Thursday, November 15, 2012

Ahli PAS Umpama Anjing Kurap – Khalid Samad


PAS tidak lagi mampu menutup masalah dalaman parti itu yang semakin hari semakin kronik.   Masalah parti itu bukannya masalah biasa seperti pertelagahan atau pertentangan pendapat antara pemimpin, tetapi ia adalah jauh lebih serius kerana ia melibatkan prinsip dan pendirian yang membawa kepada jati diri dan hala tuju parti.

Masalah PAS bermula apabila parti tersebut bekerjasama dengan DAP dan menjadi semakin parah apabila kumpulan Anwarinas mula menguasai.   Dari situ, roh Islam PAS yang sedia celaru menjadi haru-biru apabila jin liberal dan kafir harbi mengambil-alih parti.  Hari ini, PAS adalah umpama jasad tanpa roh kerana telah dirasuk sepenuhnya oleh Anwar dan juga DAP.

Hakikat ini semakin terserlah apabila Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad secara terang-terangan ‘menganjing-kurapkan’ ahli-ahli PAS hanya kerana mereka mengkritik parti dalam wacana “Mengembalikan PAS ke Landasan Asal”.

Menurut Khalid, PAS tidak pernah tersasar dari landasan sebagaimana kritikan dan kebimbangan sebahagian besar ahli-ahlinya.   Khalid kemudiannya menuduh ahli-ahli yang terlibat itu sebagai golongan tidak berpuas hati atau kecewa serta merupakan bekas ahli PAS, sekali gus menolak 11 resolusi yang dicapai dalam wacana tersebut sebagai tidak mewakili akar umbi.

Nampaknya, kenyataan Khalid tersebut langsung tidak membantu PAS dalam memulihkan keyakinan di kalangan akar umbi, tetapi menyebabkan parti tersebut terperosok lebih jauh ke dalam konflik rohaniahnya yang sedia parah.

Norman Toha, iaitu bekas Setiausaha PAS Selangor yang merupakan antara yang hadir ke wacana tersebut menjelaskan bahawa majoriti peserta wacana adalah ahli dan penyokong PAS dari serata negeri di Malaysia.  Mereka hadir kerana ingin mempertahankan perjuangan asal parti untuk menegakkan Islam dan melaksanakan hudud.   Mereka hadir untuk meluahkan kekecewaan dan pandangan akar umbi terhadap pemimpin PAS berkenaan kerjasama dengan DAP dan PKR yang jelas merugikan PAS.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts