Wednesday, April 3, 2013

Tidak Ada Masalah Agama Lain Guna Kalimah Allah – Anwar Ibrahim


manifesto Oleh Nor Azlina Shaari 

Isu penggunaaan kalimah Allah S.W.T oleh agama Kristian masih lagi tidak berpenghujung.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendiriannya yang tidak kisah agama lain mengguna pakai kalimah Allah dalam kehidupan seharian dan dalam kitab Bible.

Beliau memberitahu, pendiriannya serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) tentang isu sensitif ini tetap sama walaupun ia telah menyentuh maruah masyarakat Islam.

“Saya nak jelaskan pendirian kita, kita tetap sokong. Tak ada salah. Saya sudah bincang dengan Tuan Guru Hadi Awang, dia dah jelaskan ikut Al-Quran.

“Hadi siap buatkan ‘draft’ (keterangan) terperinci dan menyeluruh, dan membenarkan tidak ada pertikaian kalimah ini digunakan,” kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Anwar berkata, kemelut penggunaan kalimah Allah S.W.T oleh pengguna agama lain tidak langsung mengandungi unsur-unsur penghinaan.

“Sebenarnya, tak ada penghinaan. Kita langsung tak menghina.
“DAP nak guna dan akan guna? Kita takkan halang untuk digunakan,” dakwa Anwar.

Isu penggunaan kalimah Allah S.W.T menjadi besar selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta kalimah Allah S.W.T boleh diguna pakai oleh agama Kristian dan dicetak dalam Bible versi Melayu.

Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz juga membenarkan permintaan Guan Eng tersebut dan tidak melihat permintaan itu melanggar hukum Islam.

Namun, pendirian PAS berubah selepas Majlis Ulama Syura PAS menegaskan kalimah Allah hanyalah untuk umat Islam sahaja.
sumber: Mykmu.net

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts