KUALA
LUMPUR: Susulan penangkapan suspek utama dalam kes rompakan dan bunuh
di Ambank cawangan Subang Jaya, polis kini memburu rakan jenayahnya
dikenali sebagai ‘Joemar’ yang disyaki menyimpan sebahagian besar hasil
rompakan itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Joemar yang
dipercayai warga Indonesia juga bersubahat merancang rompakan dengan
suspek utama.“Joemar bukan pengawal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semula wang rompakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam, di Maktab Polis Diraja Malaysia, Isnin.
Tgk muka pun dah menyampah... grrr...
ReplyDelete