al-azharrisiddiq – Pada mulanya saya tidak hendak menulis perkara ini 
dan saya cuba bertahan untuk tidak menulis, kerana Bapak Jusuf Kalla 
berpesan kepada saya supaya berhati-hati. Namun begitu, apabila saya 
membaca blog rakan saya ini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/
 , saya dapati berlaku kekeliruan dan perkara yang tidak adil kepada DS 
Najib. Maka, saya mengambil keputusan untuk menulis berita eksklusif 
ini.
Pertama sekali, pertemuan saya dengan Bapak Jusuf Kalla 
adalah berseorangan dengan dibantu oleh Ahli Parlimen Indonesia, Bapak 
A. Mohamad Fatwa yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia. Saya
 ditemani oleh dua orang rakan.
Hubungan Anwar dengan Bapak 
Jusuf Kalla dan Bapak A.M. Fatwa adalah hubungan sahabat lama 
berpuluh-puluh tahun sejak zaman belia lagi. Malah sehari selepas Anwar 
dibebaskan dari penjara (2004), Bapak A.M. Fatwa terbang ke Kuala Lumpur
 untuk meraikan pembebasan Anwar.
Manakala, hubungan DS Najib 
dengan Bapak Jusuf Kalla ialah hubungan sejarah di mana Bapak Jusuf 
Kalla adalah seorang Usahawan sejak zaman ibu bapanya lagi, manakala DS 
Najib adalah keturunan Bangsawan Bugis dari Kerajaan Goa di Sulawesi 
Selatan. Manakala, saya pula hubungan kekeluargaan dengan Bapak A.M. 
Fatwa dan juga Bapak Jusuf Kalla dari sebelah isteri saya.
Saya ditemani bapa A.M Fatwa, Ahli Parlimen Indonesia, Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia
Negosiasi Antara Anwar-Jusuf Kala-Najib
Dalam perbincangan Eksklusif saya dengan Bapak Jusuf Kalla dalam satu 
jam di rumah Bapak Jusuf Kalla, beliau memberitahu saya bahawa Anwar 
bertemu dengannya sebanyak 3 kali.
Pertemuan pertama berlaku 
pada bulan Mac di mana Anwar datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla di 
Jakarta. Tujuan Anwar bertemu Bapak Jusuf Kalla untuk meminta Bapak 
Jusuf Kalla menjadi orang tengah semasa PRU-13, di mana Anwar sangat 
yakin akan menang dan meminta Bapak Jusuf Kalla memberitahu DS Najib 
supaya sesiapa di antara mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan 
itu. Cukup saya dedahkan satu ini, yang lain sudah pasti rahsia.
Bapak Jusuf Kalla seorang yang bijak, dalam pertemuan itu, beliau 
memanggil dua lagi Ahli Parlimen Indonesia sebagai saksi iaitu Bapak 
Yusril Ihza Mahendra dan Bapak Fahmi Idris, kedua-duanya mantan Menteri 
Indonesia dan kedua-duanya juga adalah sahabat Anwar.
Namun 
demikian, selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada DS Najib 
pada malam 5/5/2013, Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu 
menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan. Kemungkiran 
janji Anwar menyebabkan sahabat-sahabatnya itu (Bapak Jusuf Kalla, 
Yusril, Fahmi dan lain-lain) marah kepada Anwar Ibrahim.
ketika saya berdiskusi dengan bapa A. M Fatwa di rumahnya
Dalam negosiasi itu, Anwar berkata kepada Bapak Jusuf Kalla “saya mahu 
jawatan Perdana Menteri”. Bapak Jusuf Kalla sebaliknya menjawab kepada 
Anwar, “Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib
 menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!”.
Bapak Jusuf Kalla berkata lagi, “jika kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu
 sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di
 Malaysia guna sistem undi electoral (parti)”.
Tambah Bapak 
Jusuf Kalla lagi, “kamu kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil 
memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang. Kamu kata 
ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan 
orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan 
budayanya”.
Masa Depan Nurul Izzah
Dalam pertemuan itu
 juga, Anwar dan Bapak Jusuf Kalla menyentuh masa depan Nurul Izzah. 
Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap soal jawatan Menteri Penuh kepada 
Nurul Izzah. Dalam pertemuan itu, Anwar meminta masa untuk berfikir.
Bapak Jusuf Kalla turut bercakap beberapa jawatan Kabinet kepada Anwar, dan Anwar meminta tempoh masa berfikir.
Menurut Bapak Jusuf Kalla, Anwar datang menemuinya untuk membuat 
negosiasi ini kerana Anwar begitu yakin dia akan menang PRU13 dan 
seterusnya menjadi Perdana Menteri.
Pada pandangan Bapak Jusuf 
Kalla, Anwar hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana Anwar 
mengangggap dirinya adalah Perdana Menteri, Anwar percaya dirinya adalah
 Perdana Menteri, bercampur-campur dengan sikap egonya, maka Anwar kata 
Bapak Jusuf Kalla tidak dapat menerima hakikat ketewasannya di dalam 
PRU13.
Tekanan Washington
Bapak Jusuf Kalla turut 
menceritakan hal lain, di mana beliau memberitahu kepada saya adanya 
elemen Washington dalam keputusan PRU13 itu, di antaranya pihak 
Washington telah menekan Presiden Indonesia supaya menerima kunjungan 
Anwar dan memberi sokongan kepada Anwar.
Dalam hal ini, Bapak 
Jusuf Kalla memberitahu kepada saya beliau telah dihubungi oleh Presiden
 Indonesia untuk meminta pendapat akan hal ini, dan Bapak Jusuf Kalla 
memberi pandangan kepada Presiden Indonesia bahawa adalah tidak betul 
untuk menerima tekanan Washington itu.
Maka, pertemuan Anwar dan Presiden Indonesia semalam jelas akibat daripada tekanan Washington ke atas Presiden Indonesia.
Dapur SPPG Polres Prabumulih Rampung 95 Persen
                      -
                    
Polres Prabumulih Percepat Pembangunan Dapur Gizi Gratis Dukung Program 
Presiden Prabowo Prabumulih – Kepolisian Daerah...
The post Dapur SPPG Polres Pra...
22 hours ago
No comments:
Post a Comment