Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Tuesday, October 29, 2013

Jangan rosak akidah umat Islam

SEREMBAN 28 Okt. - Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam sebarang aktiviti menggugat akidah umat Islam termasuk ajaran Syiah Imamiah.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, amaran telah diberikan dan pewartaan menghalang ajaran itu sudah dibuat.

''Jangan ingat kita tidak pantau atau tidak tahu apa yang mereka lakukan. Kita tahu gerakan mereka dan jangan salahkan kerajaan jika individu terlibat ditahan.

''Tindakan tegas akan diambil dan amaran sudah diberikan. Jangan rosakkan akidah umat Islam dan kerajaan sedang mengumpulkan semua bukti," katanya di sini hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika mengulas program penjelasan dan pencerahan bahaya ancaman Syiah Imamiah yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini.
Menurut beliau, terdapat pelbagai ajaran Syiah dan paling ekstrem adalah puak Syiah Imamiah kerana ada ahli kumpulan tersebut mengkafirkan orang lain dan menghalalkan darah umat Islam yang menentang ajaran mereka.

''Puak ini beroperasi secara berselindung dan sampai satu peringkat mereka wajib berbohong jika terdesak. Syiah Imamiah ini tidak boleh bertolak ansur jika ajaran yang dibawa tergugat, malah pengikutnya boleh melakukan apa sahaja keputusan drastik dan bahaya," katanya.
Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berkata, antara penyelewengan Syiah Imamiah berkaitan perkara ketuhanan ialah mendakwa Saidina Ali adalah tuhan mereka.

''Jangan pandang ringan hal ini kerana ia ada elemen yang memporak-perandakan akidah umat Islam sehingga boleh mendorong kepada permusuhan dan menghancurkan negara," katanya.
Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

Friday, October 18, 2013

Kenapa Mohamad Hj Hasan Calon 40 MT perlu berada dalam MT !


Esok  19 hb Oktober adalah hari bagi ahli ahli UMNO menentukan siapakah pemimpin yang akan menjadi barisan hadapan yang akan  merempuh kubu dan juga bentang pembangkang serta menentukan hala tuju UMNO untuk sepenggal lagi.

Undian kali ini amat pentig sekali kerana  dengan undi inilah  UMNO akan diwarnai mengikut arca dan daya pemikiran pemimpin yang akan dipilih esok. Tentu sukar bagi ahli ahli UMNO untuk menentukan calon calon yang akan mereka pilih esok kerana perlu memikirkannya dengan  teliti.

Amat penting dan getir pemilihan kali ini kerana ianya bukan hanya untuk melincinkan pentadbiran dalaman UMNO tetapi untuk memperkasakan sekali UMNO bagi menghadapi PRU 14 ini yang dilihat sebagai begitu mencabar dan juga penentu nasib UMNO yang mana UMNO kini dilihat bersendirian mempetahankan kuasa Melayu sebagai pemerintah kerana MCA dan MIC, GERAKAN dan beberapa parti komponen lain dilihat sebagai bermasalah dan masih sukar untuk mencari satu formula bagi kembali mencabar dalam arena politik tanah air.

UMNO selaku tunjang parti terpaksa mengukuhkan kekuatan parti walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang diberikan oleh pihak pembangkang yang menyerang tanpa batasan dan juga garis panduan berpolitik. Mereka sanggup menipu dan membohong rakyat bukan hanya dengan fitnah dan mereka juga sanggup menggunakan  agama bagi mengelirukan rakyat agar membenci UMNO dan menyokong mereka,

Amat lah penting ahli ahli UMNO memilih General General perang yang  berpelajaran yang cergas  berfikir dan bijak merancang.Dalam PRU 13 , kita tewas banyak kerusi Parlimen dan kita juga kalah dan hilang sokongan kaum Cina walaupun sokongan kaum India bertambah pulih.

Negeri Sembilan yang telah disenaraikan oleh Anwar Ibrahim adalah sebuah negeri yang mudah untuk mereka tawan dan beliau begitu yakin bahawa Negeri Sembilan akan tumpas dengan begitu mudah.

Anwar mungkin terperanjat apabila  BN merampas kembali kerusi yang mereka menangi dahulu dan BN menambah satu kerusi lagi daripada jumlah yang dimenangi pada PRU13. Dalam pada kaum Cina menarik sokongan mereka namun Tok Mat masih mampu mempertahankan Negeri Sembilan dengan lebihan satu kerusi, itu sudah dikira amat baik sekali.

Undi UMNO Negeri Sembilan padu kepada Barisan Nasional, Kita menang 99 % kerusi yang kita tandingi dan hanya kalah satu kerusi dengan undian yang amat tipis hanya kalah dalam 500 undi saja.
Dengan kepimpinan ini , bagi saya wajarlah Tok Mat , MB Negeri Sembilan diberikan laluan untuk mengangg

otai MT UMNO kerana beliau adalah pemimpin di negeri yang mana UMNO merupakan parti yang paling kuat sekali. 

Tok Mat juga telah berjaya membangunkan Negeri Sembilan dan mengukuhkan ekonomi Negeri Sembilan dan beliau adalah pemimpin UMNO yang dihormati di Negeri Sembilan dan juga di peringkat Nasional.  Adalah tidak adil bagi kita untuk menolak tawaran beliau untuk memberikan khidmat  kepada Bangsa Agama dan Negara.

Oleh : TepakBersulam

Wawancara bersama Menteri Besar Negeri Sembilan

Beliau tewas dalam usaha merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan UMNO 2009 dan mencuba nasib kali kedua dalam pemilihan parti kali ini.

Pemimpin dimaksudkan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau.

Walaupun beliau layak berada dalam mesyuarat MT atas kapasitinya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, namun statusnya sebagai ‘turut hadir’ dan perlu ‘meminta izin’ Presiden jika hendak menyuarakan pandangan dan idea dianggap agak mengehadkan peranannya membantu mengukuhkan parti.

Ikuti pandangan dan harapan calon MT nombor 40, Datuk Seri Mohammad Hassan yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau mengenai pendiriannya bertanding jawatan MT kali ini.

SDatuk Seri pernah mencuba nasib bertanding dalam pemilihan UMNO 2008 tetapi tewas. Apa yang mendorong Datuk Seri bertanding kali ini?

J: Saya menawarkan diri bertanding jawatan MT bagi membolehkan saya dapat bersama-sama menyokong dan membantu kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Razak sama ada dalam politik atau pentadbiran.

Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, saya merasakan berada dalam MT akan membuka ruang lebih luas dan kukuh bagi saya memberikan sumbangan kepada parti dan dapat membawa suara dari dan kepada akar umbi.

Jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri ibarat jambatan. Kiita boleh menjadi jambatan membawa apa saja pesanan, hasrat dan dasar Presiden kepada akar umbi di Bahagian semasa mesyuarat perhubungan negeri.

Jambatan dua hala ini juga membolehkan saya membawa apa saja pandangan dan cadangan serta masalah di peringkat akar umbi untuk kita bawa, bincangkan dan bentangkan dalam MT. Maka, berasaskan kepada ada fungsi itu, saya menawarkan diri kali ini untuk bertanding sebagai calon MT

SAda cadangan dan pandangan daripada pemimpin UMNO supaya Menteri Besar tidak perlu bertanding merebut jawatan MT kerana mereka lazimnya turut serta dalam mesyuarat MT. Apa pandangan Datuk Seri?

J: Memang betul Menteri Besar hadir dalam mesyuarat MT tetapi kita dijemput. Hendak bercakap perlu minta izin Presiden. Akan tetapi jika kita Ahli MT, salurannya lebih terus.

Kalau Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menjadi Ahli MT, ia boleh membantu mengukuhkan Presiden. Itu pandangan saya. Persoalannya bukan sekadar hadir, tetapi apa peranan kita hendak memperkukuhkan parti.

Presiden adalah satu institusi dan ia perlu dipertahan dan diperkukuh. Kalau entah siapa-siapa bertanding nanti, Presiden juga yang susah. Presiden perlu kumpulan yang boleh memberi sumbangan, sokongan dan dokongan kepadanya untuk memperkukuhkan parti ini. Saya lihat ketika bertanding pada 2008, saya tidak ada apa-apa sangat dan tidak keluar (kempen) sangat.

Kali ini saya keluar juga kerana saya hendak UMNO kuat dan kukuh serta bersedia mulai dari sekarang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Besar kemungkinan kita (UMNO) akan berseorangan. Apa juga kemungkinan itu, UMNO mesti menerokainya dan jangan menganggap perkara itu mustahil berlaku.

Kita kena teroka. Kalau kita berseorangan dalam PRU-14, apa perlu kita buat. Kalau masih bersama, apa perlu kita buat. Jangan kita jatuh terduduk. Apabila UMNO kuat dan kukuh, orang selalunya bergantung kepada pokok yang kuat.

Siapa yang hendak bergantung kepada pokok condong menunggu rebah. Hasrat saya adalah hendak melihat UMNO kuat, kukuh dan menjadi tempat orang Melayu menaruh harapan.

S: Setakat ini adakah Datuk Seri dapat membaca peluang merebut jawatan MT kali ini kerana ada 63 calon bertanding, termasuk mereka yang hendak mempertahankan jawatan?

J: Adat bertanding biasanya ada peluang cerah dan tidak cerah. Itu sebab saya keluar (bertemu perwakilan). Kalau saya tidak keluar, pasti akan kalah. Orang akan kata saya sombong. Orang juga akan berkata, kita tidak pandang orang.

Pemilihan sekarang tidak sama seperti dulu. Format baru sekarang membenarkan 146,000 memilih, maka kita kena pergi bertemu perwakilan seperti ke majlis memperkenalkan calon anjuran UMNO pusat, badan perhubungan negeri dan bahagian. Kalau tidak turun nanti susah orang hendak kenal kita.

Peluang itu insya-Allah. Itu sebab saya katakan, ahli UMNO perlu buat penilaian baik sebelum pilih pemimpin untuk diberi tanggungjawab memimpin parti ini. Jangan jadikan pemilihan kali ini sebagai pesta ria. Kita bukan hendak pergi berseronok. Perwakilan di cawangan mempunyai tanggungjawab besar untuk meletakkan kepercayaan pemimpin yang diberi mandat memimpin parti.

Perwakilan kena bijak memilih, parti kita berdepan masalah besar. Tidak betul memilih orang, kita akan berdepan masalah. Tujuan kita kali ini adalah hendak memantapkan dan memperkukuhkan lagi UMNO bagi menghadapi apa juga cabaran dalam PRU-14.

SApakah pandangan Datuk Seri terhadap format pemilihan kali ini. Sejauh manakah ia selari dengan usaha transformasi dan meremajakan parti.

J: Format pemilihan yang baru ini adalah sebahagian daripada usaha Presiden melakukan transformasi parti. Di mana lagi kita hendak cari parti seperti UMNO yang terbuka seperti hari ini. Sesiapa saja boleh mencabar Presiden dan ketua UMNO bahagian termasuk saya hadapi hari ini.
Dalam soal hendak meremajakan UMNO, ia bukan sekadar menyentuh aspek umur sebenarnya, tetapi lebih menjurus kepada pendekatan kita. Bagaimana kita menjalankan kerja dan merangka dasar kita. Ia menyentuh soal cara bekerja dan pendekatan kita. Kita mesti inklusif, bukan lagi eksklusif. Dulu kita syok sesama sendiri.

UMNO parti mewakili orang Melayu dan UMNO parti kerajaan. Apabila kita menjadi parti kerajaan, secara automatik pemimpin UMNO adalah pemimpin kerajaan. Maka pemilihan kali ini adalah juga memilih siapa yang akan bersama Presiden dan Perdana Menteri untuk merangka dasar negara, dasar luar negara, dasar ekonomi, kewangan dan keselamatan. Ini ciri-ciri pemimpin yang kita perlu pilih iaitu yang ada kewibawaan dan pengalaman.

SDatuk Seri ada menyatakan yang pemilihan UMNO kali ini amat terbuka. Jika dilihat senario hari ini, jawatan Datuk Seri sebagai Ketua UMNO Bahagian Rembau turut dicabar. Adakah keputusan bertanding bertanding jawatan MT adalah platform untuk menyelamatkan karier politik Datuk Seri seandainya keputusan di bahagian tidak memihak kepada Datuk Seri?
J: Saya bertanding bukan untuk menyelamatkan diri. Saya hendak selamatkan apa? Sesiapa saja hendak bertanding di bahagian, bertandinglah. Saya bertanding MT kerana mahu menyumbang kepada parti dan hendak memastikan parti kuat lagi kukuh.

Saya tidak kisah orang bertanding melawan saya. Ini keterbukaan. Kita pula tidak disekat. Saya juga tidak nampak pertandingan di peringkat bahagian akan memberi impak kepada saya kerana pemilihan diadakan dalam sehari.

Lainlah kalau pemilihan di bahagian diadakan dulu dan selepas seminggu atau sebulan, baru pemilihan MT diadakan. Misalnya jika tewas di bahagian, sudah tentu akan beri impak bagi sesiapa yang bertanding di MT. Pemilihan hari ini dibuat sekali, maka tidak ada impak kepada calon MT.

Monday, October 14, 2013

Korang Percaya Ke Ketua Pemuda Bahagian yang juga Ketua Pemuda Negeri berundur kerana Tepak Bersulam

#PAU13 Kisah Benar Kesanggupan Ketua Pemuda UMNO Berundur Demi Selesaikan Konflik ABATA  

PPM amat tertarik sebuah cerita yang disampaikan oleh seorang kawan, mengenai konflik dalaman dan keberanian seorang Ketua Pemuda UMNO berundur demi mengeratkan perpaduan dalam parti diketika pemilihan Ketua Pemuda Bahagian Rasah Negeri Sembilan. Mari kita amati masej yang tersirat dalam cerita dibawah ini...

Semasa ucapan terakhir beliau sebagai ketua pemuda Bhg Rasah selama 2 penggal, penulis tertarik kepada satu perkara iaitu bagaimana ada blogger yg menghentam beliau dgn teruk sekali sedangkan beliau tidak mengenali blogger tersebut.
Terpaku penulis apabila Saudara Helmy Din bertanya ; "Apa salah saya pada Tepak Bersulam.? Kenapa sebegitu dendam kepada saya? 
Saya mohon untuk berjumpa Tepak Bersulam untuk memohon maaf andai ada silap saya pada beliau...Adakah kerana saya menegur pemimpin maka saya dilayan sebegini..? 
Salahkah saya bersuara atas tanggungjawab saya sebagai K. Pemuda dengan menyampai suara pemuda kepada pihak yang lebih tinggi dari saya..?
Tahniah kepada Saudara Helmy Din atas keikhlasan beliau dalam perjuangan dan selama 2 penggal sebagai k.pemuda umno bahagian Rasah merangkap  Ketua Pemuda Umno Negeri berbagai kejayaan telah dikecapi di antaranya adalah membantu kemenangan BN dalan PRK Bagan Pinang yg lepas.
Pemimpin yang baik hanya di rasakan kehilangannya apabila beliau mengundur diri...Teruskan Berjuang Saudara Helmi Din Demi agama bangsa dan negara..
Sebelum menutup beliau memohon maaf kepada seluruh ahli ahli pemuda negeri sembilan khususnya Pemuda Bahagian Rasah sekiranya sebarang silap yg beliau lakukan..jua beliau dgn sepenuh ikhlas menyampaikan bahawa beliau memaafkan semua kesalahan ahli2 kepada beliau sekiranya ada..dan beliu memohon izin mengundur diri dengan memberi penuh komitmen utk terus berjuang bersama kepimpinan yg terpilih tanpa sebarang dendam dan niat lain semata demi  utk Umno dan negara..

Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2013/10/pau13-kisah-benar-kesanggupan-ketua.html#ixzz2hfjQH8Bl

jawapan TB :

Sedih saya membaca tulisan ini begitu daif dan Mulia sekali hati Helmi ini , tidak saya sangka  sedikit teguran saya di FB, berapa kerat sangat lah yang saya boleh tulis dalam FB membuat beliau begitu tersinggung sekali sehingga sanggup meletakan  jawatan. 

Saya tak percaya Helmi cakap macam ini, kalau tenguk badan dia tak mungkin hati nya sebesar hati tikus. Mungkin ini hanya halua penulis kot yang mahu mencantikkan tulisan dan memeningkan kepala lagi untuk memikirkan nya, Helmi ini seorang ketua Pemuda ma... Ketua Pemuda Negeri lagi tu.....

Tak apa kau link kan tulisan ini supaya ada orang boleh kenal blog ini, aku tak marah sebab biasalah...asam garam bloggers. Best Helmi maafkan semua orang, termasuk aku kot... ha ha ha semua orang bersalah.

Petikan akhir tulisan ini :"dan beliau memohon izin mengundur diri dengan memberi penuh komitmen utk terus berjuang bersama kepimpinan yg terpilih tanpa sebarang dendam dan niat lain semata demi  utk Umno dan negara.." mengundur ke mana ? 

Helmi menang Ketua Cawangan , dia sebenarnya dalam proses mendewaskan dan membesarkan politik nya keperingkat lebih tinggi, Ini mungkin bloggers yang menulis ini tidak membuat home work. Apa apa pun , sebenarnya aku juga tidak menyimpan sebarang dendam dengan sesiapa kerana apa yang aku tulis tidak perah tersimpan dalan hati pun semua ku luahkan dan habis disitu,

Insyaallah kalau kita terjumpa di mana mana program kita jumpa lah.... Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Tuesday, October 8, 2013

Zainuri kini pemangku Ketua Pemuda UMNO Selangor

Difahamkan keputusan itu diambil ekoran Ungku Salleh telah digantung keahlian partinya ekoran kes mahkamah.

 Berikutan itu, beliau berkemungkinan hilang kelayakan untuk bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Serdang dalam pemilihan parti bulan ini.
pemuda yatim
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zakaria dilantik mengetuai pergerakan itu di negeri ini.
Difahamkan, pelantikan Zainuri itu dibuat atas dasar membolehkan beliau memangku tugas Ungku Salleh Ungku Jamal yang memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO negeri sejak tahun 2011.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Johan Abdul Aziz menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan perkara tersebut malam tadi.
Menurut Johan, pihaknya telah menerima surat daripada Pergerakan Pemuda UMNO pusat pada Jumaat lalu yang memaklumkan mengenai perubahan jawatan dalam Pemuda UMNO negeri itu.
Beliau memberitahu, antara perkara yang terkandung dalam surat itu ialah Pemuda UMNO pusat melantik Zainuri untuk menjalankan tugas-tugas Ungku Salleh sebagai Ketua Pemuda UMNO Selangor.
Difahamkan keputusan itu diambil ekoran Ungku Salleh telah digantung keahlian partinya ekoran kes mahkamah.
Berikutan itu, beliau berkemungkinan hilang kelayakan untuk bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Serdang dalam pemilihan parti bulan ini.

Saturday, October 5, 2013

Mohamad: Ada peraturan pemilihan yang kurang baik

 
Mohamad: Ada peraturan pemilihan yang kurang baik

 
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan ada sebahagian peraturan dalam pemilihan Umno kali ini kurang bijak dan boleh membantutkan proses pemilihan.

Antara peraturan itu katanya ialah calon tidak boleh berkempen secara bersendirian bagi bertemu dengan anggota Umno akar umbi dan memperkenalkan diri.

"Kalau jadi calon tapi tidak pergi berkempen, bagaimana mahu menang? Kalau bertanding jawatan ketua kelas pun kena kempen inikan pula mahu jadi anggota Majlis Tertinggi dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Belia Negeri Sembilan, di Seremban hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai reaksi beberapa calon yang berhadapan kesulitan untuk menjalankan kempen dan menganggap syarat yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan itu terlalu ketat.

Antara syarat terbabit ialah calon tidak boleh menggunakan mana-mana penerbitan atau media massa untuk berkempen, atau menggunakan ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu.

Calon juga tidak dibenar berkempen secara bersendirian dan hanya boleh mempromosi diri melalui majlis rasmi yang diatur badan perhubungan Umno setiap negeri.

Bagaimanapun jawatankuasa pemilihan baru-baru ini memberi kebenaran kepada calon-calon yang bertanding untuk berkempen melalui media sosial seperti Facebook.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno peringkat bahagian akan diadakan serentak pada 12 Okt sementara mesyuarat perwakilan dan pemilihan peringkat bahagian serta jawatan Majlis Tertinggi pula dijadual 19 Oktober.

-Bernama 
 
  • Tepak Bersulam Sy setuju dengan luahan Dato' MB agar UMNO tidak diperbodohkan oleh orang orang diluar saa kerana pertandingan yang tidak membenarkan berkempen tetapi org tetap berkempen, Hak Dato MB Bersuara perlu dihormati, sama ada UMNO mahu mendengar itu hak UMNO. Tak ada salahnay jika menegur untuk kebaikan UMNO.
  • Tepak Bersulam Insyaalah kita perlukan pemimpin yang melihat dan bertindak untuk bersama DS Najib dalam MKT. UMNO perlu berubah untuk Memastikan kita masih menjadi kerajaan selepqs PRU14 atau bersedia untuk jadi pembangkang.
  • Novelist Haiza Najwa Walk his talk is our Yang Berbahagia CM
  • Novelist Haiza Najwa Sgt menyokong 100%

Friday, October 4, 2013

Tak adil kalau ambe tak siarkan Dara Pujaan JAS Salleh !!

Jumaat, 4 Oktober 2013

AMT UMNO Perlukan Puteri Kayangan Bijak, Berani Benar Dari Sri Dewangga Wangi


Puteri Kayangan Dari Seri Dewangga Wangi? 

Pada ambe, begitulah.

Adakah salah ambe mengatakan begitu?

Bagi sesetengah pihak mungkin tidak sependapat. Tapi biarlah mereka dengan pendapat mereka. Ambe lebih bahagia mengikuti pendapat ambe. Bagi pendapat dan hemat ambe, beliau umpama Puteri Kayangan dari Seri Dewanggan Wangi. Beliau seorang yang bijak, berani dan benar. Keterampilan beliau selaku pemimpin wanita sudah cukup syarat. Waima kata pepatah, 'Tiada Bumi Tak Dibasahi Hujan', tapi kita kena tengok jugalah, bumi apa dan hujan apa. Beliau adalah Ketua Bahagian UMNO Pengerang. Ahli Parlimen. Ketua kaukus wanita di Parlimen. Pernah menjawat Menteri Kabinet. Beliau masih muda. Penuh bertenaga. Dan perkara yang paling ambe sukai ialah beliau 'clean'.

Monday, January 2, 2012

Boleh caya ke RPK ni....??? katanya kat Malaysia tak leh jadi Gay dan PM sekali.

RPK calling Anwar Ibrahim irrelevant and saying things like "In Malaysia, you can't be a PM and a gay at the same time". Apakah ini benar benar keihklasan dari Raja Petra atau sememangnya putar belit  raja Petra bila dibayar oleh UMNO, Apakah sememangnya UMNO yang membayar Raja Petra untuk membelit, Knowing Raja Petra tak mungkin UMNO akan membayar kerana bila sudah tidak cukup dia akan dedahkan  isu pembayaran yang dibuat oleh UMNO pula.Tidak Relevan lagi untuk bayar Raja Petra ini.

Sememangnya  kita tidak nafikan Raja Petra kenal  Anwar Ibrahim sejauh Karpal Singh mengenal Anwar. Untuk menjadi penulis, lawyer dan pembacuh kopi perlu kenal Anwar sedalam dalam nya dan Anwar juga perlu kenal sedalam dalam nya orang yang berkhidmat dengan nya,

Apakah sekalilagi kita mahu salah kan orang lain kali ini dan memenangkan Anwar setelah berpuluh kawan kawan yang meninggalkan nya mencerita mengenai keburukkan diri Anwar tetapi kawan kawan itu akan  jadi mangsa di musuhi penyokong Anwar pula. Selama ini, inilah orang yang  di percayai oleh penyokong Anwar tetapi kenapa kali ini tidak percaya pula ?????
  "In Malaysia, you can't be a PM and a gay at the same time"---> 1st time aku percaya RAJA PETRA DALAM HIDUP KU.

Saturday, December 31, 2011

Shamsulbaharin bukan jawapan kepada kondo NFC dan apakah ini kes tipu dalam tipu???

hebat anak melayu menipu berjuta juta , apabila ditangkap masih mampu ketawa dan melambai tangan.
Aku cuma tak faham dan aku rasa macam diperbodohkan atau semamangnya aku yang merasakan aku ini bodoh apabila membaca akhbar yang melaporkan akan penangkapan Dato' Shamsulbahrin Ismail  yang menipu pengerusi NFC di kala NFC sedang menghadapi masalah penyalahan pentadbiran.klik sini

Entahlah aku rasa semacam jijiknya apabila membaca isu ini kerana yang disasat lain dan yang jumpa pula kes lain dan apakah dengan tertangkapnya  Shamsul Baharin ini semua isu NFC ini akan terpadam dan selesai. Isu kondo juga boleh kita lupakan kerana tertangkapnya orang yang menipu pengerusi NFC Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.  Shamsulbaharin Ismail juga bertanggunjawab atas pembelian kondo dan lain lain  isu termasuk isu  sebuah lagi kondo mewah di Orchid Road Singapore yang masih belum terjawab,

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) menjalankan siasatan ke atas syarikat tersebut dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga isteri kepada Mohamad Salleh untuk mengetahui sama ada beliau terlibat memberikan pinjaman itu kepada NFC.

Aku tidak ada apa apa masalah dengan Ketua Wanita Datuk  Seri Shahrizat Jalil dan aku juga tidak merasakan satu kesalahan  pihak polis menangkap orang yang menipu. Memang seharusnya Shamsulkbaharin ini ditangkap. Kenapa baru sekarang pihak polis berjaya menjejak penipuan ini dan jika isu NFC tidka dibongkar ,jika tidak  bebaslah si penipu ini menipu duit rakyat. 

Bagi aku Shamsulbaharin ini hanya salah seorang dari penipu dikalangan mereka yang menipu.Kes ini juga membayangkan satu perjalanan undang undang yang kelakar. Shamsulbaharin sudah ditangkap  kerana disyaki menipu tapi ada orang lain yang disyaki menipu masih bebas seolah olah tidak ada apa apa yang terjadi. Entah apa rasa korang , aku geli dan aku takut nak jawab isu ini apabila  pembangkang spin pada PRU 13 nanti. Shamsulbaharin bukan jawapan kepada NFC.ini hanya  apa yang aku rasa secara ikhlas dan ini hanya pendangan aku saja,

Friday, December 23, 2011

APABILA SAIFUDDIN PUKUL GENDANG AJAK KITA BERPERANG - AYUH KITA GANYANG

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Saifuddin Abdullah  sedang bermain dengan api ketika ini apabila beria ia mempertahankan Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri dan seolah olah Saifuddin mempertahankan perbuatan ini.

Katanya beliau tetap mempertahankan Mahasiswa walaupun mereka mendesak beliau meletakkan jawatan dan in i  jelas  beliau tidak prihatin dengan perasaan ahli UMNO  malahan  rakyat Malaysia yang mengutuk tindakan menurunkan bendera Perdana Menteri oleh Mahasiswa yang kurang ajar itu. Jelas Saifuddin pertahankan mahasiswa ini dan memukul gendang perang berperang dengan penyokong PM dan UMNO.

Jika ini pinta  Saifuddin , kita tidak ada pilihan lain melainkan mengistiharkan Saifuddin sebagai musuh kita dan kita sedang berperang dengan beliau.

Kata Saifuddin  , "mereka mempunyai hak berkumpul dan bersuara, saya akan pertahankan hak mereka." Apakah Tim Menteri ini tidak tahu akan perkembangan  masa  tentang  perhimpunan.

Sunday, December 11, 2011

Hasan Ali dikuburkan bersama isu Arak DUMC oleh PAS Selangor ?

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan daripada menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Pengguguran Hasan Ali sememang dijangka kerana beliau adalah seorang pemimpin PAS yang agak kecewa dengan pergabungan PAS dan PKR dan DAP. Hasan Ali gagal melaksana kan janji janji PAS pada pilihanraya lalu untuk membasmikan arak di Selangor apabila selaku Exco Hal ehwal Agama Islam beliau tercabar setelah keputusan beliau menarik bekalan  Arak  di  semua 7 Eleven telah di gagalkan oleh Ronnie Liew dari DAP dan di sokong oleh PAS dan PKR.

Beliau seolah olah terpinggir dengan keputusan itu dan Hasan Ali juga dikatakan adalah Pemimpin PAS yang mahukan PR bergabung dengan UMNO dan difahamkan beliau telah berkali kali bertemu dengan pemimpin UMNO Untuk mencari jalan pergabungan  PAS Selangor dengan UMNO.

Beliau tidak disenangi oleh pemimpin PAS  yang dari kumpulan Edorgan dan difahamkan kumpulan ini mahukan Hasan Ali disingkirkan terus dan digugurkan dari PRU13. Hasan Ali  juga merupakan Individu yang lantang bersuara ketika  kemelut DUMC antara Kerajaan Selangor dan seorang  pemimpin PAS yang selalu mempertahankan  gereja . Hasan Ali dikatakan telah memalukan PAS dan bersubahat dengan UMNO kerana mempertahankan JAIS dalam isu DUMC di mana  beberapa orang Melayu  berada dalam satu majlis di gereja untuk memurtadkan mereka.

Apakah nasib Hasan Ali sekiranya beliau dipecat dan jika tidak di selamatakan oleh pemimpin tertinggi PAS. Apakah Hasan Ali masih akan bertanding atas kerusi Bebas seperti rakan rakan yang lain yang kini berada dalam bebas setelah keluar dari Pakatan Rakyat atau nama Hasan Ali akan terus dikuburkan oleh PAS bersama janji janji untuk menghapuskan arak dan mempertahankan lebih banyak orang Melayu dimurtadkan di Selangor.

Kecuali Hasan Ali dapat Anugerah dari Sultan Selangor- Orang politik belum memenuhi syarat lagi

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana mendapati ada pihak cuba mempolitikkan isu pemberian darjah kebesaran Selangor sempena hari keputeraan ke-66 baginda.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, Sultan Selangor meneliti 2,068 permohonan yang diterima tahun ini, dengan keutamaan kepada pegawai kerajaan, polis dan tentera.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, hanya 113 penerima sahaja akan dianugerahkan darjah dan bintang kebesaran, yang terdiri daripada sembilan dari istana, 82 penjawat awam, lima dari badan bukan kerajaan dan 17 dari sektor swasta.

“Ketiadaan penerima daripada orang politik disebabkan mereka belum memenuhi syarat untuk dikurniakan darjah dan bintang kebesaran negeri,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Katanya, tidak ada calon daripada pakatan pembangkang atau Barisan Nasional yang akan dianugerah darjah dan bintang kebesaran, kecuali satu anugerah kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dari parti Pas.

“Penganugerahan kepada Hasan disifatkan memberi keadilan kepada parti komponen PR (Pakatan Rakyat) kerana Selangor ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang mengandungi tiga parti komponen iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas,” katanya. – Bernama


Saturday, November 19, 2011

Koh Tsu Koon sepatutnya undur sebaik saja P Pinang Tewas. Ambil Tanggungjawab

Koh Tsu Koon Telah Terlalu Lama Dan Tidak Lagi Efektif, Beliau Harus Letak Jawatan - Tun Mahathir

 Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatannya sebagai presiden Gerakan kerana gagal memimpin parti itu dengan betul.

Bercakap kepada pemberita, Dr Mahathir berkata seseorang pemimpin perlu meletakkan jawatan selepas parti yang diterajui mereka mengalami kekalahan teruk, seperti yang berlaku ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa memimpin BN pada pilihan raya umum 2008.

"Minta maaf, saya terpaksa katakan ini, terhadap Koh. Secara peribadi, beliau seorang yang sangat baik tetapi beliau telah gagal dalam tugasnya. Akibatnya, Gerakan juga gagal.

"Jika beliau memimpin Gerakan dalam pilihan raya kali ini, maka ia mungkin tidak akan membawa kesan yang diingini untuk BN. Beliau telah terlalu lama dan tidak lagi efektif, beliau harus letak jawatan," katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi, peluang harus diberikan kepada ahli-ahli Gerakan yang lain kerana parti itu juga mempunyai pemimpin lain yang berkemampuan.

Malangnya, kata beliau, dalam budaya rakyat Malaysia, pemimpin-pemimpin parti dan menteri-menteri tidak meletakkan jawatan atau bertanggungjawab apabila berlaku sesuatu yang buruk tetapi sebaliknya cuba terus mempertahankan kedudukan mereka.

Beliau mencadangkan supaya rakyat meniru budaya urus tadbir Jepun, yang menyaksikan menteri kabinet melepaskan jawatan serta-merta selepas berlakunya sesuatu skandal.

"Kita tidak perlu tinggal melebihi had tempoh. Itulah sebabnya saya letak jawatan kerana tidak mahu untuk tinggal melebihi tempoh saya sebagai Perdana Menteri dan memberi peluang kepada Pak Lah untuk menunjukkan kebolehan beliau.

"Jika tidak siapa yang tahu kredibilitinya,” katanya.

Saturday, November 12, 2011

BILA ORANG UMNO NAK BUAT ROMBONGAN LAWAT ISTANA SAIFUDDIN NASUTION PULAK??

Korang ingat  Ahli Parlimen PKR sekarang tidak kaya ke ??? Rakyat yang bagi mereka lubang cari duit dan songlap duit. Dulu mereka tuduh kata wakil rakyat BN yang songlap duit. Aku tak mahu nafikan ini kerana mereka orang biasa saja. Yang  tidak kuat iman apabila boleh songlap duit. tapi tak lah semua. Kalau tak songlap macam mana nak bayar  penyokong penyokong . Tak kan penyokong nak ikut dapat rokok sebungkus sahaja. Mereka pun ada juga anak dan bini, Tapi kalau nak songlap pun agak agak lah jangan lah sampai 10 generasi tak akan  miskin seperti kata seorang bekas menteri wanita yang kini sudah tidak berjawatan. Tak apa i ni lepas dekat nak  pilihanraya kita bongkar untuk menyelamatkan penduduk tempatan. 

NI SAIFUDIN NASUTION, PUN KAYA RAYA.. KALAU AZMIN ALI BOLEH ADA BERBIJI BIJI RUMAH BANGLOW, SAIFUDDIN PUN NAK JUGA  RUMAH MACAM ISTANA. NANTI ORANG UMN O AKAN BUAT ROMBONGAN PERGI MELAWAT RUMAH SAIFUDDIN, baca kat sini

Zakhir - BIGdog agak agak lah.......

PRU 13 dah hampir tiba , BN masih sesak nafas , jika tidak sesak nafas tentu PRU13 telah di adakan pada tahun ini. Macam mana tak sesak nafas. Tenguk sajalah perangai  boggers elite yang masih lagi  berdendam tanpa sempadan dengan orang UMNO yang mana dulu adalah jentera kepada Mantan Perdana Menteri. 

Besar sangat ke kerugian dan besar sangat ke " damage " yang ditanggung sehingga tidak langsung ada jalan untuk kembali menjernihkan hubungan. Batak sangat hati sehingga mahnu menguburkan terus dan enggan memberi nafas kepada semua penyokong Pak Lah.

Jangan lah busuk hati sangat  sehingga tiada sempadan, dalam dunia blogging ini sebenarnya tidak ada siapa yang hebat. Tulis lah sehebat mana sekali jika suatu ketika waktu dan masa yang sesuai kamu dibelasah balik ,tak cukup tanah nak lari. Elok buat saja lah kerja sendiri tak payah nak usik sana nak usik sini. Nanti kena usik tak tahan. Aku terbaca dan ikuti apa yang ditulis oleh blog ini. baca sini : BIGDOG CUKUP CUKUPLAH BUAT PERANGAI BABI - CUKUPLAH PERANGAI ANJING !!!!!!

Betulah Bigdog , Sdr Zakhir Mohamad , kawan aku ini... aku kenal tetapi dah tak mesra. Tak apalah dah nak buat macam mana . inilah dunia blogging. 

Aku rasa Bigdog menyerang Ahmad Zaki Zahid ( Bekas Pegawai Khas Pak Lah dan bekas ED MRCB dan kawan kawannya secara peribadi ) Tak perlu kot  Zakhir buat macam itu. Tak perlu kot Zakhir dedahkan budi pekertinya sebenar kerana masa tidak betul bagi Zakhir sekarang. macam ini sajalah Zakhir, Biarkan Zaki dan kawan kawann ya dengan kerjanya , jangan diganggu periok nasi dia dan kita buat aja kerja kita.bantu PM untuk PRU 13.

Bukan membela Zaki tapi , lebih kurang lah kerana Zaki kawan saya dari zaman dia pemuda lagi kemudian baru dia bersama dengan Pak Lah . Sekarang kami sama sama dalam badan NGO Peace Malaysia. Lama juga tenguk Zahid tibai Zaki dan aku tenguk saja. bukan apa nak tenguk jauh mana  Zakhir ni nak belasah Zaki.Tak habis habis ke???? Gentellah sikit bro........


Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts