Setelah kerap menimbulkan kontroversi murahan akhir-akhir ini, Lady Gaga
menjadi perhatian paparazi apabila meluangkan masa bermain bola sepak
bersama kanak-kanak di Ipanema, Rio de Janeiro, Brazil.
Penyanyi berusia 26 tahun ini dikatakan berada di Brazil bagi menghadiri konsert jelajah Born This Way.
Biarpun sibuk dengan persiapan konsert berkenaan, Gaga masih sempat
membuat kejutan untuk meluangkan masa bersama peminat dan menunjukkan
bakatnya dalam permainan bola sepak.
Gaga juga dilihat tidak kekok untuk memeluk beberapa kanak-kanak di situ.
“Hari ini adalah hari terindah dalam hidup saya dan saya merasa amat
gembira. Saya tidak pernah melupakan Rio dan anda semua membuatkan saya
lebih bersemangat,” katanya menerusi akaun sosial Twitter miliknya.
-Sinarharian
OPEC+ MULA TINGKATKAN PENGELUARAN MINYAK MULAI APRIL
-
VIENNA, 4 Mac - Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan
sekutunya, sebuah kumpulan yang dikenali sebagai OPEC+ mengumumkan pada
Isnin ...
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment