Assalamualaikum , maaf lama tidak update blog kerana TB telah mengalami dugaan yang teramat di bulan Ramadhan yang lalu. sempat bertawarikh beberapa hari kemudian menjalankan pembedahan kecil di lidah kerana pakar mengesyaki ada kanser lidah. (seminggu selepas itu keputusan makmal menafikan bahawa TB ada kanser lidah)
Dua hari keluar dari hospital.Ibu pula dimasukkan ke hospital di Seremban selama 5 hari. Kemudian ibu dibenarkan pulang namun keesokan nya ibu dihantar ke Kuala Lumpur oleh HKL Seremban kerana pendarahan di kepala.
Ibu menjalankan pembedahan di kepala. kami terus menjaga ibu setiap hari. Empat hari sebelum raya TB pula dijangkiti kuman di paru paru. Tidak sihat beberapa hari dan akhirnya dua hari sebelum raya , Ahad malam TB dimasukkan ke Ampang Puteri.
TB terus dirawat di Ampang Puteri , insyaAllah esok akan "discharge." Tapi malam tadi TB merasakan tidak sihat dan terus tidur sehingga pagi ini. TB menerima juga BBM saban hari dari Gomo dan ketahui bahawa seorang wartawan Bernama ditembak dan meninggal dunia. TB hanya mengambil ianya sebagai satu berita sehingga TB sendiri mengesahkan apabila TB sendiri membaca dari media perdana.(bukan tak caya Gomo cuma nak mengesahan)
Jam 4 pagi TB bangun untuk mencari berita ini. Alangkah TB terperanjat dan terharu kerana wartawan yang di maksudkan yang dikatakan terkorban adalah seorang anak yang TB sendiri lihat bagaimana dia membesar bermain di depan mata dan akhirnya kami bertugas bersama ketika TB di kem belia dan sukan dahulu setelah anak ini memasuki alam pekerjaan.
TB sungguh terharu dan syahdu , Tb mendoakan agar Allahyarham di tempatkan bersama orang yang soleh dan di kalangan Syahadah. Amin.
NORAMFAIZUL BIN MOHD NOR - Berpengalaman luas dalam misi bantuan kemanusiaan bersama Kelab Putera 1Malaysia. dikenali dengan nama ZUL. Beliau seorang yang berpandangan tajam dan tidak mudah berpuas hati dengan hasil kerjanya.
Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia
02/09/2011 11:43pm
KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.
Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.
Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.
Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - Bernama
SUMBER : Utusan Malaysia
p/s : Inna lilla wainna lilla hilirodjiun, Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan tergolong dengan golongan yang soleh. Salam Takziah kepada keluarga Allayarham. Al-Fatihah, amin.
No comments:
Post a Comment