Thursday, March 21, 2013

Salleh Yaacob kawin 4 berani kena kutuk ngan peminat takut !! Apa ra.....

Isu Video Kutuk PR: Salleh Yaacob Kecewa, Umum Bersara Dari Dunia Hiburan – Terbakor

Isu Video Kutuk PR: Salleh Yaacob Kecewa, Umum Bersara Dari Dunia Hiburan 


Terlibat dengan agenda politik memang boleh membunuh karier seseorang artis itu jika tersilap langkah, terbaru Salih Yaacob telah nekad untuk terus bersara dari dunia hiburan.
Keputusan itu di’ambil beliau kerana timbulnya sebuah video dalam siri Bangkang Dari Longkang yang menampilkan dirinya bersama Nabil Ahmad yang mempersenda hak rakyat untuk memilih kepimpinan mereka.

p/s : Nasihat kami, yang tak seberapa ini, jika seseorang artis itu mahu masuk bidang politik, lupakan bidang seni. Benar ianya terpulang kepada artis tu nak berpihak kepada parti mana tapi bidang politik ni sangat kuat badinya tau. Dan kerjaya artis bergantung kepada peminat. 
 Isu Video Kutuk PR: Salleh Yaacob Kecewa, Umum Bersara Dari Dunia Hiburan - Terbakor‘
“Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat,” ujar Salih Yaacob kepada Utusan Malaysia baru baru ini.
“Saya mengambil keputusan untuk tidak akan lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan”
Sinar FM tempat di’mana Salih Yaacob bertugas sebagai penyampai juga menerima tempias apabila di’ugut boikot oleh peminat yang kecewa dengan penampilan penyampai mereka dalam video tersebut.

Blah lah salleh Yaacob , tak ada tloq takut ngan peminat. Takut ..kenapa  buat ??? untuk bangsa dan agama pun takut . Tabik Nabil..Gentelman.

Anwar kalut bila ditanya apakah dia seorang gay. berjela jela jawab macam nak mengaku aja.!!

Wednesday, March 20, 2013

Pejabat PM Nafi Pembubaran Dewan Rakyat Hari Ini

-- Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan hari ini, bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.


Menurut laman Twitter pejabat media perdana menteri, khabar angin itu tidak benar sama sekali

"Kenyataan yang tersebar mengenai pembubaran parlimen hari ini, kononnya daripada Pejabat Perdana Menteri, adalah palsu," demikian menurut laman Twitter itu pada 1.23 tengah hari.

Perkara itu turut disahkan seorang pegawai media perdana menteri ketika dihubungi Bernama.

"Tiada pembubaran hari ini," tegasnya.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki perkarangan Istana Negara pada pukul 7.55 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Menjadi kebiasaan bagi perdana menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet setiap Rabu.

-- BERNAMA

Anwar Sambut Kenyataan Nur Misuari

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut kenyataan Ketua MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro), Nur Misuari berkenaan dengan tuntutan Sabah dan Sarawak. Anwar seperti dilaporkan Antarapos walaupun bernada tidak setuju dengan kenyataan Nur Misuari, namun menegaskan isu rundingan itu berkenaan tuntutan itu boleh diteruskan oleh kerajaan Filipina.

Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Sabah selama-lamanya merupakan sebahagian daripada Malaysia dan perkara itu tidak perlu dirunding lagi kerana rakyat Sabah ialah warganegara Malaysia.

Nur Misuari dalam temubual bersama Al Jazeera, beliau menuduh Kuala Lumpur menjajah Sabah dan Sarawak, selain itu beliau menuduh Malaysia memecah perpaduan bangsa Moro di Selatan Filipina, apabila menyokong MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro ) dalam rundingan damai dengan kerajaan Filipina.

“MILF adalah alat penjajahan Malaysia dan diatur oleh negara itu. Kuala Lumpur ialah dalang di sebalik MILF.

“Maaf kerana terpaksa menyatakan kebenaran dalam masalah ini. Jika Malaysia tidak dibabitkan, saya fikir kami dengan segera dapat menyelesaikan masalah itu dengan kerajaan Filipina,” katanya
Misuari berkata, perjanjian damai antara MILF dan kerajaan Filipina yang dijangka dimuktamadkan pada bulan depan adalah helah Malaysia untuk memperkuatkan pengaruhnya di Sabah.

Ketua MNLF itu turut mencabar Malaysia untuk keluar dari Sabah dan membuktikan tuntutan wilayahnya menerusi proses undang-undang.

Misuari turut menegaskan tentangannya kepada rundingan damai MILF dan menyatakan MNLF telah pun menandatangani perjanjian dengan kerajaan Filipina di bawah pentadbiran berbeza di Manila.

Perjanjian itu diadakan di antara MNLF diketuai Misuari dengan kerajaan Filipina pada 1976 semasa zaman Presiden Ferdinand Marcos; 1987, semasa Presiden Corazon Aquino dan pada tahun 1996 pada zaman Presiden Fidel V. Ramos.

“Itu adalah perjanjian damai yang perlu dilaksana terlebih dahulu dan sesiapa yang datang dengan perjanjian baharu adalah perosak,” ujarnya.

Misuari diterima baik oleh pentadbiran Corazon Aquino dan Fidel V. Ramos sehingga beliau mewakili Ketua MNLF dilantik sebagai gabenor Mindanao pada tahun 1996.

Jawatan Misuari sebagai Gabenor Mindanao masih kekal walaupun Joseph Estrada mengambil alih jawatan pada tahun 1998-2001, namun jawatannya tergugat dan dilucutkan apabila Gloria Macapagal-Arroyo mengambil alih Presiden Filipina pada Januari 2001.

Pentadbiran Arroyo menuduh Misuari korup dan salah guna kuasa sepanjang menjadi gabenor Mindanao pada 1996-2001.

“Masalah Misuari bermula pada 19 November 2001 apabila Misuari, bekas Ketua MNLF mengisytiharkan perang ke atas kerajaan Arroyo dan melancarkan gerakan gerila bersenjata dari pasukan MNLF yang setia kepadanya, menyerang ibu pejabat Tentera Darat di Jolo, Sulu menyebabkan kira-kira 100 orang mati..turut tercedera termasuk orang awam.

“Serangan itu dilancarkan pada hari ketiga bulan Ramadan, sebagai usaha untuk menggangu mengganggu pilihan raya di Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM) yang dijadualkan pada 26 November. Misuari berusaha untuk mengacau bilau pilihanraya di mana untuk membolehkan beliau dilantik semula menjadi gabenor ARMM.

“Beberapa hari selepas serangan itu, Misuari melarikan diri ke Malaysia, tetapi telah ditangkap bersama enam pembantu beliau pada malam pemilihan ARMM di Pulau Jampiras, Sabah, Malaysia,”lapor Ann Bernadette S. Corvera, Philstar.com.

EKSKLUSIF! 4 KALI DITANYA TENTANG HOMOSEKSUAL & BISEKSUAL TAPI APAKAH JAWAPAN ANWAR IBRAHIM?

sumber : Dr MiM
Jika anda ditanya satu soalan yang sangat mudah iaitu sama ada anda Homoseksual atau Biseksual, hanya 2 jawapan sahaja yang mahu kita dengar : Ya atau Tidak.
Tetapi berlainan dengan Anwar!

Temuramah di dalam video di bawah menyebabkan kita amat ragu dengan Anwar. Soalan yang sama terpaksa ditanya sebanyak 4 kali tetapi Anwar tidak menyawab Ya atau Tidak.

Sebaliknya, beliau putar belit menceritakan 'bulan dan bintang' dan masih tidak menjawab soalan pokok yang ditanyakan.

Kenapa begitu susah untuk Anwar mengaku Ya atau Tidak?

Sepatutnya, sebagai seorang Muslim dan berkedudukan tinggi di dalam politik, beliau sepatutnya menjawab TIDAK dan kemudiannya baru bercerita tentang apa sahaja yang beliau fikirkan. 
Tambahan pula, sidang temuramah itu adalah tempat yang terbaik untuk beliau menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam aktiviti songsang sebagai seorang penganut Islam. 

Keengganan beliau menjawab Ya atau Tidak itu mengundang curiga dan sudah pasti menimbulkan syak wasangka kepada beliau.

Anda lihat video menarik di bawah :

Video : 4 kali ditanya tetapi Anwar tidak menjawab Ya atau Tidak

Malah, kenyataan beliau yang mendakwa pendakwaan terhadap beliau gagal menyabitkan beliau dengan aktiviti songsang padahal keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini menyatakan yang sebaliknya!

Perkara ini bukan 'konspirasi politik' atau sebagainya tetapi keputusan Mahkamah Tinggi seperti laporan blog AIDC di bawah :
Dalam rumusan keputusan Mahkamah Persekutuan 2 September 2004 menyebut “…we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."


Maksudnya, “kami menemui bukti untuk mengesahkan perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk mempercayai bahawa dakwaan kejadian di Tivoli Villa itu adalah benar-benar berlaku. 
Namun Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dan Sukma dengan keputusan majoriti 2-1 kerana terdapat keraguan dari segi tarikh sebenar kejadian tersebut dan wujudnya eleman ‘suka sama suka’ di mana saksi utama, Azizan Abu Bakar didapati melakukan aktiviti homoseksual secara sukarela dengan Anwar dan Sukma pada tarikh dan tempat yang didakwa di mahkamah. seterusnya
Jika anda melihat video di atas dan keputusan Mahlamah Tinggi, apakah anda sendiri tidak berasa curiga dan sangsi dengan orientasi seksual pemimpin tertinggi Pakatan pembangkang ini?

Dan jika soalan cepumas ini ditanya semasa sidang akhbar, MiM rasa kita semua tahu jawapan Anwar iaitu 'jika U ulang I saman U'!

Anwar disarankan supaya menjawab soalan-soalan yang timbul untuk membersihkan nama beliau.

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts