Situasi
selepas PRU13 berbeza daripada dua belas pilihan raya sebelum ini atas
satu sebab.
Perhimpunan diadakan di beberapa tempat di Semenanjung untuk
menentang keputusan PRU-13 kerana kononnya penipuan besar-besaran
dilakukan" oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Barisan Nasional
(BN).
Setakat ini pemimpin-pemimpin pembangkang tertentu yang membuat tuduhan ini gagal mengemukakan sebarang bukti yang kukuh.
Setiap tuduhan liar yang direka - dari 40,000 rakyat
Bangladesh yang diterbangkan ke Malaysia sebagai "pengundi hantu" ke
peristiwa blackout di Bentong - hanya mengesahkan bahawa kita berdepan
dengan pembohong-pembohong bertaraf dunia.
SPR serta beberapa pakar undang-undang telah berulang kali menekankan
bahawa sekiranya pembangkang memiliki bukti tentang penipuan di
mana-mana kawasan pilihan raya, di peringkat negeri mahupun di peringkat
Parlimen, petisyen boleh dikemukakan di mahkamah seperti yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Ini adalah saluran undang-undang yang digunapakai sejak Pilihan Raya
Umum Pertama pada 1959. Sekiranya ada cara tertib berdasarkan
Perlembagaan untuk menyelesaikan isu-isu pilihan raya, kenapa sebahagian
daripada pembangkang terus memprotes?
Jelas bahawa protes merupakan agenda ketua mereka, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, untuk mencapai cita-cita besar beliau iaitu, menjadi Perdana
Menteri Malaysia. Beliau berharap bahawa siri perhimpunan akan
menjejas kredibiliti kerajaan BN dan ini mungkin dapat memujuk beberapa
ahli parlimen BN melompat masuk pakatan pembangkang.
Kemerosotan kredibiliti BN juga mungkin mendorong lobi-lobi tertentu
di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat (AS) memesatkan kempen
mereka untuk menekan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib menyahut
tuntutan-tuntutan Anwar tentang pilihan raya.
Tetapi, Anwar tidak akan mencapai matlamatnya. Majoriti rakyat
Malaysia tahu bahawa keputusan PRU-13 adalah adil dan mencerminkan
realiti sentimen dan kecenderungan politik kini. Pembangkang sebagai
contoh telah memperolehi 89 kerusi Parlimen - yang terbanyak dalam
sejarah politik negara, selain daripada mengekalkan kuasa dalam tiga
buah negeri dengan majoriti besar!
Kerajaan-kerajaan Barat, termasuk kerajaan AS, menerima
keputusan PRU-13 secara rasmi dan liputan dalam media Barat yang
pro-Anwar pun sudah berkurangan.
Pendekatan kerajaan BN juga membantu BN menguasai keadaan. Polis
tidak cuba menyuraikan perhimpunan-perhimpunan dengan gas pemedih mata
dan sebagainya. Cuma beberapa aktivis didakwa kerana melanggar
undang-undang tertentu.
Kerajaan BN yang dipilih secara demokratik harus terus memerintah
secara normal. Kabinet peringkat pusat dan sepuluh buah negeri yang
dikuasai BN harus melaksanakan dasar-dasar dan program-program mereka.
Bertindak secara normal adalah respons yang paling sesuai terhadap
mereka yang ghairah dengan perhimpunan dan demonstrasi.
Pada masa yang sama BN perlu memberi fokus kepada cabaran-cabaran
yang masih belum diatasi. Kos hidup yang meningkat yang memberi dampak
pada golongan yang kurang berada, terutamanya di kawasan bandar -
sebahagian daripada mereka menolak BN dalam PRU-13 - harus ditangani
dengan langkah-langkah yang lebih berkesan.
Pengawalan terhadap harga barangan; perumahan mampu milik oleh
golongan kurang berada; penyediaan sistem pengangkutan awam yang cekap
dan menyeluruh dan struktur gaji yang adil adalah antara
perubahan-perubahan yang harus dilaksanakan melalui penyusunan semula
ekonomi.
Pembanterasan rasuah, yang juga merupakan isu besar dalam PRU-13, memerlukan iltizam yang lebih kuat dari kepimpinan politik.
Dalam hubungan ini, cadangan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) yang pernah disyorkan oleh NGO-NGO sebelum ini, untuk
melarang sanak-saudara ahli-ahli Kabinet, Exco negeri atau
pegawai-pegawai tinggi perkhidmatan awam daripada membidakan kontrak
atau projek kerajaan semasa mereka memegang jawatan, harus
dikuatkuasakan dengan serta-merta.
Begitu juga, suatu mekanisme perlu dibentuk untuk mempertingkatkan
akses masyarakat kepada aset dan liabiliti semua ahli Parlimen dan Dewan
Undangan dan keluarga terdekat mereka, seperti mana terdapat di
beberapa negara yang lain.
Tahap insiden jenayah yang membimbangkan adalah satu lagi cabaran
yang menghadapi kepimpinan BN dewasa ini. Dalam PRU-13, isu ini
diperalatkan oleh pembangkang untuk menunjukkan pengundi bahawa BN gagal
melindungi keselamatan khalayak ramai.
Pendekatan yang lebih berkesan adalah pra-syarat untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap pemerintah.
Dalam suasana politik pasca PRU-13, BN juga memberi perhatian kepada
struktur BN. Dalam keadaan dimana prestasi parti-parti Cina merosot sama
sekali, kita faham kenapa pemimpin-pemimpin BN tertentu bertanya sama
ada sudah tiba masanya untuk membubarkan semua parti komponen dan
digantikan dengan satu parti tunggal.
Ini adalah persoalan yang kompleks yang perlu dikaji secara mendalam.
Yang lebih penting dan lebih mencabar, adalah sikap dan nilai-nilai
kepimpinan dan keahlian parti-parti komponen BN.
Oleh kerana UMNO dan BN sudah berkuasa selama beberapa dasawarsa dan
hidup dalam zon selesa, apakah semangat perjuangan, semangat pengorbanan
pemimpin dan ahli mereka sudah luntur?
Apakah ini iktibar daripada PRU-12 dan 13? Apakah benar BN kini lebih
mengutamakan wang, kuasa dan kedudukan jika dibandingkan dengan
Perikatan pada peringkat awal perjuangannya? Apakah penyakit
materialisme ini yang merupakan tragedi BN yang sukar diubati?
Bagaimana pula dengan parti-parti pembangkang yang menggelarkan diri
sebagai "pakatan rakyat" yang masih belum mewujudkan suatu gabungan yang
mantap yang mempunyai struktur kepimpinan, simbol dan misi perjuangan
yang sama khususnya dalam soal agama dan kaum?
Sebenarnya, jurang ideologi yang membezakan Pas dan DAP amat ketara:
Pas dengan idea negara Islamnya yang ditakrifkan melalui hudud dan DAP
dengan fahaman 'Malaysian Malaysianya' yang meminggirkan sejarah dan
latarbelakang politik negara ini.
Dapatkah pemimpin dua parti ini mengurangkan jurang ini dalam tempoh lima tahun akan datang ini?
Cabaran yang jauh lebih serius yang dihadapi ketiga-tiga parti
pembangkang adalah keikhlasan mereka dalam membendung sentimen-sentimen
politik tertentu yang akan memudaratkan negara kita sekiranya tindakan
tidak diambil dari sekarang.
DAP, sejak ditubuhkan pada 1966, mengeksploitasi sentimen
marah dan kecewa di kalangan sebahagian besar daripada kaum Cina dan
sebahagian daripada kaum India yang berhubungkait dengan kedudukan
istimewa bangsa Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dalam
Perlembagaan Malaysia dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Gambaran yang diberikan kepada bukan Melayu dan bukan bumiputra
adalah bahawa kerajaan menganugerahkan segala-galanya kepada Melayu dan
bumiputra manakala bukan Melayu dan bukan Bumiputra dianaktirikan dan
dilayani sebagai 'warga kelas dua'.
Keadaan sebenar ekonomi, budaya dan politik masyarakat kita jauh
berbeza daripada persepsi yang dibentuk oleh DAP. Tidak dapat dinafikan
bahawa kaum Cina yang paling kukuh kedudukannya di peringkat atasan dan
pertengahan dalam hierarki ekonomi negara.
Pengamalan budaya dan bahasa Cina yang disokong oleh sistem
pendidikan Cina, berleluasa di negara ini - suatu fenomena yang tidak
wujud di mana-mana negara lain di luar Republik China dan Taiwan.
Begitu juga, penglibatan kaum Cina dalam politik negara, jika dilihat
dari segi sejarah politik Malaysia yang berakar umbi dalam sistem
politik Melayu, adalah luar biasa.
Jelas bahawa kaum Cina tidak dianaktirikan dan bukan warga kelas dua -
walaupun dalam pelaksanaan kedudukan istimewa dan DEB, adakalanya bukan
Melayu dan bukan bumiputra yang layak gagal mendapat tempat di
universiti atau biasiswa atau pun kontrak dan lesen perniagaan.
Tetapi kes-kes khusus - ketidakadilan sedemikian rupa - tidak boleh
dijadikan asas untuk membuat kesimpulan palsu bahawa kaum Cina pada
keseluruhannya dianiaya!
Kesimpulan palsu inilah yang mengghairahkan hampir keseluruhan kaum
Cina untuk mengakhiri apa yang disifatkan mereka sebagai dominasi
Melayu/UMNO dan mencapai "kesamaan" dalam PRU 13.
Ini yang dimaksudkan dengan 'Ubah' - cogankata DAP dalam PRU-13. Oleh
kerana DAP dan kaum Cina gagal ubah kerajaan, mereka harus merenungkan
secara dalam tentang kedudukan mereka, sejarah dan konteks masyarakat
berbilang kaum di negara kita, dan masa depan hubungan kaum di Malaysia.
Secara ikhlas, cuba memahami realiti ekonomi, budaya dan politik
masyarakat kita dan bertindak dengan seimbang berdasarkan realiti ini.
Ini adalah tanggungjawab besar pemimpin-pemimpin DAP, malah cendekiawan
Cina amnya.
Sekiranya renungan ini tidak berlaku dan majoriti kaum Cina terus
dipengaruhi oleh persepsi yang bertentangan dengan realiti, sudah tentu
masyarakat Melayu akan menjadi lebih renggang daripada kaum Cina.
Polarisasi kaum akan bertambah buruk. Polarisasi kaum yang diiringi
oleh ketegangan kaum mengundang pada ketidakstabilan politik yang akan
menjejaskan persekitaran ekonomi.
Sama seperti DAP, Pas juga harus membetulkan persepsi yang
disebarluas dalam kalangan golongan muda Islam bahawa pendekatannya
kepada Islam adalah Islam yang tulen serta mujarab kepada segala cabaran
dihadapi di negara kita.
Pendekatan Pas yang mempunyai ciri-ciri persamaan dengan beberapa
negara yang mengisytiharkan diri sebagai "Negara Islam" serta pergerakan
Islam di tempat-tempat lain, dipersoalkan oleh pemikir-pemikir Islam
kerana lebih mementingkan kulit daripada isi agama.
Itulah sebabnya negara-negara tersebut gagal memberi makna yang
konkrit kepada keadilan sosial dan kemuliaan insan (termasuk kemuliaan
wanita) yang menjadi cita-cita unggul al-Quran al-Karim.
Lagi pun, Pas perlu menyelami persoalan yang masih mencetuskan
perbahasan tentang peranan sebuah parti Islam dalam masyarakat berbilang
agama yang berfungsi dalam persekitaran politik abad 21.
Ini membawa kita kepada PKR. Parti ini juga dibawa oleh arus sentimen
yang dangkal yang berkisar pada ketaksuban terhadap seorang individu.
Sudah tentu ketaksuban sedemikian rupa bertentangan sama sekali dengan
suasana abad 21.
Ahli-ahli PKR harus membebaskan diri mereka daripada belenggu jumud
ini. Parti-parti pembangkang, seperti mana dengan BN, menghadapi banyak
cabaran dalam landskap politik pasca PRU 13.
Mereka harus ambil iktibar daripada cabaran-cabaran ini. Mereka yang
belajar dan buat perubahan yang berkesan secara ikhlas akan berjaya -
Insya-Allah.-
Penulis adalah Pengerusi, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia. Tulisan ini kali pertama disiarkan oleh Mingguan Malaysia.
Tuesday, June 4, 2013
Kita berdepan dengan pembohong bertaraf dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2013
(463)
-
▼
June
(10)
- Black 505: Cinabeng Lari Sebelum Berjuang
- Anuar mengemis simpati dan Penuh dengan Penipuan D...
- Pertemuan Eksklusif Dengan Jusuf Kalla Di Jakarta
- Wajib baca-Bahaya Ultra Kiasu (DAP)Kepada Negara
- Ghani Petail tidak akan jadi hero dengan menghukum...
- Tak kan sekarang baru tahu Nazir Pro Cina ??
- MAZIDUL BUAT LAWAK ....... SIOT BETUL AKU SURE TIN...
- Najib perlu henti "Entertain" pembangkang - hukum ...
- Kita berdepan dengan pembohong bertaraf dunia
- HARAKAH SIARKAN BERITA YANG MEREKA SENDIRI TIDAK S...
-
▼
June
(10)
Cili Api Bloggers
Politik N9
PRU13N9
Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)
My Blog List 2
-
-
PENGARUH WAHABI TERHADAP GERAKAN PEMBAHARUAN ISLAM ANTARABANGSA - Artikel Sebelumnya : *TENTANGAN TERHADAP DAKWAH WAHABI* Adalah suatu hal yang tidak dapat dinafikan lagi, bahawa sesungguhnya pergerakkan Wahabi atau le...2 months ago
-
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS. - Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku untuk me...9 months ago
-
-
The Guidelines Of Texting - Texts No Man Should actually deliver To A Woman Texting is actually a vital part of the this courtship. We figured we’d communicate with some women about m...2 years ago
-
2022 - PERUBAHAN ERA ZAMAN SETIAP 1 ALAF - Kita sudah berada 22 tahun dalam alaf 21. Sepanjang alaf 21 ini banyak peristiwa berlaku tanpa kita sangka. Berlaku banyak perubahan mendadak. Tak ad...2 years ago
-
Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan - MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua...3 years ago
-
JAJARAN BAHARU SEBAGAI STRATEGI POLITIK AMPUH ZAHID - Manusia hanya merancang Allah jua yang menentukan. Siapa sangka BN boleh kalah PRU14 lepas? Siapa sangkat PAS dan UMNO boleh tubuhkan MN? Siapa sangka PH h...3 years ago
-
倉敷 風俗 中出し主婦 セフレ農家体験で抱かれる塾女無料 - 【アダルト 熟女】本気なのにセフレ 無料出会い系サイトタダアイくらぶセフレ 信頼関係素人 おまんこ女性エッチの仕方変わる?相手によって八戸 神待ち,シングルマザー えんこう釧路 ホスラブ 出会いパパ活女子高生滋賀 割り切... The post 倉敷 風俗 中出し主婦 セフレ農家体験で抱かれる塾女無料 f...4 years ago
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI - Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG, lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald Trump y...4 years ago
-
-
Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang PH Baharu - TAHNIAH kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas perlantikan sebagai Ketua Pembangkang.. Khabarnya beliau telah mendapat sokongan Tun M, DAP, Amanah dan W...4 years ago
-
SKANDAL TABUNG HAJI: MUJAHID BAGI ALASAN KENAPA BELI MAHAL MENYEBABKAN PAKATAN KENA JUAL MURAH HARTA-HARTA UMAT ISLAM ITU!!! - Apabila Najib Razak mempersoalkan tentang rasional pelupusan lebih 76% aset Tabung Haji melibatkan tanah perladangan, menteri yang paling banyak cakap, pal...4 years ago
-
#PAU2019 : TEKS UCAPAN NURUL AMAL, NAIB KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA - TEKS UCAPAN SAUDARI NURUL AMAL BINTI DATO’ MOHAMAD FAUZI, NAIB KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA SEMPENA SESI PENANGGUHAN PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAK...4 years ago
-
#JUARA4JDT : Pertahan 'SUMBANGSIH' Jgn Lupa, Jgn Gila.. Ok!!! - *AYOOHHH!!! JOHOR.* *Gemakan Stadium Kitaaaa!!!* Pada malam ini, *'Juara 5 Kali Berturut-Turut'* iaitu tentunya sekali pasukan kebanggan kita... Team JDT...5 years ago
-
OKTOBERFEST : BAKAL MENGUNDANG MURKA ALLAH! BERKATA BENARLAH WALAU IANYA PAHIT! - MHS terpanggil untuk mengingatkan semua pihak termasuk diri sendiri, masyarakat dan pemimpin negara untuk sama-sama menyedari bahawa Pesta Arak yang dican...6 years ago
-
LUAHAN HATI SYED MOKHTAR BUKHARY BERKENAAN NAJIB RAZAK - Luahan hati Syed Mokhtar Bukhary berkenaan Najib Razak Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia...6 years ago
-
KISAH ADUN DAP KOMUNIS YANG BOLO!!! - Sekali lagi dan untuk sekian kalinya, DAP Melaka memalukan diri sendiri. ADUN DAP Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong secara melulu dan jelas berniat jahat melemp...6 years ago
-
TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG - 7 MAC 2016 - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah meminta semua wakil rakyat supaya berhenti berpolitik untuk kepentingan sempit. Dalam titah pada ma...8 years ago
-
PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA - Seorang pekerja seks di Peru, Angela Villion Bustamante bertanding dalam pilihan raya umum negara itu pada tahun ini. Pekerja seks selama 30 tahun itu me...8 years ago
-
AL-AQSA MENANGIS DARAH! - *Bersama Syeikh Yusuf Abu Sunainah - Imam Masjid Al-Aqsa As-Syarief, Baitula-Maqdis* *AL-AQSA MENANGIS DARAH!!!** *Al-Aqsa* *Bumi para anbiya* *Kelahiran...9 years ago
-
HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!! - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa oran...9 years ago
-
Tak payahlah kita rasa malu.. Sesetengah kawasan di Penang tak kibar pun JALUR GEMILANG - Sungguh memalukan ! Pulau Pinang di bawah kerajaan Lim Guan Eng dan DAP menghalalkan pesta tak bermoral di negeri ini? Inilah yang hangat diperkat...10 years ago
-
Pas lah, bukan DAP atau PKR yg teraju PR. - FAKTA - Kekuatan pakatan pembangkang terletak pada Pas. Tanpa ahli dan penyokong Pas, pakatan pembangkang tidak akan berfungsi. Akar umbi pakatan adalah Pa...10 years ago
-
Selepas Khalid Samad, Mujahid Pula Nak Jadi “Hero Kristian” Di Selangor? - [image: bishop2] Sebelum ini, Khalid Samad begitu dikenali sebagai pemimpin PAS yang mempertahankan Gereja Methodist Damansara berhubung isu cubaan memurta...10 years ago
-
Pas Sambut ketibaan TPM di SG.LIMAU tuntut Mohon Maaf. - Pemuda Pas Negeri Kedah akan menghantar satu memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuat permohonan maaf kepada...11 years ago
-
Perhatian ; Pengumuman Penting Blog AAKJ - [image: AZMY KELANA JAYA] Salam kepada sahabat-sahabat dan pembaca setia blog aakj..ini adalah pengumuman penting buat sahabat semua..maaf kerana terpaksa...11 years ago
-
MASIH MAHU BERDIAM??? - Apa semua ini? Ia berlaku di Singapura. Brader mendesak kerajaan Malaysia bertegas di dalam hal ini kerana ternyata ia telah mencemarkan imej Malaysia da...11 years ago
-
BUKTI DAP HALANG BINA MASJID DAN BERANI KATA AZAN GANGGU MEREKA CINA DAP KAFIR HARBI LAKNATULLAH DAH NAIK TOCANG - Video ini ditujukan kepada semua orang ISLAM yang mengucap syahadah dan berpegang kepada ISLAM adalah agama rasmi negara kita MALAYSIA khususnya kepada pen...11 years ago
-
Doa Politik: Nik Razi & Nik Aziz, Adik Beradik Dayus - Selepas masyarakat umum dikejutkan dengan doa politik kepartian oleh PAS yang mendoakan kehancuran saudara seagama, sama seperti firaun dan Namrud dihanc...11 years ago
-
-
Popular Posts
-
PENGALAMAN DIGODA 2 ADIK IPAR PEREMPUAN (KISAH BENAR) | SAYA berusia awal 30-an dan tinggal bersama mentua di Melaka. Kami terpaksa me...
-
Liza, pelacur di Kg Limau Manis, Jalan Hamzah boleh dihubungi menerusi bapak ayam bernama Jai di 014 811 9203 Kaunter pembayaran beras...
-
Malu sungguh Singapore apabila Komando Malaysia menceroboh masuk Pengkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Mal...
-
Macam macam sungguh dalam kehidupan dalam dunia serba canggih ini, ada juga yang berani menghantar dan membuat posting memaparkan selapu...
-
Bajet model la bekas awek aku sorang nie..hahaha..Lagi gambar-gambar Nora Danish di bawah selepas ini. Rugi nye Jejai tingga...
-
Gambar seksi Nora Danish pakai baju tidur didalam rumahnya. Rasanya, ni kali pertama gambar Nora Danish diambil dengan memakai baju tidur...
-
Aku pun tak tahu apa yang TV 3 sayang sangat ngan anak Acheh yang anti kerajaan itu menjadi pengacara MHI. ramai yang dah mel...
-
The Ops Cantas Khas Trafik crackdown has already begun going ‘door to door’ to round up habitual traffic offenders in #IPOH . #Malay...
-
Lazimnya gambar dipaparkan oleh akhbar disunting mengikut kesesuaian pembaca. Begitu juga visual disiarkan di televisyen. Bagi wartawa...
-
Jika anda diminta memilih antara bekalan air bersih dengan projek lebuhraya, mana satu menjadi pilihan anda? Tentu ramai yang mem...
No comments:
Post a Comment