Wednesday, April 17, 2013

Tiga Calon UMNO Yang Berbisa akan Gegarkan Kubu Pakatan Rakyat Gombak


Tiga Calon UMNO dan Satu Calon MIC akan gegarkan Pakatan Rakyat Gombak . Kehadiran mereka hanya dengan satu matlamat sahaja . Mahu menang. Tidak ada siapa akan menghalang mereka untuk menawan kembali kerusi kerusi yang terlepas kepada pembangkang pada PRU13. Amaran mereka , mahu kata apa kepada mereka , katalah.... Mahu fitnah apa , Fitnah lah kerana kehadiran mereka hanya untuk kemenangan bukan untuk takut dengan permainan dan kerja biasa Pakatan Rakyat ..Fitnah. 

Parlimen Gombak : Dr Rahman adalah penyandang  Parlimen Goimbak pada tahun 2004 dan tidak bertanding pada 2008 memberikan laluan kepada Said Anuar. Said Anuar tewas kepada Azmin Ali pada tahun 2008 kerana Tsunami Politik.

 Dr Rahman yang kembali diiringi NGO NGO Gombak kerana beliau adalah Pengerusi badan NGO NGO Gombak. Beliau juga adalah Pegawai Tinggi RELA berpangkat Kolonel. Dr Rahman juga pernah menewaskan Azmin Ali di kerusi Gombak pada tahun 2004 dan Insyaalah kali ini Azmin akan kecundang lagi jika Azmin masih menjadi Calon Parlimen Gombak.

DUN Gombak Setia : Said Anuar Said Ahmad adalah merupakan penyelaras DUN Gombak Setia dan telah lama turun padang untuk melakukan kerja kerja bersama rakyat. Seorang ahli Perniagaan dan merupakan Timbalan Ketua UMNO Gombak. Beliau telah lama aktif dalam politik Gombak dan pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Gombak , Exco Pemuda UMNO Malaysisa Naib Ketua dan Timbalan Ketua UMNO  Gombak.

DUN Hulu Kelang : Abd Rahim Kamaruddin seorang ahli perniagaan dan pernah menyandang jawatan sebagai setiausaha UMNO Gombak pada tahun 2004 dan ini kali pertama bertanding DUN Hulu Kelang adalah merupakan Ketua UMNO Bahagian Gombak. Beliau dikenalai oleh masyarakat pelbagai kaum di Gombak.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts