Tuesday, December 6, 2011

NIk Aziz hilang akal lepas PAU 2011?

"Pada Majlis Rapat Rakyat di Shah Alam semalam, Nik Aziz mendakwa Umno sekadar berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi.

Katanya, akibat membelakangkan Islam, maka Umno menolak mukallaf iaitu seseorang itu dipertanggungjawab menjalankan perintah dan larangan-Nya setelah mencapai usia dewasa atau akil baligh.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah.

"Jika tiada takwa, manusia akan melakukan apa saja yang disukainya," kata Nik Aziz." - ucapan Nik Aziz pada Majlis Rapat Rakyat di Shah Alam semalam. Nik Aziz mungkin sudah meroyan kerana langgar oleh Tim dan Pres  UMNO pada  perhimpunan UMNO yang lalu sehingga tak tahu apa yang di cakapkan.


Nik Aziz kata UMNO hanya berpegang  kepada dasar kebangsaan  dan membelakangkan Islam. Kalau UMNO membelakangkan Islam kenapa UMNO bangunkan ratusan masjid atau rakyat belajar lebih ribuan masjid dan surau di tanah air kita ini membangunkan sekolah sekolah agama untuk rakyat belajar mengenai Islam membangunkan universiti Islam dan lain lain.Berapa biji masjid yang telah PAS dirikan ? siapa sebenarnya yang tidak bertakwa sekarang???? PAS banyak ;ari dari ajaran Islam sebenar.

Lain dari PAS yang berjuang bukan untuk Islam tetapi  untuk kuasa sehingga saggup membuang perjuangan negara Islam dan menggantikan ke  negara berkebajikan.PA juga  sanggup mengkafirkan UMNO dan sentiasa mengatakan bahawa UMNO tidak Islam, Malaysia tidak Islam adalah kerana mereka sebenarnya cemburu kerana UMNO lebih Islam pada mereka.

Mereka sanggup lakukan apa saja asalkan mereka dapat pengaruh dapat kuasa, sanggup ditarik hidung oleh parti rasis DAP dan parti maksiat PKR. Mereka sanggup bersekongkol dengan Anwar ibrahim dan mempertahanakan liwat Anwar dan sanggup untuk mengkafirkan UMNO yang memperjuangkan Islam kerana mahu mendapatkan kuasa.

PAS semakin hari semakin pudar, sokongan rakyat telah berubah dari hari ke hari, Nik Aziz sudah tidak lagi dihormati dan ramai yang telah berani memaki hamun Nik Aziz  bukan seperti mula mual dahulu ketika PAS sendirian. Walaupun ketika itu PAS parti pembangkang namun  banyak juga ahli UMNO masih menghormati beliau selaku ulamak, Tetapi sekarang ramai yang mengaggap Nik Aziz sebagai ular dalam semak.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts