|
gambar hiasan |
Mungkin kenyataan itu sesuai untuk digunakan ke atas seorang isteri yang
tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir
suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan
apa saja.
Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan
minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang
dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan
kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.
Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam
kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami. Apabila meminum air
itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut
arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan
kepala serta jiwa yang tidak tenteram.
Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai
Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun
lalu.
Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling
Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak
sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu
terbongkar Disember lalu.
Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang
disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk
menundukkannya.
“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi
malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah
meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala
hati selalu tidak tenteram.
“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah
di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui
pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.
“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit
dengan suami orang yang juga pelanggannya.
Sebenarnya dia mahu kelihatan
berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia
akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi
sasaran,” katanya di sini, kelmarin.