Penyanyi Janet Jackson Peluk Islam?
Penyanyi
pop dunia, Janet Jackson dikhabarkan telah memeluk Islam.
Desas-desus ini
diperkuatkan lagi dengan laporan daripada National Enquirer yang
mengangkat tajuk kehidupan Islam superstar itu yang dirahsiakan.
Dalam
laporan utamanya, tabloid yang beredar di Amerika Syarikat tersebut mengangkat
tajuk ; “Rahsia kehidupan muslim Janet Jackson”.
Untuk
memperkukuh laporan itu, tabloid tersebut menampilkan foto Janet yang sedang
mengenakan penutup kepala yang menyerupai selendang berwarna
hitam.
Menurut tabloid tersebut juga, Janet dikhabarkan akan
melangsungkan perkahwinan mewah dengan seorang bilionair Arab
Saudi.
Perkahwinan tersebut bakal dilangsungkan dengan konsep super-mewah
yang ditaksir menelan belanja 20 juta dolar AS.
Walaupun pilihannya
menjadi mualaf disebut akibat pengaruh bakal suami, namun Islam secara dasarnya
bukan hal yang baru bagi adik Michael Jackson itu.
Kakak, Jermaine
Jackson, sudah lama memeluk Islam.
No comments:
Post a Comment