PANAS :: Tun M dedahkan siapa yang dibayar Amerika untuk guling kerajaan Malaysia
Tun M dedahkan NGO NGO yang sokong Anwar di bayar Amerika untuk gulingkan kerajaan Malaysia
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa badan bukan
kerajaan (NGO) yang menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
telah dibayar oleh Amerika Syarikat (AS), bagi tujuan menggulingkan
kerajaan yang dilihat tidak sebulu dengan kehendak mereka.
Menurut Dr Mahathir, tindakan AS di Asia Barat jelas menunjukkan bukti
bahawa kuasa barat berkenaan sedang berusaha untuk menukar pemerintahan
pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka, dan melantik individu lain
bagi membolehkan AS memperalatkan negara berkenaan.
"Campurtangan AS dalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan negara-negara
yang tidak sebulu dengannya amatlah jelas. Apa yang sedang dilakukan
oleh Amerika Syarikat di negara Arab sudah tentu dilakukan juga di
Malaysia.
NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan
kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali
mendapat bantuan kewangan dan media Amerika," katanya merujuk kepada
penangkapan 10 rakyat AS di Mesir yang dipercayai ahli daripada beberapa
NGO dari Amerika yang terlibat kononnya untuk membawa demokrasi kepada
Mesir.
Di antara mereka yang ditangkap adalah ahli kepada
National Democratic Institute (NDI), International Republican Institute
(IRI) dan Freedom House, dan kesemua mereka menurut Newsweek telah
“memperolehi dana daripada AS”.
"Mereka kononnya tidak puas
hati dengan dasar kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk
seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan
institusi perkahwinan dan kekeluargaan dan liwat).
Sebenarnya
tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika Syarikat untuk
melakukan "regime change" supaya Malaysia menjadi alat Amerika
Syarikat," katanya di dalam blog "Chedet" miliknya hari ini.
Jelas Dr Mahathir lagi, apabila Anwar mula berkuasa sebagai perdana
menteri, segala tuntutan NGO berkenaaan akan dihalalkan dan
berkemungkinan juga Ketua Umum PKR itu akan mengadakan hubungan
diplomatik dengan Israel.
"Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim
menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan
dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, AS tetap akan memujuk Anwar
supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu," katanya
lagi.
Tambah beliau, rakyat seharusnya bertindak bijak dengan
menolak mana-mana pihak yang ditaja AS bagi mengelakkan negara
dikongkong dan dijajah oleh mereka yang cuba menukar kerajaan secara
haram.
"Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat
menukar kerajaan dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan
terus merdeka?" soalnya dan menambah terpulng kepada rakyat untuk
membuat pilihan.
"Tetapi terpulanglah kepada rakyat Malaysia.
Jika mereka suka Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat
Israel), sokonglah puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika
Syarikat, tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong
oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup
diperalatkan oleh Amerika Syarikat untuk menukar kerajaan," katanya
dalam entri terbaru blognya yang bertajuk "Peperangan Mesir Melawan
NGO".
Mana ada?Tu hanyalah pitnah.Homo cun dan sayangku tak suka bontot.
ReplyDelete