Wednesday, December 12, 2012

Shah Rukh Khan Bawa Private Jet Raikan Ulang Tahun Tun M


Shah Rukh Khan Bawa Private Jet Raikan Ulang Tahun Tun M 
 Megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan bakal bertandang ke negara ini dengan menaiki jet peribadi miliknya semata-mata bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-87 bekas Perdana Menteri yang disayangi, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M.

Bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara tidak lama lagi, majlis ulang tahun penuh eksklusif itu bakal dihadiri lebih 200 tetamu dalam sebuah majlis yang akan turut disertai beberapa selebriti terkenal tanah air.

Menurut sumber kepada portal murai.com.my, Shah Rukh Khan dikhabarkan bakal membawa sekurang-kurangnya 8 pengiring dan akan menghabiskan masa bersama-sama Tun M sebelum berangkat pulang ke negaranya pada hari yang sama.

Malah khabarnya, pihak penganjur berasa sangat berbesar hati dengan kemunculan istimewa Shah Rukh Khan itu kerana bintang berkenaan telah bersetuju untuk bertandang ke negara ini buat kesekian kalinya selepas diundang secara rasmi oleh Tun M.

Sehubungan itu tiada sidang media dan sesi temuramah eksklusif bersama aktor popular global berkenaan diadakan kerana tujuan kehadirannya di sini semata-mata bagi meraikan ulang tahun Tun M yang kita cintai.
Sumber juga menyebut , pelbagai persiapan sudah diadakan bagi meraikan hari istimewa itu termasuk persembahan nyanyian bercitarasa 1 Malaysia daripada barisan penyanyi tersohor negara termasuk penyanyi pujaan Tun M sendiri iaitu Datuk Yusni Hamid.

Dua watak utama yang memegang peranan sebagai Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah dalam Teater Tribute to Tun Siti Hasmah iaitu Esma Daniel dan Eja turut diundang ke majlis berkenaan sebagai penghargaan yang tidak berbelah bagi.

Majlis akan dibuat secara tertutup dan hanya tetamu yang diundang saja dialu-alukan ke majlis berkenan bagi melancarkan perjalanan majlis.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts