Tuesday, March 26, 2013

Jangan layan khabar angin Khairy MB baru Negeri Sembilan.

Desas desus yang mengatakan bahawa Khairy Jamaluddin akan menjadi menteri besar Negeri Sembilan baca sini kerana  YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan akan di bawa oleh Perdana Menteri ke Kabinet tidak perlu diangkat pusing oleh rakyat Negeri Sembilan.

Seharusnya Rakyat perlu memberikan  tumpuan dan yang utama, perlu diutamakan dahulu. Kita perlu berikan tumpuan kepada Pilihanraya Umum dahulu bukan menentukan siapakah Menteri Besar Negeri Sembilan. MB yang ada ini sudah cukup untuk mentadbir Negeri Sembilan.

Jika apa yang mereka cuba sebar ini  benar bermakna kerahsiaan kerja DS Najib longgar dan rahsia mudah  bocor. Mana kita tahu siapakah calon yang diplih dan mana kita tahu Khairy bertanding di parlimen atau masih bertanding  dan mana kita tahu  Dato Seri Utama Haji Hasan akan bertandung di Parlimen.

Apakah kita sudah tahu siapa yang akan digugurkan atau siapa yang bertanding di kerusi mana.Jika ada  sesiapa yang meramalkan siapa yang menjadi Menteri Besar ,siapa yang jadi menteri sekarang , ini tentu ada yang tidak kena, Tentu yang menulis ada agenda  mereka tersendiri YANG  HANYA MEREKA SAHAJA YANG TAHU DAN FAHAM.

 Sebaiknya kita tak perlu layan artikel sebegini dan ayuh marilah kita berikan penuh tumpuan kepada PRU13 ini supaya BN menang besar. Artikel ini seolah olah mahu menbunuh  Khiary Jamaluddin. Seharusnya mereka ini mensasarkan pembangkang  sewaktu  yang kritikal ini byukan melagakan sesama orang orang UMNO. Tak perlulah cuba mengharu birukan Politik di Negeri Sembilan.

TB : RAKYAT MASIH MEMERLUKAN KHIDMAT TOK MAT DAN DIA DISAYANGI OLEH RAKYAT MARHAIEN DI NS.


DUN Negeri Sembilan bubar automatik pada Khamis, bukan esok - MB

mohdhasann9xx

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan terbubar automatik pada 28 Mac iaitu Khamis ini dan bukannya pada esok seperti dilaporkan sebelum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya, sebelum ini terdapat kekeliruan membabitkan perjalanan DUN yang menurut Fasal 56 (3) 

Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan, menyatakan Dewan Undangan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat yang pertama kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu. 

"Masalahnya ialah bagaimana untuk menentukan tempoh lima tahun itu bermula atau telah tamat. Jadi dalam hal ini kita guna Akta Interpretasi 1948 dan 1967 (Akta 388)". Bernama melaporkan beliau berkata pengiraan waktu itu dibuat mengikut Seksyen 54 (1) akta itu.

 "Ini bermakna bila kita mengira waktu atau tarikh bermulanya bila, dalam akta ini hari kejadian itu tidak dikira sebagai hari bermula sebaliknya hari esoknya," katanya dalam sidang media di kediamannya di Seremban,Isnin. 

 Katanya, jadi dalam hal pembubaran DUN secara automatik ini, hari kejadian atau hari wakil rakyat mengangkat sumpah iaitu pada 27 Mac 2008 tidak dikira sebagai hari pertama DUN berjalan sebaliknya keesokan harinya iaitu pada 28 Mac 2008.

 "Jadi dengan itu umur DUN kita akan sampai pada 27 Mac 2013 pada 12 tengah malamnya, genaplah lima tahun dan akan terbubar pada Khamis iaitu 28 Mac 2013 dan kerajaan sementara akan tertubuh.

 "Jadi jika Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu membubarkan DUN berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(2) maka tarikh akhirnya adalah 27 Mac ini," katany

Friday, March 22, 2013

BN masih halusi senarai calon, Soi Lek dijangka tidak tanding PRU13

Ekoran kekalahan teruk pada pilihan raya umum lalu, rombakan besar-besaran dipercayai telah dilakukan dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) kali ini. Dua tokoh utama parti komponen BN juga dikatakan tidak tersenarai sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut sumber, hanya tiga presiden parti komponen utama BN di Semenanjung Malaysia iaitu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Mesyuarat kelmarin masih belum ada keputusan lagi. Masih ada pembahagian, parti mana ambil berapa kerusi," kata seorang sumber yang mahu namanya dirahsiakan kepada Sinar Harian Online.

Keputusan itu dicapai dalam pertemuan perdana menteri bersama ketua-ketua komponen BN kelmarin.

Dengan itu, nama-nama besar seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

Soi Lek merupakan Presiden MCA dan Tsu Koon mengetuai parti Gerakan. BN terdiri daripada 13 parti komponen semuanya.

Tsu Koon yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang turut kalah pada pilihan raya umum yang lalu.  Beliau telah pun mengumumkan tidak akan bertanding PRU13.

Menurut sumber itu lagi, mesyuarat bersama Najib akan bersambung lagi hari ini dan beliau yakin akan ada beberapa pertemuan lagi bagi memuktamadkan pembahagian kerusi BN.

"Tak akan selesai esok (hari ini). Ada banyak perubahan sebab kalah dulu," katanya.

Laporan Bernama semalam menyebut bahawa Soi Lek enggan menafi atau mengesahkan dakwaan yang beliau akan meletak jawatan jika Datuk Seri Ong Tee Keat dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Soi Lek berkata, tindakan berkenaan bagi menghormati segala maklumat perbincangan antara beliau dan Perdana Menteri kerana ia sepatutnya tidak dikongsi dengan pihak lain.

Lim Guan Eng cakap pakai Bontot tak pakai otak atas dasar busuk hati !!

Pakatan: 'Pemimpin korup tak boleh lari'
NUR FARHANA ABDUL MANAN
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
PUCHONG – “Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, ‘Perdana Menteri’ baru,Datuk Seri Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan,”demikian tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Arahan itu menurut Guan Eng akan dikeluarkan malam ketika keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumum dan beliau yakin besar ia berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, ia berikutan PR tidak mahu pemimpin yang didakwa kuat ‘curi’ harta rakyat sebelum ini melarikan diri apabila mereka diumum kalah.

Katanya, ‘pemimpin’ dimaksudkan memang pandai kerana jika menang mereka akan tinggal di negara ini tetapi jika kalah akan pakai jet peribadi dan terbang ke luar negara.

“Kita tidak mahu ‘mereka-mereka’ ini bawa  lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja PR diumum dapat tawan Putrajaya.

“Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali  dapat kebenaran ‘kerajaan baru’ Malaysia,”katanya ketika berucap sebelum merasmikan Pusat Perkhidmatan Pilihanraya PR Puchong, di sini lewat malam tadi.

Hadir sama Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim.
Guan Eng sebelum ini mendakwa, negara tidak akan bankrap sekiranya PR memenangi Putrajaya dan perkara itu diakui bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Sambil merujuk Selangor dan Pulau Pinang, beliau berkata, setiap tahun kerajaan negeri itu untung meski memberi duit kepada rakyat melalui program dilaksanakan.

Jelasnya, Barisan Nasional (BN) dilihat menakutkan-nakutkan rakyat dengan cerita tipu sekiranya PR menang besar PRU akan datang.

“Itu semua tipu punya cerita... kenapa rakyat perlu ditakutkan...rakyat tidak buat salah, tidak curi saham.. tidak curi kereta.. tidak curi tanah malah lembu pun mereka tidak dicuri,”katanya.

Dalam ucapan sama, Guan Eng berkata, bapanya Lim Kit Siang akan bertanding di kubu kuat BN di Gelang Patah, Johor.

Jelasnya, jika boleh menang di Gelang Patah beliau percaya akan menang banyak kerusi lain di Johor dan PR mempunyai peluang besar ke  Putrajaya.
Petikan Sinar Harian

1.Lim Guan Eng bercakap diatas dasar balas dendam dan busuk hati mahu menghukum semua pemimpin Barisan Nasional. Ini bermakna mereka menang untuk membalas dendam.

2. Jika  keputusan di umumkan , bukan terus serta merta kerajaan diserahkan kepada Pakatan Rakyat. Ada peralihan kuasa. 

3. Dah tentukah Pakatan Haram ini mahukan Anwar jadi Perdana Menteri atau hanya gula gula saja, takut takut dia orang yang pertama merebut jawatan itu dari Anwar Ibrahim dan jadi penghalang kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

4. Sebaiknya Najib yang keluarkan arahan sebelum PRU 13 agar si kaki jubo itu tidak dpat lari sebab banyak kes yang menunggu termasuklah kamu Lim Guan Eng,

TB.

Sandiwara Anwar menjelang PRU13 !!

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts