Wednesday, November 9, 2011

NGO paling bodoh mempersoal ibadah korban boleh sentuh sensitiviti umat Islam

http://www.facebook.com/#!/groups/128889687189286/

KUALA LUMPUR: Tindakan sebuah NGO bukan Islam yang mahu ibadah korban tidak dilaksanakan di kawasan sekolah dan tempat awam tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia boleh menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini sedangkan rakyat pelbagai agama sudah lama hidup secara toleransi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya tidak fikir harus pandangan itu dikemukakan, mungkin ada salah faham. Ia mungkin boleh menyentuh sensitiviti amalan beragama. Di Malaysia ini, sejak berzaman kita telah lakukan, korban itu adalah tuntutan mengikut agama Islam.

"Ibadah korban dilakukan dengan cara dan peraturan dengan pekeliling oleh Jabatan Veterinar yang memerlukan kebersihan kawasan pelaksanaan korban dijaga untuk membolehkan daging korban diagihkan kepada fakir miskin supaya selamat dimakan," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas berdialog secara terbuka dengan 50 orang graduan yang terpilih menyertai program "Teach for Malaysia" di sini, hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas kenyataan Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) pada Jumaat lalu yang mahu amalan menyembelih lembu tidak diteruskan di kawasan sebegitu kerana mungkin menyentuh sensitiviti mereka yang beragama Hindu yang menganggap lembu sebagai satu binatang yang suci.

"Saya berharap janganlah menyentuh hal-hal sebegini, apalagi pihak itu yang bukan beragama Islam kerana mungkin mereka tidak memahami atau sengaja dibuat begitu supaya timbul masalah baru. Di Malaysia ini janganlah menambah lagi masalah sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata ibadah yang dilakukan perlu mendapat kebenaran pihak yang menguruskan kawasan itu sebelum boleh dilaksanakan.

"Pihak yang melaksanakan korban itu pula mesti mendapatkan izin dulu, pihak pengurusan masjid benarkan ia boleh dilakukan itu sudah perkara biasa sejak dulu lagi.

"Orang Hindu di Malaysia ini sudah faham, dalam surat khabar dan televisyen sudah dipaparkan mereka sudah faham amalan itu. Kita di Malaysia sudah mengamalkan amalan saling menghormati, kenapa hal sebegini dibangkitkan saya tidak fikir ia perlu," kata Muhyiddin.

PETIKAN POSTING DARI FB TB GROUP :Untuk Penganut Ugama PAS!!! Jubah dan serban kalau ditanam akan hancur.


  • Untuk Penganut Ugama PAS!!!Mereka ingat setakat bertopengkan jubah dan serban, watak Yahudi dan Nasrani yang wujud dalam diri mereka boleh disembunyikan? Sebab itulah Allah pakaikan para Nabi dengan akhlak2 mulia kerana akhlak mulia tidak akan hancur dikandung tanah. Jubah dan serban kalau ditanam akan hancur.

wo wo relek lah nuar... apa kata Nik Aziz Anwar sokong Ambiga dalam isu penganjuran Seksualiti Merdeka 2011

Selepas hampir seminggu membisu dalam isu pengajunran seksualiti Merdeka 2011, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mempertahankan hak kumpulan penganjur dan penyokong program kontroversi itu.


Malah beliau turut membidas kumpulan yang bangkit membantah program tersebut dengan menyifatkan mereka menghina pengajur dan individu golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).

Anwar turut mempersoal tindakan polis memanggil Bekas Presiden Majlis Pegum Datuk S.Ambiga member keterangan berhubung pengajuran program itu, semalam.

“Kenapa serang dan layan Ambiga seperti penjenayah? Sokong ataupun tidak bukan lagi isu, tapi isunya ialah serangan kepada golongan berkenaan,”  ujar Anwar menjawab soalan media di Lobi Parlimen .

Katanya, kalau ada melibatkan orang yang beragama Islam, pihak berkuasa agama perlu dekati dan beri nasihat kepada mereka bukan membantah seperti itu.

"Kenapa kita nak menghukum mereka di atas hal-hal yang mereka tidak sebut? Kita bantah cara kumpulan terbabit dimalukan dan dihina. Pendekatan kita sebaiknya mendekati dan memberi penjelasan kepada mereka, tapi bukannya dengan mencerca," katanya.

Sebelum ini polis mengharamkan semua aktiviti dalam program Seksualiti Merdeka 2011 yang didakwa dianjurkan bagi menuntut kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang termasuk yang diadakan secara tertutup berikutan bantahan pelbagai pihak.

Mengulas lanjut Anwar menegaskan parti itu bagaimanapun tidak menyokong penganjuran program berkenaan.

Menurutnya PKR dengan jelas tidak bersetuju dengan penganjurannya kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

"Saya dah sebut bahawa kita tak sokong dan tak sertai program itu,” ujarnya seolah-olah sedar jawapannya sebelum itu menampakkan sokongan terhadap program tersebut.

Anwar turut mendakwa, liputan keterlaluan media tertentu berkaitan program berkenaan bertujuan menutup kelemahan dan masalah lain yang berlaku dalam negara.

"Ini semua sengaja dibuat bagi menutup permasalahan lain. Nak alih pandangan daripada isu-isu besar yang lain,” katanya

Tuesday, November 8, 2011

Apa masalah Marina Mahahthir ???? kelapa komeng !!!



AMBIGA (kiri) diiringi Irene Fernandez (tengah) dan Marina Mahathir (kanan) bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada polis di Petaling Jaya, Selangor, semalam.



KUALA LUMPUR 7 Nov. - Polis mengambil keterangan seorang daripada penganjur program kontroversi Seksualiti Merdeka 2011 di pejabat Tenaganita, di sini hari ini.
Empat anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mengambil keterangan Pang Khee Teik kira-kira 4 petang tadi.

Turut diambil keterangan ialah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga serta aktivis wanita, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.

Khee Teik ketika ditemui pemberita berkata, beliau turut menyerahkan sepucuk surat kepada anggota polis berkenaan untuk disampaikan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

''Kami memohon untuk bertemu Ketua Polis Negara bagi menjelaskan matlamat kami dan juga menunjukkan kami tidak lakukan apa yang didakwa media," kata Khee Teik.

Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir yang turut berada di pejabat Tenaganita, mempertahankan penganjuran program itu dengan alasan program bertujuan mempertahankan hak asasi manusia.

"Dua tahun lepas saya melancarkan program ini, namun tidak timbul sebarang masalah. Sebenarnya program itu bertujuan memberi pendidikan kepada kumpulan yang terpinggir," katanya

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts