lupa Allah bukan saja lebih mampu, malah lebih layak lagi untuk sakitkan kita. Mujurlah keampunan Allah itu selalu mendahului kemurkaanNya. Huhu.

Aku berpesan pada diri sendiri juga. Maklumlah, entah berapa ribu perkataan dah yang aku tulis. Mungkin pada aku, Takde apa la. Kecik je. Suka-suka je.

Tapi di sisi Allah, yang kecil itu adalah besar dan berdosa. Dan mungkin jadi asbab untuk aku dihumban ke dalam neraka. Nau’zubillah. Huhu.
Panjangnya mukadimah. :p

Ok, bab tol ni. Aku bukanlah orang yang layak untuk ulas isu ni. Sebab memang tak banyak yang aku tahu. Setakat baca satu dua report, itu pun atas tuntutan kerja, rasanya memang jelas aku tak ada kelayakan.

Aku tak nak tulis pasal konsesi-konsesi yang bakal naikkan tol tahun depan. Dah cakap tadi, tak banyak yang aku tau pasal tu. Tapi aku nak highlight point DS Wahid about PLUS, yang mungkin ramai orang terlepas pandang. 

Untuk follower yang dah lama baca blog ni, or yang dalam friend list aku kat fb, maybe korang perasan aku bukanlah peminat tegar DS Najib. 

(Baru terbaca tadi ‘PM Najib tidak mahu guna pendekatan populis dalam mentadbir negara.’ Hehe. Nak tergelak baca. Tak populis ye? Hahaha. Hahahaha. Hahahahaha!)

Tapi dalam hal tol PLUS, I must say aku kena bagi kredit jugak pada dia. Here’s why.
Tahun 2010, dia announce pembekuan kadar tol untuk 4 highway yang di bawah PLUS. Govt negotiate dengan UEM Group dan EPF. Dia macam ni, govt (via Khazanah) pegang UEM Group. UEM Group pulak, ada 51% stake + EPF (49%) dalam PLUS.
 group_structure
Hasil rundingan ni, diaorang bersetuju untuk bekukan kenaikan kadar tol selama 5 tahun bermula pada tahun 2010 sampai 2015. 

Yahoo! Lima tahun tol tak naik! 

1. Lebuhraya Utara-Selatan (NSE)
2. Lingkaran Tengah Lebuh raya Utara-Selatan (NSE Central Link) (ELITE)
3. Lebuh raya Laluan Kedua Malaysia- Singapura (Linkedua)
4. Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE)

Bila dah habis tempoh 5 tahun ni nanti, baru akan ada kenaikan.
Sebagai manusia normal, aku pun tak suka dengan sebarang kenaikan harga. Tapi, cuba kita tengok apa lagi hasil rundingan tadi.

Sebelum ni, kalau ikut agreement, Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan ELITE ada kenaikan 10% untuk setiap 3 tahun. Tapi lepas rundingan, diaorang setuju untuk tetapkan kenaikan hanya 5% sahaja untuk setiap 3 tahun. Separuh. 

Untuk Linkedua (Malaysia-Singapore) pulak, sepatutnya ada kenaikan 25% untuk setiap 5 tahun. Tapi terms baru, turun jadi 5% jugak untuk setiap 3 tahun.

Butterworth-Kulim Expressway (BKE), sebelum ni 15-25% hike in every 5 years. Turut distandardkan jadi 5% every 3 years.

Dan untuk orang Penang, Penang Bridge sepatutnya ada 15-50% hike in every 5 years. Tapi dah diputuskan tiada lagi kenaikan selepas ni, sampai konsesi tamat. Sekarang RM7 kan? Terer tak aku? (Cee, mentang-mentang baru balik dari Penang. Hehe. Jeruk Pak Ali pun tak habih makan lagi.) :p
tol
Semua konsesi kat atas ni akan tamat pada tahun 2038. Tak ada lanjutan lagi lepas ni.
Sekarang kita dah tau, govt managed to reduce the hike rates. Tapi 5% ni, kita nak ambil apa pulak untuk compare? Kenapa 5%?
   
Ok. 5% untuk setiap 3 tahun.

Maknanya, lebih kurang 1.7% setiap tahun.

1.7% ni, diaorang compare dengan inflation rate. Kalau kita compare dengan average inflation rate (2.6%), kenaikan 1.7% p.a. ni masih di bawah kadar inflasi. Ada la perbandingan dengan negara luar, tapi aku rasa orang bukan nak dengar sangat bab tu kan?  

Lagi satu point yang aku rasa patut dihighlight adalah govt tak perlu bayar pampasan untuk pembekuan kenaikan tol 5 tahun ni. Kan tadi kita dah tau dari tahun 2010 sampai 2015 ni tiada kenaikan? Kalau nak ikut, sepatutnya govt kena bayar pampasan kepada PLUS sebab tak bagi naik. Jumlahnya approximately RM 3.6bn.

Tak ramai orang bagi credit hal ni. Bagi aku, itu dah save banyak dah tu. Kalau tambah pampasan yang tertunggak, add another RM 2.9bn, yang govt masih belum bayar kepada PLUS.
Dan yang itu pun dah kira settle. RM 6.5bn tak payah bayar in total. Well done!
Tapi berapa ramai yang sedar point ni? 

Ikut pengalaman kerja aku yang tak seberapa ni, sebenarnya highway operators pun tak suka jugak bila ada compensation plan. Walaupun diaorang still ‘dibayar’, govt bukannya akan bayar time-time tu jugak.

 Akan ambil masa untuk luluskan itu ini. Bila ambil masa, ni akan kacau cashflow syarikat. Dan itu pun kalau compensation dalam bentuk cash. Kalau dalam bentuk tax exemption? Lagi la complex.

Katalah dia issue bond untuk buat highway tu. Pinjam duit daripada market untuk buat modal. Dia projected tahun ke 6, dengan kenaikan tol yang dah dipersetujui, dia boleh bayar balik sekian-sekian amount kepada bondholders. 

Tup-tup bila sampai tahun ke 6, kerajaan tak bagi pulak penaik tol. So duit yang dia forecast awal-awal tadi tu tak masuk. Dan boleh jadi tak cukup untuk dia bayar hutang-hutang dia.
Dahh nak kena buat EGM pulak mintak tolong bondholder Sabaq sat, sementara govt nak bayaq kami. Nanti dah dapat duit kami bayaq kat hangpa na. Tu sebab diaorang pun tak happy bila ada compensation. 
And lastly, lets not forget about EPF. Bila EPF pegang PLUS, keuntungan PLUS akan masuk balik pada EPF, iaitu kita la. Dalam bahasa mudahnya, siapa yang ada EPF, sebenarnya dia ada share jugak dalam PLUS. Bila PLUS untung, berapa ramai individu yang dapat manfaat sebenarnya?

Rasanya, setakat ini sajalah yang aku mampu share bab ni. Mintak maaf pada member yang suruh aku komen pasal kenaikan tol tahun depan tu. Aku tak berani nak komen benda yang aku tak faham lagi. Semoga tulisan yang sedikit ni tetap bermanfaat.

~ Kerajaan Selangor ada 30% kepentingan dalam KESAS (via PKNS), 20% dalam SPRINT and LDP (via PERANGSANG). Hopefully they can do something to stop the hike.

By Faiz

Aku dan Cengkerik

No comments:

Post a Comment

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts