Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita wajib berpuasa. Pada bulan ini kita tidak boleh makan dan minum serta tidak boleh melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar(waktu subuh) hingga terbenam matahari(waktu maghrib). Kita diwajibkan puasa berdasarkan Firman Allah dalam surah Al Baqarah Ayat 183-184. Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Niat Puasa Ramadhan
Mungkin ramai yang sudah tahu niat puasa itu macam mana. Tapi mungkin ada diantara kita yang terlupa kerana puasa ramadhan ni kan setahun sekali. Biasa la tu jika kita terlupa. Jadi saya berkongsi di sini untuk kita sama-sama ingat kembali dan amalkan sepanjang bulan ramadan ini.
Syarat sah puasa adalah kita hendaklah niat puasa. Ia adalah wajib untuk kita berniat puasa di bulan Ramadhan ini.
Waktu untuk kita berniat puasa adalah bermula daripada terbenam matahari, iaitu apabila telah masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib sehinggalah sebelum terbit fajar shadiq(waktu Subuh). Oleh itu, niat puasa itu bolehlah dilakukan pada mana-mana bahagian daripada waktu malam puasa tersebut, walaupun semasa berbuka puasa.
Lafaz Niat Puasa Ramahan
Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”
Doa Berbuka Puasa
Apabila telah masuk waktu berbuka puasa, maka hendaklah kita menyegerakan berbuka puasa dan berdoa kepada Allah.
Ertinya: “Ya Allah kepada Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman. Dan aku berbuka daripada rezeki yang Engkau berikan, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.
Sama-samalah kita mengamalkan niat puasa ramadan ini supaya ibadat puasa yang kita lakukan tidak sia-sia. Jika niat puasa dilakukan dalam bahasa melayu atau apa sahaja bahasa yang kita faham pun boleh asalkan kita memahami niat puasa yang kita lakukan. Cuma jika niat dilakukan dalam bahasa arab kita boleh mendapat pahala kerana bahasa arab itu adalah bahasa Rasulullah S.A.W, bahasa Al Quran dan juga bahasa ahli syurga. Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam.
Gambar fail, Mohd Ashraf Hafiz (kanan) menutup mukanya sebaik menyedari kehadiran media di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Mei lalu. — Foto ihsan Sinar
KUALA LUMPUR, 30 Julai — Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana selepas menjalani pembedahan jantina, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu awal pagi ini.
Dia dilaporkan berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah yang rendah.
Mahkamah menolak permohonan dia pada 18 Julai lalu.
Dalam satu temu bual dengan media keluaran 20 Julai lalu, Ashraf mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya dan sanggup dibunuh.
Bagaimanapun kata Ashraf, 25, ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.
Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak Ashraf yang lebih mesra dipanggil “Aleesha” berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, dia rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.
“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. “Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya.
Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.
Dia membuat pendedahan menukar jantina di Thailand pada 2009.
Dalam pada itu, Bernama Online memetik bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Dia dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Aziz berkata beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.
Katanya Ashraf sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak.
Pemuda UMNO Putrajaya teleh mengedakan satu forum 'Kematangan Demokrasi Di Malaysia'. tahniah kerana ianya telah berjalan dengan lancar. TB sepatutnya hadir bersama telah tidak dapat berbuata demikian kerana telah ke hospital Tawakal untuk membuat pemeriksaan dan doktor yang sepatutnya memeriksa TB telah datang lewat kerana membuat pebedahan. Namun TB memaparkan juga tulisan dari rakan bloggers lain untuk tatapan pembaca.
Bagi Dato' Ahmad Zaki ini adalah kali kedua Tb melihat beliau tampil dipentas bersama pembangkang dalam forum yang terbuka.kalai pertama adalah atas jemputan parti pembangkang.
Ahli panel yang hadir untuk majlis forum tersebut terdiri daripada Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Dato' Haji Ahmad Zaki Zahid, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia (PKR), YB Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Dr Mohammad Nawar Ariffin yang juga bertindak sebagai Non-Partisan di dalam forum tersebut. Syabas dan tanhiah kepada kedua-dua penyokong yang hadir kerana memberi kerjasama yang bagus dan senario yang amat berlainan dengan hadirin ketika Wacana Selepas 9 Julai kerana kematangan dan sifat profesinalisme telah ditunjukkan pada majlis forum tersebut.
Menurut laporan blog Kris Lok7
Adalah mengenai hujahan YB Nik Nazmi, beliau menempelak kerajaan dengan mengatakan bahawa pihak kerajaan yang takut dengan tindakan mereka mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 walaupun perhimpunan itu bukanlah satu perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana di Tahrir, Mesir.
Tindakan beliau mengeluarkan kenyataan ini telah memakan diri apabila ada pemuda tampil bertanyakan mengenai rakaman video Ketua AMK Shamsul Iskandar yang pernah mengeluarkan kenyataan menyeru rakyat Malaysia gulingkan kerajaan dan jadikan Dataran Merdeka sebagai Dataran Tahrir. Dan jawapan yang diberikan adalah beliau tidak tahu akan kewujudan rakaman terbabit. Dalam masa yang sama Nik Nazmi menyatakan jika benar Shamsul Iskandar pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu beliau tidak setuju dengan tindakan tersebut.
TV3, Bernama dan Astro Awani telah menyiarkan klip video bahawa Ketua AMK Shamsul Iskandar pernah berkata, “Kalau tak boleh nak gulingkan kuasa secara pilihanraya, maka gulingkan secara jalanraya!”
YB Nik Nazmi tak tengok televisyen kah? Sekalipun sibuk berpolitik tidak mungkinlah sampai tidak tengok berita?. Asyik tengokMalaysia Hari Ini? (Wardina Safiyyah pengacara?)
Mungkin YB Nik Nazmi tiada masa, tetapi saya difahamkan bahawa YB ini sangat popular dalam twitter dan beliau juga ber'blog'. Mustahil beliau 'Gaptek' atau 'Gagap Teknologi' kerana beliau adalah Pengarah Komunikasi PKR, sudah tentu beliau tahu akan video tersebut. Baiklah, Keris tidak mahu bersangka buruk maka Keris bantu YB Nik Nazmi dengan pautan video ini supaya YB Nik Nazmi 'Sedar' akan kewujudan kata-kata tersebut.
Nik Nazmi 'Rempuh' Putrajaya Cabar Ketua Pemuda UMNO Putrajaya Debat?
Selepas Sinar Harian menganjurkan satu majlis wacana ilmu 'Selepas 9 Julai' yang berlangsung kelmarin di Audotorium Karangkaf Shah Alam.
Semalam sebuah forum yang hampir sama turut dianjurkan oleh Pemuda UMNO Putrajaya. Tetapi forum anjuran Pemuda UMNO Putrajaya dilihat lebih profesional dan matang kerana para penyokong dilihat berfikiran terbuka serta tidak menganggu percakapan ahli panel.
Barisan moderator dan ahli panel
Forum yang dibarisi oleh 3 ahli panel iaitu Dato Zaki Zahid (Ketua Pemuda Putrajaya) YB Nik Nazmi Adun Seri Setia (PKR) dan dari pihak tidak berparti Dr. Mohd Nawar Ariffin (Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid).
Forum yang membincangkan tajuk 'Kematangan Demokrasi di Malaysia' ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi.
Sessi forum ini dimulakan dengan Dato Zaki Zahid yang mengemukakan hujah beliau mengenai perjalanan demokrasi di Malaysia. Beliau menyatakan bahawa setiap keputusan pilihanraya yang berlaku di Malaysia diterima umum sepanjang negara melalui 12 pilihanraya umum.
Dato Zaki Zahid mengemukakan hujah beliau
Pilihanraya umum yang paling dasyat dan terburuk dalam sejarah adalah pada tahun 1969 yang mana membawa kepada peristiwa 13 Mei.
Dato Zaki turut menambah pilihanraya pada tahun 2008 yang lalu di mana pembangkang menguasai 4 buah negeri membuktikan bahawa Malaysia ini sebuah negara yang demokrasi.Selain itu beliau juga mendakwa banyak negara-negara demokrasi yang lain dapat diperbaiki tanpa diadakan perhimpunan jalanan.
Selesai Dato Zaki Zahid memberikan hujahnya, tiba giliran YB Nik Nazmi yang memulakan hujah beliau dengan menuduh bahawa kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang tidak mengamalkan demokrasi secara telus dengan menunjukkan satu laporan dari majalah The Economist yang telah digelapkan beberapa keratan ayat mengenai laporan Bersih 2.0.
Nik Nazmi memegang petikan The Economist yang didakwa digelapkan beberapa ayat atas arahan kerajaan?
Beliau menuding jari kepada kerajaan dan mengesyaki kerajaan terlibat dalam mengarahkan editor menggelapkan beberapa ayat dengan tujuan menutup isu sebenar Bersih 2.0
Dalam hujahnya juga Nik Nazmi 'menempelak' kerajaan yang takut dengan tindakan mereka mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 walaupun perhimpunan itu bukanlah satu perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana di Mesir.
Tindakan beliau mengeluarkan kenyataan ini dilihat memakan diri apabila beberapa pemuda tampil bertanyakan mengenai rakaman video Ketua AMK Shamsul Iskandar yang pernah mengeluarkan kenyataan menyeru rakyat Malaysia gulingkan kerajaan dan jadikan Dataran Merdeka sebagai Dataran Tahrir.
Saudara ini meminta Nik Nazmi mengemukakan 'shadow cabinet' jika mereka benar-benar demokrasi
Pemuda ini mempersoalkan tindakan Bersih 2.0 menggunakan jalanraya sehingga peniga mengalami kerugian
Ketika memberikan jawapan berhubung kenyataan Shamsul Iskandar, Nik Nazmi menyatakan beliau tidak tahu akan kewujudan rakaman terbabit. Dalam masa yang sama Nik Nazmi menyatakan jika benar Shamsul Iskandar pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu beliau tidak setuju dengan tindakan tersebut.
Uncle ini masih memperjuangkan Teoh Beng Hock dan Kugaan?
Antara penyokong Bersih 2.0
Jawapan yang diberikan Nik Nazmi seolah-olah cuba menggambarkan bahawa setiap mereka lakukan semuanya merupakan tindakan yang betul dalam sebuah negara demokrasi. Namun kebijaksanaan panel 'non partisan' dilihat berupaya memberikan keceriaan dalam forum tersebut kerana hujah dan fakta yang padat.
Dr.Nawar Ariffin mengeluarkan kenyataan yang bijak dan bernas
Selain membandingkan dengan isu Bersih 2.0 Dr.Nawar Ariffin pada satu kenyataannya tidak bersetuju dengan tindakan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan jalanan.
Exco Pemuda UMNO Malaysia Saudara Tun Faisal Ismail turut mengemukakan soalan
Sebaiknya sebagai umat Islam yang bertanggungjawab jika kita menuntut sesebuah badan dibersihkan pihak terbabit perlulah ikhlas dan suci hatinya ketika memperjuangkan sesuatu isu.
Langkah terbaik bagi beliau adalah dengan mengadakan rundingan.
"Rasulullah S.A.W sendiri memulakan sesuatu perkara dengan mengadakan rundingan sebanyak 1, 2 atau 3 kali hinggalah mendapat kata putus, jika sudah mendapat kata putus maka patuhilah. Berbeza dengan Bersih 2.0 yang mana tindakan mereka menolak pelawaan SPR untuk mengadakan sessi dialog dan berdegil untuk berhimpun telah menyebabkan ketenteraman awam terjejas". - katanya.
Beliau mengakhiri hujah pertama beliau dengan mengakui kebijaksaan kerajaan hari ini dalam mengekalkan keharmonian negara sepanjang lebih 50 tahun merdeka.
Saudara ini mempersoalkan di manakah demokrasi di Pulau Pinang ekoran tindakan Lim Guan Eng mengarahkan polis menahan peserta demontrasi anti LGE bulan lepas
Ada juga hadirin yang mengemukakan soalan dimanakah demokrasi yang diperjuangkan oleh PR kerana merujuk kepada perhimpunan yang diadakan di Pulau Pinang untuk membantah tindakan Lim Guan Eng.
Ketua Menteri Penang dikatakan telah mengarahkan anggota polis menahan para pendemo kerana Lim Guan Eng mendakwa beliau merupakan Ketua Menteri pilihan rakyat.
Soalan ini juga gagal dijawab dengan baik oleh Nik Nazmi. Beliau juga menjawab jika benar wujudnya dakwaan ini Lim Guan Eng wajar ditegur!
Walaupun hujah Nik Nazmi dilihat amat menyakinkan dan bersahaja jika hendak dibandingkan dengan Dato Zaki Zahid saya melihat banyak isu yang Nik Nazmi tidak mampu menjawab dengan baik ada juga soalan yang hanya dijawab dengan "saya tidak pasti".
Tetapi walaupun jawapan tergantung diberikan hadirin yang rata-rata mereka merupakan pemuda UMNO Bahagian Putrajaya dan PKR ternyata tidak emosional serta tidak memprovokasi satu sama lain.
Hadirin pelbagai fahaman politik matang dan bijak berforum
Dato Saifuddin Abdullah turut hadir memeriahkan forum
Dato Saifuddin Abdullah bertukar pandangan dengan ahli panel
Melihat kelibat Dato Saifuddin Abdullah saya terus menghampiri beliau serta memperkenalkan diri. Dalam masa yang sama saya dapatkan kenyataan balas beliau berhubung pendirian politik beliau sebagaimana saya tulis dalam SURAT TERBUKA UNTUK DATO SAIFUDDIN ABDULLAH
Ternyata Dato Saifuddin Abdullah bukanlah seorang yang sombong sebagaimana digembar-gemburkan. Saya sempat menemubual beliau dan meminta beliau faham tujuan saya menulis surat terbabit.
Apa jawapan Dato Saifuddin Abdullah berhubung tulisan saya yang menyatakan beliau cenderung menyokong pembangkang sebagaimana jawapan yang diberikan beliau dalam wacana 'Selepas 9 Julai'.?
Esok saya muat-naik rakaman video terbabit.
Selain itu Nik Nazmi dilihat cukup bijak mengalih isu soalan yang dibangkitkan dengan mengaitkan dengan isu-isu yang lain.
Kesimpulannya dari pemerhatian saya forum sebegini wajar diadakan lebih kerap untuk menyatukan kita orang Melayu yang dilihat semakin hari semakin berpecah gara-gara perbezaan fahaman politik.
Tetapi harap ahli panel yang mewakili BN hendaklah bersedia terlebih dahulu.
Kerana berhujah melalui bacaan teks di ipad memperlihatkan bahawa kita tidak bersedia dengan jawapan-jawapan sewajarnya. Hujah-hujah yang mewakili BN dilihat terlalu retorik sebagaimana hujah yang pernah kita baca di dada-dada akhbar.
YY : Pujian untuk kedua-dua belah penyokong yang matang dan profesional sepanjang perjalanan forum...Komuniti Belia dan Pemuda Putrajaya memang sporting... tabik springlah!!
YAB PM sentiasa memikirkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, dan oleh kerana itulah pihak Kerajaan telah menawarkan kepada penganjur Bersih sebuah stadium untuk mereka berkumpul bagi menyatakan hasrat mereka.
Tambahan lagi, tugas harian YAB PM juga tidak terjejas sekalipun pihak Bersih tetap berdegil meneruskan tindakan biadap mereka sehingga menderhaka titah DYMM Yang Di Pertuan Agong. Yang jelasnya, tindakan mereka tersebut langsung tidak menggugat YAB PM dan TPM dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin negara pada hari tersebut.
Datuk Paduka keturunan bangsawan, tambahan lagi merupakan anak kepada seorang negarawan yang cukup besar jasanya kepada negara tetapi alangkah sedihnya sikapnya berlawanan dengan sikap Datuk Paduka sendiri yang secara terang-terangan bersetongkol dengan pengkhianat dan pemusnah negara. Tergamakkah Datuk Paduka sanggup memusnahkan segala usaha ayahanda Datuk Paduka selama ini?
Sedarkah Datuk Paduka betapa susahnya anggota keselamatan seperti polis yang bertungkus lumus siang dan malam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, walhalnya Datuk Paduka menikmati segala kemewahan selama kini hasil dari usaha mereka juga. Wajarkah Datuk Paduka bersama dengan petualang-petualang negara ini? Tidak pernah terlintaskah hakikat ini dalam kotak fikiran Datuk Paduka?
Tapi jikalau sudah biasa hidup bermewah-mewahan di atas kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin, bagaimana mungkin Datuk Paduka dapat merasai kesusahan rakyat? Ternyata Datuk Paduka bersikap hipokrit dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Baru sekali menyertai demonstrasi haram (yang pernah dilakukan oleh golongan yang sama di atas sebab ingin menggulingkan kerajaan yang ditadbir oleh ayahanda Datuk Paduka sendiri) tidak bermakna Datuk Paduka telah menyelami jerih-perih kehidupan rakyat marhaen seperti kami.
Penulisan Datuk Paduka bersifat keanak-anakan yang langsung tidak mencerminkan kematangan fikiran Datuk Paduka sebagai seorang yang terpelajar hasil daripada didikan ayahanda Datuk Paduka sendiri. Tindakan Datuk Paduka yang sering menyalahkan pihak Kerajaan seolah-olah Kerajaan bertindak zalim menutup hak rakyat untuk bersuara sama sekali. Tidak terfikirkah Datuk Paduka jika ada di antara peserta demonstrasi itu berniat jahat dan ingin mencetuskan huru-hara sepertimana penemuan senjata parang dan bom Molotov Cocktail dalam beg mereka yang terlibat?
Wajarkah kumpulan Bersih ini berhimpun di hadapan Hospital Tung Shin yang sekaligus akan membahayakan keselamatan dan nyawa pesakit-pesakit di hospital berkenaan? Apakah tempat yang seumpama itu menjadi benteng kepada kumpulan tersebut sehingga boleh mencetuskan provokasi agar pihak keselamatan dipersalahkan?
Datuk Paduka teruskanlah hidup bermewah dengan kedudukan sekarang, malahan kami rakyat bawahan tidak langsung iri hati di atas nikmat dan kemewahan yang dikecapi oleh Datuk Paduka sejak sekian lama. Tidurlah sepuas-puasnya sebagaimana Datuk Paduka tidur dalam pelukan jejaka Perancis dahulu. Teruskanlah dibuai mimpi indah dalam pelukan suami kedua Datuk Paduka sekarang.
by Mike Mercurial on Friday, July 29, 2011 at 12:30am
Cubaan 10 orang AMK untuk berjumoa dengan Perdana Menteri dengan emmakai baju kuning semalam cuba mencabar kewibawaan pihak Polis dan amat kurang ajar sekali. Belum pernah terjadi mana mana Perdana Menteri cuba di dekati oleh rakyat secara begini. Apa lagi yang mereka mahukan? Ambiga sudah serahkan memorundum kepada DYMM YDP Agung.
Anwar Ibrahim mengajar pengikutnya menjadi kurang ajar. Lihat Video ini.
JAJARAN BAHARU SEBAGAI STRATEGI POLITIK AMPUH ZAHID
-
Manusia hanya merancang Allah jua yang menentukan. Siapa sangka BN boleh
kalah PRU14 lepas? Siapa sangkat PAS dan UMNO boleh tubuhkan MN? Siapa
sangka PH h...
Bumiputera, kepada yang bukan Bumiputera.
-
*KETIKA* perlembagaan didrafkan, warga Malaya menganggap itu adalah
kompromi terbaik. Imigran Cina dan India telah tinggal di situ hanya selama
2 generasi...
14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
-
*14 AKUJANJI KEPADA RAKYAT DALAM MANIFESTO BN PADA PRU 14*
*1. Ekonomi Keperluan Rakyat*
》Kerajaan BN komited ke arah membantu rakyat dalam menangani p...
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN
-
*Tahun 2018, Tahun Kejayaan Buat BN😉*
Sudah lebih dua bulan kita memasuki tahun 2018. Tahun ini merupakan tahun
yang amat penting kepada rakyat Malaysia k...
PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
-
Seorang pekerja seks di Peru, Angela Villion Bustamante bertanding dalam
pilihan raya umum negara itu pada tahun ini.
Pekerja seks selama 30 tahun itu me...
KERAJAAN HARI INI, KERAJAAN PEJUANG MAYA???
-
Melihat situasi hari ini, rata-rata rakyat mula gusar dengan perkembangan
pentadbiran negara ini. Pertelanggahan antara kita terlalu kuat berlaku
hingg...
Pas lah, bukan DAP atau PKR yg teraju PR.
-
FAKTA - Kekuatan pakatan pembangkang terletak pada Pas. Tanpa ahli dan
penyokong Pas, pakatan pembangkang tidak akan berfungsi. Akar umbi pakatan
adalah Pa...
Perhatian ; Pengumuman Penting Blog AAKJ
-
[image: AZMY KELANA JAYA]
Salam kepada sahabat-sahabat dan pembaca setia blog aakj..ini adalah
pengumuman penting buat sahabat semua..maaf kerana terpaksa...
MASIH MAHU BERDIAM???
-
Apa semua ini? Ia berlaku di Singapura. Brader mendesak kerajaan Malaysia
bertegas di dalam hal ini kerana ternyata ia telah mencemarkan imej
Malaysia da...