Wednesday, August 21, 2013

Suraya umum tanding Naib Ketua Wanita Umno

Suraya Yaacob  
  • Suraya Yaacob


  • ALOR SETAR - Ketua Wanita Umno Bahagian Pendang merangkap Exco Wanita Umno Malaysia, Datuk Suraya Yaacob menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno Malaysia pada pemilihan parti Oktober depan.

    Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah membuat keputusan itu selepas mendapat sokongan banyak pihak termasuk ahli dan pimpinan wanita negeri.

    “Saya menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia dan menghormati keputusan Datuk Seri Azalina Othman Said untuk bertanding jawatan berkenaan.

    “Saya sudah buat keputusan sejak dua minggu lalu. Cuma ada beberapa persepsi yang saya tidak berasa selesa,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Darul Aman, semalam.

    Menurutnya, beliau tidak mahu bertanding jawatan Ketua Wanita Umno Malaysia kerana jawatan ketua dan naib adalah berbeza.

    “Sesiapa sahaja yang menang jawatan ketua perlu menerima naib ketua yang menang. Kalau kita mengikut senarai yang ditentukan, ia  menyusahkan perwakilan untuk memilih.

    “Jadi, biarlah pemilihan naib dan calon lain atas kreadibiliti masing-masing. Kekuatan dan kelemahan perlu diberi penilaian oleh perwakilan," katanya.

    Suraya juga ingin melakukan sesuatu yang baru supaya dapat menarik lebih ramai penglibatan wanita dalam politik Umno jika terpilih kelak.

    “Wanita Umno sekarang begitu mantap. Kekuatan Umno keseluruhannya datang dari jentera atau kekuatan Umno sendiri.

    “Apa yang kurang adalah penglibatan wanita bandar. Sama ada dalam politik Umno sendiri atau sokongan secara terbuka oleh wanita bandar kepada politik. Saya ingin melihat sokongan wanita ‘moden’ dalam politik Umno bertambah,” katanya.

    Saturday, June 22, 2013

    Black 505: Cinabeng Lari Sebelum Berjuang

    Siri Himpunan Blackout 505 sebelum ini menyaksikan kehadiran 90% kaum Cina
    dan hanya segelintir Melayu PKR, manakala Melayu PAS hampir tidak kelihatan
    langsung.

    Tetapi, pada kemuncak himpunan ini yang ditukar nama kepada Black505,
    setakat jam 12.30 tengahari, pecahan kaum peserta yang sedang bersedia
    untuk merusuh, kembali ‘normal’ iaitu 90% Melayu dengan hampir tiada
    langsung Cina.

    Dari 7 tempat berkumpul yang disenaraikan, hanya 1 sahaja yang menyaksikan
    peserta yang agak ramai iaitu sekitar 200 – 300 orang.  Manakala di markas
    PAS Jalan Raja Laut yang turut disenarai sebagai tempat berkumpul masih
    lagi hambar.   Secara purata, Melayu yang hadir kebanyakannya dari PKR dan
    penyokong PAS dari tahap yang paling benak.

    Lebih kurang jam sebelum waktu puncak, keadaan di Chow Kit juga menyaksikan
    aktiviti normal tanpa tanda-tanda akan berlakunya demonstrasi.

    Apakah ini petanda hitam bagi Anwar Ibrahim, sesuai dengan tema ‘black’nya?

    Ketiadaan kaum Cina menyerlahkan lagi sifat sebenar kaum itu yang akan
    memperguna dan memperkuda siapa saja untuk mencapai matlamat mereka.  Mereka
    hanya menjadi pencetus iaitu dengan menyebar kebencian dan hasutan,
    kemudian menyemarakkannya melalui siri-siri himpunan aman tetapi akhirnya
    menolak Melayu PAS dan PKR ke hadapan untuk berperang di barisan hadapan.

    Kita tahu bahawa kaum Cina merasa ‘gayat’ dengan kemungkinan campurtangan
    tentera dalam rusuhan yang dirancangkan.   Mereka juga ‘gayat’ dengan
    seruan jihad oleh Husam Musa.

    Mereka sedar bahawa ‘jihad’ bermakna puak PAS sudah bersedia untuk bergadai
    nyawa, sedangkan kaum Cina tentu saja tidak sanggup berbuat demikian.  Ungkapan
    ‘Cina takut mati’ terbukti berasas.

    Jika sehingga ke waktu kemuncak masih lagi tiada penyertaan yang signifikan
    dari kaum Cina, maka Anwar Ibrahim wajar memikirkan semula kerjasama mereka
    dengan DAP.   Ingatlah bahawa MCA telah menikam BN, dan DAP yang telah
    sedia menunggang PAS

    Monday, June 17, 2013

    Anuar mengemis simpati dan Penuh dengan Penipuan Di Indonesia


    Dalam satu sidang media yang diundang khas oleh Anwar di Hotel Crown, Jakarta hari ini. Anwar mendakwa beliau memiliki bukti sejumlah pengundi dibayar RM500 oleh BN. Beliau menegaskan semua itu terhasil dari kecenderungan SPR yang memihak kepada BN.

    Mengadu kepada media Indonesia, Anwar berkata SPR tidak profesional dan tidak memiliki kawalan keselamatan yang jelas sehingga membolehkan berlaku penyelewengan.

    Yang peliknya, semasa memfailkan petisyen tidak ada satu pun bukti serta alasan seperti itu untuk menguatkan tuntutan mereka.

    Selain itu, Anwar turut menyebut tentang 'Blackout' yang terjadi semasa proses pengiraan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat kalah. Namun perkara ini juga tidak dijadikan alasan dalam petisyen yang difailkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

    Ironinya Anwar hanya ada bukti semasa di hadapan media atau semasa ceramah, tapi tidak pernah dibuktikan secara nyata untuk menguatkan hujah.

    Anwar sempat buat lawak, mungkin untuk menghibur kalangan media yang hadir dengan bercerita kononnya dakwat kekal dipalsukan oleh SPR, dan menggantikan dengan dakwat tiruan yang mudah dicuci.

    Media Indonesia terus dijadikan medan untuk Anwar lemparkan berbagai tuduhan terhadap SPR serta memburuk-burukkan sistem pemerintahan Malaysia

    Sudah terlalu banyak fitnah yang Anwar lemparkan terhadap SPR dan negara setiap kali berdepan media asing, sehingga melayakkan beliau digelar "Penipu bertaraf Dunia"

    Rakyat sudah tolak bekas banduan paling kaya ini agar tidak jadi pemimpin negara, Biarpun ulama PAS dan DAP terus memuja Anwar sebagai insan paling suci. Nurul Izzah Anwar

    Pertemuan Eksklusif Dengan Jusuf Kalla Di Jakarta

    al-azharrisiddiq – Pada mulanya saya tidak hendak menulis perkara ini dan saya cuba bertahan untuk tidak menulis, kerana Bapak Jusuf Kalla berpesan kepada saya supaya berhati-hati. Namun begitu, apabila saya membaca blog rakan saya ini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ , saya dapati berlaku kekeliruan dan perkara yang tidak adil kepada DS Najib. Maka, saya mengambil keputusan untuk menulis berita eksklusif ini.

    Pertama sekali, pertemuan saya dengan Bapak Jusuf Kalla adalah berseorangan dengan dibantu oleh Ahli Parlimen Indonesia, Bapak A. Mohamad Fatwa yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia. Saya ditemani oleh dua orang rakan.

    Hubungan Anwar dengan Bapak Jusuf Kalla dan Bapak A.M. Fatwa adalah hubungan sahabat lama berpuluh-puluh tahun sejak zaman belia lagi. Malah sehari selepas Anwar dibebaskan dari penjara (2004), Bapak A.M. Fatwa terbang ke Kuala Lumpur untuk meraikan pembebasan Anwar.

    Manakala, hubungan DS Najib dengan Bapak Jusuf Kalla ialah hubungan sejarah di mana Bapak Jusuf Kalla adalah seorang Usahawan sejak zaman ibu bapanya lagi, manakala DS Najib adalah keturunan Bangsawan Bugis dari Kerajaan Goa di Sulawesi Selatan. Manakala, saya pula hubungan kekeluargaan dengan Bapak A.M. Fatwa dan juga Bapak Jusuf Kalla dari sebelah isteri saya.

    Saya ditemani bapa A.M Fatwa, Ahli Parlimen Indonesia, Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia

    Negosiasi Antara Anwar-Jusuf Kala-Najib

    Dalam perbincangan Eksklusif saya dengan Bapak Jusuf Kalla dalam satu jam di rumah Bapak Jusuf Kalla, beliau memberitahu saya bahawa Anwar bertemu dengannya sebanyak 3 kali.

    Pertemuan pertama berlaku pada bulan Mac di mana Anwar datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla di Jakarta. Tujuan Anwar bertemu Bapak Jusuf Kalla untuk meminta Bapak Jusuf Kalla menjadi orang tengah semasa PRU-13, di mana Anwar sangat yakin akan menang dan meminta Bapak Jusuf Kalla memberitahu DS Najib supaya sesiapa di antara mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Cukup saya dedahkan satu ini, yang lain sudah pasti rahsia.

    Bapak Jusuf Kalla seorang yang bijak, dalam pertemuan itu, beliau memanggil dua lagi Ahli Parlimen Indonesia sebagai saksi iaitu Bapak Yusril Ihza Mahendra dan Bapak Fahmi Idris, kedua-duanya mantan Menteri Indonesia dan kedua-duanya juga adalah sahabat Anwar.

    Namun demikian, selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada DS Najib pada malam 5/5/2013, Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan. Kemungkiran janji Anwar menyebabkan sahabat-sahabatnya itu (Bapak Jusuf Kalla, Yusril, Fahmi dan lain-lain) marah kepada Anwar Ibrahim.

    ketika saya berdiskusi dengan bapa A. M Fatwa di rumahnya

    Dalam negosiasi itu, Anwar berkata kepada Bapak Jusuf Kalla “saya mahu jawatan Perdana Menteri”. Bapak Jusuf Kalla sebaliknya menjawab kepada Anwar, “Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!”.

    Bapak Jusuf Kalla berkata lagi, “jika kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral (parti)”.

    Tambah Bapak Jusuf Kalla lagi, “kamu kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang. Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya”.

    Masa Depan Nurul Izzah

    Dalam pertemuan itu juga, Anwar dan Bapak Jusuf Kalla menyentuh masa depan Nurul Izzah. Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap soal jawatan Menteri Penuh kepada Nurul Izzah. Dalam pertemuan itu, Anwar meminta masa untuk berfikir.

    Bapak Jusuf Kalla turut bercakap beberapa jawatan Kabinet kepada Anwar, dan Anwar meminta tempoh masa berfikir.

    Menurut Bapak Jusuf Kalla, Anwar datang menemuinya untuk membuat negosiasi ini kerana Anwar begitu yakin dia akan menang PRU13 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

    Pada pandangan Bapak Jusuf Kalla, Anwar hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana Anwar mengangggap dirinya adalah Perdana Menteri, Anwar percaya dirinya adalah Perdana Menteri, bercampur-campur dengan sikap egonya, maka Anwar kata Bapak Jusuf Kalla tidak dapat menerima hakikat ketewasannya di dalam PRU13.

    Tekanan Washington

    Bapak Jusuf Kalla turut menceritakan hal lain, di mana beliau memberitahu kepada saya adanya elemen Washington dalam keputusan PRU13 itu, di antaranya pihak Washington telah menekan Presiden Indonesia supaya menerima kunjungan Anwar dan memberi sokongan kepada Anwar.

    Dalam hal ini, Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya beliau telah dihubungi oleh Presiden Indonesia untuk meminta pendapat akan hal ini, dan Bapak Jusuf Kalla memberi pandangan kepada Presiden Indonesia bahawa adalah tidak betul untuk menerima tekanan Washington itu.

    Maka, pertemuan Anwar dan Presiden Indonesia semalam jelas akibat daripada tekanan Washington ke atas Presiden Indonesia.
    Like · ·

    Thursday, June 13, 2013

    Wajib baca-Bahaya Ultra Kiasu (DAP)Kepada Negara


    Dr Ridhuan Tee Abdullah – Pada 1 Jun minggu lalu saya dijemput berceramah (forum) oleh sebuah pertubuhan Islam di Singapura. Malangnya, setiba di sana saya ditahan dan disoal siasat selama 1 jam. Saya tidak tahu sebab musababnya. Tiga bulan lalu saya turut dijemput, tidak timbul masalah sebegini.

    Sebelum itu, sudah lama juga (hampir 4 tahun) saya tidak ke Singapura kerana tidak dapat clearance daripada pihak berkuasa di sana. Saya sudah dapat agak sebabnya. Cuma, kali ini (2013) saya hairan kerana saya dijemput semula. Seperti biasa saya menerima jemputan tersebut.

    Saya disoal siasat dengan pelbagai soalan bersifat amat peribadi. Semua perkara mengenai saya dan keluarga ditanya mahukan jawapan. Saya menjawab semua soalan dengan baik, sehinggalah percubaan untuk mengambil telefon bimbit saya. Ketika itu, saya mula berkeras, kerana ia terlalu peribadi dan saya tidak benarkan sama sekali.

    Saya bertanya kenapa saya ditahan dan disoal siasat, mereka mengatakan ia prosedur biasa. Kenapa saya, bukan pelancong lain? Tiada jawapan.

    Sejurus dilepaskan, saya bertanya kepada pihak penganjur. Mereka mengatakan ia ada kaitan dengan artikel yang saya tulis dalam akhbar-akhbar tempatan terutama menyentuh isu Melayu Islam di Malaysia, tidak ketinggalan di Singapura.

    Jangkaan saya selama ini benar. Apa yang saya tulis kebelakangan ini, tidak disenangi oleh pihak berkuasa ultra kiasu di sana. Perangai ultra kiasu Malaysia sama sahaja dengan ultra kiasu Singapura.

    Ingatan saya kepada kerajaan Malaysia, berhati-hatilah. Jangan gadaikan kepentingan negara seperti hartanah, rumah, air dan sebagainya atas nama persahabatan dan sangka baik. Belum tentu mereka menghargainya. Mereka mempunyai banyak duit dan boleh buat apa sahaja.

    Sebahagian daripada hartanah di Johor dan Pulau Pinang sudah banyak dibeli dan menjadi hak milik kekal. Ini tidak termasuk di negeri lain (Malaysia). Apa pengajaran yang dapat dipetik daripada insiden ini? Bahaya ultra kiasu kepada negara.

    Jika tidak dibendung, apakah nasib Melayu (Islam) di bumi Melayu. Justeru, saya mahukan umat Islam sedar, tidak kira apa jua partinya. Seagama tetap bersaudara, walaupun tidak sebangsa. Benar, kita perlu berbaik sangka. Tetapi apakah kita harus terus berdiam, jika musuh begitu nyata di depan mata dan sentiasa merancang untuk memusnahkan kita.

    Bukanlah maksud saya kita turut bertindak memusnahkan mereka. Paling penting, kita perlu bertegas dengan mereka mulai sekarang. Jangan terlalu fikirkan soal pembangunan dan undi.

    Menang sorak kampung tergadai. Kaduk naik junjung.

    Bertindaklah mengikut perlembagaan. Jika mereka menyentuh isu-isu sensitif, seperti menghina Islam, raja dan Melayu (bangsa dan bahasa), yang terkandung dalam akta hasutan, jangan ragu-ragu dengan tindakan itu. Jika kita terus berlembut, kita akan terus menjadi mangsa. Jangan haraplah dengan berlembut, mereka akan mengundi kerajaan sedia ada.

    Insiden yang saya alami cukup jelas. Ultra kiasu tidak mahu ada sesiapa yang menghalang mereka. Awal-awal lagi sudah dibanteras. Orang Melayu (Islam) yang belajar di sekolah kerajaan, tidak dibenarkan memakai tudung (menutup aurat). Umat Islam mesti akur dengan keputusan tersebut, suka atau tidak.

    Jika berceramah, perkara yang tidak boleh disentuh adalah; polisi dan dasar kerajaan mereka tidak boleh dikritik, isu Israel tidak boleh disentuh, isu agama apatah lagi. Pendek kata, jika berceramah di Singapura, hanya boleh bercakap tajuk itu sahaja. Jangan unsur-unsur sindiran, hasutan dan sebagainya.

    Berbeza sungguh demokrasi di negara kita dengan mereka. Kita terlalu memberi banyak kebebasan, sehingga ultra kiasu menjadi semakin berani. Sama ada isu tersebut sensitif atau tidak, semuanya dilanyak.

    Kerajaan terus berdiam diri. Jika pihak berkuasa cuba bertindak, maka dituduh melanggar hak asasi manusia. Kita pun mengalah. Lihatlah bagaimana ultra kiasu membela wanita yang menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

    Pada mereka, itu tidak salah, malah dibenarkan. Sedangkan ultra kiasu tahu itu salah. Mereka begitu berani.

    Kenapa? Jawapannya, mudah, kerana adanya ultra kiasu menyebelahi mereka.

    Kesimpulannya, janganlah kita asyik menuding jari kepada saudara seagama. Lihatlah sama musuh kita itu, kerana mereka lebih bahaya daripada saudara seagam

    Cili Api Bloggers

    Politik N9

    PRU13N9

    Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

    My Blog List 2

    Popular Posts