Sebenarnya isu ini tidak perlu pun diperbesarkan kerana bukan 1000 orang yang diberikan kewarganegaraan Malaysia, malahan tiga orang itu hanya di berikan PR sahaja yang tidak pun mempunyai apa apa keistimewaan seperti warga negara Malaysia.
Apakah sebenarnya isu ini menjadi kemarahan kalangan pengamal media penyokong kerajaan sehingga setiap hari menghentam Zahid lebih dari mereka hentam Anuar Ibrahim.Selaku pengamal media saya akhirnya terpanggil untuk seiringan dengan mereka tetapi bukan mencari kesilapan tetapi mahu meredakan keadaan kerana sebagai pengamal media saya terasa mat malu dengan pembangkang yang sedang mentertawakan kita yang menghantam pemimpin kita sendiri.
Namun setelah menganalisis apa yang saya baca bebarapa hari ,saya dapat rumuskna ini ,bukan lah keranamarah sangat mengenai isu 3 orang yang diberikan PR tetapi mungkin kah ada agenda yang tersembunyi yang tak perlu didedahkan untuk mengeruhkan keaadaan, Eloklah kita hentikan serangan terhadap menteri KDN kerana ini akan melemahkan BN sahaja dan merugi kan kita.
Apakah Hishamlebih baik sebagai menteri KDN?perlukan kita kembalikan Hisham menggantikan Zaid?  jika Hisham lebih layak ,eloklah PM kembalikan Hishamke KDN!! apa kata orang UMNO dan Rakyat.
Saya lampirkan  keratan akhbar Menteri Dalam Negeri.
 KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI
ISU PEMEGANG PASPORT 
BRITISH OVERSEAS CITIZENS (BOC)
1.
 Menteri Dalam Negeri Y.B. Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi 
mengeluarkan kenyataan berikutan dakwaan oleh beberapa pihak mengenai 
perkara di atas. Dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan tidak benar.
2.
 Menteri Dalam Negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk 
memberi kerakyatan kepada pemegang passport BOC melainkan berdasarkan 
jawapan kepada soalan Ahli Parlimen Tanjung, Y.B. Ng Wei Aik bertarikh 3
 April 2014 yang telah disalah ertikan.  Sehingga 11 April 2014, hanya 
tiga (3) orang pemegang pasport BOC telah diterima pulang oleh Kerajaan 
Malaysia. Ketiga-tiga mereka ini dikeluarkan dengan kemudahan Pas 
Residen dan bukan taraf kewarganegaraan. Jumlah yang didakwa seramai 
1000 orang seperti dilaporkan dalam media adalah tidak benar. Kerajaan 
Malaysia akan memberikan kemudahan Imigresen kepada sesiapa sahaja yang 
memerlukan sama ada rakyat Malaysia atau warga asing sejajar dengan 
sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
3. Perlu 
ditegaskan bahawa pengeluaran Pas Residen kepada pemegang passport BOC 
sama sekali tidak bermaksud mereka diberikan taraf kewarganegaraan. 
Berdasarkan kepada model permohonan kewarganegaraan, seseorang bekas 
warganegara memerlukan sekurang-kurangnya 17 tahun untuk mendapatkan 
semula taraf kewarganegaraan Malaysia. Tempoh yang ditetapkan ini adalah
 intipati penting dalam menguruskan kepulangan bekas warganegara bagi 
memastikan mereka menumpahkan taat setia kepada Negara ini dan tidak 
sewenang-wenangnya mengulangi lagi perbuatan melepaskan kewarganegaraan 
seperti yang dilakukan sebelum ini.
4. Pemegang 
pasport BOC merupakan warganegara Malaysia yang telah memilih untuk 
melepaskan taraf kewarganegaraan Malaysia bagi membolehkan mereka 
memohon dan dipertimbangkan sebagai warganegara United Kingdom. 
Kebanyakan daripada mereka sehingga kini menetap di United Kingdom dan 
masih menunggu keputusan dari pihak Kerajaan United Kingdom bagi 
permohonan mendapatkan taraf kewarganegaraan United Kingdom. 
5.
 Pada 4 Julai 2002, Kerajaan United Kingdom telah meminda British 
Nationality Act 1981 (BNA 1981). Berdasarkan kepada pindaan tersebut, 
seseorang pemegang pasport BOC dari Malaysia hanya boleh dipertimbangkan
 untuk diberikan taraf kewarganegaraan United Kingdom sekiranya mereka 
tersebut bukanlah lagi seorang warganegara Malaysia dan telah melepaskan
 atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia pada atau sebelum 4 Julai 
2002. 
6. Berikutan pindaan tersebut, Kerajaan 
United Kingdom tidak lagi mempertimbangkan permohonan untuk mendapatkan 
taraf kewarganegaraan United Kingdom oleh pemegang pasport BOC dari 
Malaysia yang telah melepaskan atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia 
selepas 4 Julai 2002. Dengan demikian, pemegang pasport BOC berkenaan 
tidak mempunyai pilihan selain dari pulang secara sukarela ke Malaysia 
atau bakal berdepan dengan tindakan ditangkap dan ditahan oleh pihak 
berkuasa Kerajaan United Kingdom. 
7. Kerajaan 
United Kingdom telah mengemukakan usul pada April 2011 untuk menghantar 
pulang pemegang passport BOC ke Malaysia. Setelah dikaji dan diadakan 
beberapa perbincangan di antara kedua-dua negara, Kerajaan Malaysia 
memberikan cadangan balas sepeti berikut:
a. 
Kerajaan Malaysia tidak akan memberikan taraf kewarganegaraan secara 
automatik kepada mereka namun, sebagai alternatif hanya akan 
mengeluarkan Pas Residen. Ini membolehkan pemegang pasport BOC berada di
 Malaysia secara sah selaras dengan peruntukan perundangan sedia ada 
iaitu Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. 
Di
 bawah peruntukan ini, mana-mana bekas warganegara yang ingin berada di 
dalam negara boleh memohon Pas Residen sebagai kebenaran untuk tinggal 
di Malaysia dalam tempoh yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia. 
Kemudahan Pas Residen bagaimanapun tidak memberikan sebarang taraf 
kepada pemegang pasport BOC. Sekiranya pemegang pasport BOC yang kembali
 ke Malaysia dan memegang Pas Residen ingin mendapatkan kembali taraf 
kewarganegaraan, mereka perlu melalui proses yang sama seperti mana 
warga asing lain iaitu mengemukakan permohonan Permit Masuk, seterusnya 
permohonan taraf Pemastautin Tetap dan taraf Kewarganegaraan. 
b.
 Pas Residen ini perlu dipohon semasa berada di United Kingdom melalui 
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Mereka hanya boleh 
berlepas ke Malaysia setelah permohonan mereka diluluskan oleh Jabatan 
Imigresen Malaysia (JIM). Semua pemegang passport BOC yang diluluskan 
dengan Pas Residen disyaratkan menaiki penerbangan terus ke Malaysia.  
c.
 Pas Residen akan ditampal di dalam pasport BOC mereka sebaik tiba di 
pintu masuk dan sebelum mereka melangkah keluar dari terminal. Satu 
kaunter khas disediakan di KLIA bagi memudahkan mereka melapor diri. 
Penyediaan kaunter khas ini juga memudahkan pihak JIM mengesan pemegang 
pasport BOC dan mengelakkan mereka masuk ke dalam negara tanpa pas yang 
sah. Ini adalah penting bagi memastikan pemegang pasport BOC tidak 
melanggar undang-undang imigresen dan menghadapi risiko ditahan kerana 
tidak memiliki suatu pas yang sah. Kaunter khas ini hanya dibuka pada 
hari ketibaan pemegang pasport BOC dan pihak Imigresen tidak pernah 
menyediakan laluan khas untuk mereka.
d. Seorang 
pegawai imigresen akan bertugas di KLIA ketika tarikh ketibaan pemegang 
BOC. Pegawai ini akan memastikan pemegang pasport BOC yang tiba 
dikeluarkan dengan Pas Residen dan diberikan taklimat mengenai peraturan
 yang ditetapkan kepada pemegang Pas Residen; dan
e. Atase Imigresen di United Kingdom, serta  pegawai-pegawai di Jabatan 
Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri hendaklah memberikan 
khidmat nasihat sebelum dan selepas kepulangan pemegang pasport BOC 
sekiranya terdapat persoalan yang diajukan kepada mereka.
8.
 Secara keseluruhannya Kementerian Dalam Negeri tidak pernah menerima 
semula kerakyatan pemegang passport BOC sebegitu mudah seperti yang 
disebarkan di media. Malah Kementerian Dalam Negeri akan bertindak tegas
 dan mengikut prosedur-prosedur yang digariskan kerajaan Malaysia.
YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Dalam Negeri
11 April 2014
Menteri Dalam Negeri
11 April 2014
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
