Sunday, November 17, 2013

Gambar terbaru Laorde Ardina, pembunuh pegawai bank AmBank

Petaling Jaya: Suspek utama kes menembak mati pegawai AmBank Norazita Abu Talib muncul di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini, semalam, dengan wajah selamba selain penampilan tidak bermaya.

Dia yang memakai baju lokap berwarna jingga dibawa ke mahkamah untuk disambung reman sebelum Majistret Surya Wati Shawal mengeluarkan perintah sambung reman selama tujuh hari sehingga 23 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
LAODE Ardina ketika dibawa ke mahkamah.

Ketika wajahnya mahu dirakam jurugambar media, suspek hanya melontar pandangan kosong dan sedikit pun tidak memberi reaksi menolak gambarnya dirakam seperti kelaziman dilakukan suspek kes jenayah lain.

Lelaki menggunakan MyKad palsu dengan nama Ardi Hamza itu ditahan di jeti Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, Johor dipercayai untuk meloloskan diri ke Batam pada 10 November lalu, selepas 19 hari bersembunyi di rumah dan bangunan kosong sekitar negeri itu.

Polis juga mengesahkan identiti sebenar suspek itu sebagai Laode Ardina Laode Rasila, 35, berasal dari Sulawesi, Indonesia.

3 comments:

  1. sial punya manusia....kalau aku tidak perlu dibicarakan...sah pembunuh..ambil shortgun..tembak aja ke kepala...

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya Laorde Ardina akan diadili dengan kanun cara jenayah Malaysia. Jika pihak pendakwaan dapat membuktikan kesalahan nya maka Loarde akan menerima hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Namun yang menjadi persoalan apakah tindakan dan hukuman yang akan syarikat keselamatan yang mengajikan Loarde. Apa kah tuang empunya syarikat tidak akan didakwa atas kecuaian mereka mengaji pendatang haram untuk menjalankan tugas2 keselamatan yang melibatkan senjatapi. Rasanya syarikat keselamatan tersebut didakwa atas kesalahan membenarkan mereka yang tidak mempunyai kuasa untuk mengunakan senjatapi. Kerajaan jangan hanya mengambil tindakan kepada sipelaku sahaja. Mereka yang cuai dan memberi ruang untuk sipelaku melakukan janayah juga harus dibawa kemuka keadilan untuk menerima hukuman. Jangan hanya kerana mereka yang menjalankan syrikat keselamatan tersebut merupakan orang yang mempunyai nama maka semua kesalahan mereka ditutup. Jika mahukan keadilan maka syarikat keselamatan serta tuan punya syarikat juga harus dihukum sama. Ianya 1 pengajaran kepada syarikat2 yang lain agar tidak menyalahguna lesen yang diberikan.

    ReplyDelete

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts