Ahad, aku bersiap kerana mahu menghadiri kenduri anak buah yang di adakan di sebuah dewan PRK di Setapak, Sebaik tiba saja aku lihat suasana dewan kelam kabut dan aku difahamkan bahawa adik sepupu isteri ku , adik kepada ibu pengantin pengsan ketika bergambar bersama pasangan pengantin baru. Kami terus makan jamuan yang telah disediakan dan mendapat perkhabaran bahawa Dr sudah memanggil semua adik beradik mereka untuk datang ke hospital. aku dan keluarga ku terus pulang untuk menghantar anak bongsu ku dan dan bercadang untuk ke hospital selepas itu. Dalam perjalanan pulang aka terima panggilan dari pengantin mengatakan bahawa Ujang , adik sepupu siteri ku telah pun kembali ke rahmatullah. |
No comments:
Post a Comment