Sunday, November 24, 2013

Ops Cantas Khas Trafik: 251,273 Kena Waran Tangkap


The Ops Cantas Khas Trafik crackdown has already begun going ‘door to door’ to round up habitual traffic offenders in #IPOH. #MalaysianDrivers

The operation commenced in Ipoh and saw traffic policemen going “door to door” to bring in motorists with more than two warrants of arrests and more than 15 unsettled summonses.

The first operation was conducted between 3pm and 6pm on Thurs­day.

Nationwide operations, which will see the police stopping motorist­s at roadblocks, will commence next week.

“We are targeting the habitual offenders first,” Acting Federal Traffic chief Senior Asst Comm Mohd Fuad Abd Latiff told The Star yesterday.

He advised the public not to be alarmed as the habitual offenders would still be given a chance to settle the summonses despite being picked up.

“The objective of the operation is to get the offenders to pay up,” he stressed.

SAC Mohd Fuad said the police had prepared the warrants of arrest for 251,000 traffic offenders.

“We are going ahead with roadblocks mounted nationwide to arrest errant vehicle users from next week.

“After being arrested at a roadblock, the motorist will be brought to the police station and if he or she refuses to pay the summons, the person will be released on police bail with one surety,” he said, adding that the police would then apply for a new court date for the individual to either challenge the case or plead for a lower fine.

He said all preparations ahead of starting the roadblocks had been completed.

“We want to ensure that all state police contingents will be ready to carry out the operations successfully,” he said.

Asked about public complaints over difficulties in checking summonses on the official police online portal, SAC Mohd Fuad said there were many alternatives to do so, including through www.myeg.com.my,www.rilek.com.my, post offices and at Maybank ATMs.

“The public can check at selected shopping malls or go straight to any traffic police counter. They can even check at the Road Transport Depart­ment branches,” he said.

It was previously reported that the number of traffic offenders had been growing each year and along with that the number of motorists who were ignoring their summonses.

In 2008, traffic police went after 96,000 vehicle users with unsettled summonses under Ops Warta VII but as of now, the figure had shot up to more than 1.7 million.

Unable to go after all of them at once, police are targeting over 251,000 errant motorists, heavy vehicle drivers and motorcyclists in the first stage of Ops Cantas Khas Trafik.

Notices are being sent out to the offenders, warning them that warrants of arrest have been issued. At the same time, expired warrants are being renewed.

Saturday, November 23, 2013

Zed Zaidi hilang jawatan Presiden Seniman...

zedzaidi 

Pelakon Zed Zaidi hilang jawatan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) secara automatik selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis memutuskan Mesyuarat Agung Seniman kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal.

 Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop turut mengarahkan Mesyuarat Agung diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh hari ini yang akan dikendalikan oleh Pendaftar Pertubuhan.

 Rosilah turut memerintah agar kos perbicaraan RM60,000 dibayar kepada Seniman dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga kelapan. Kesemua defendan tersebut juga perlu membayar kos ganti rugi khas RM56, 000 kepada plaintif. 

Justeru itu, beliau berkata pemilihan keseluruhan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Seniman bagi sesi 2012/2015, Laporan Kewangan bagi tahun 2011 dan minit Mesyuarat Agung Ke-13 yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Ke-14 juga adalah terbatal dan tidak sah. 

 Rosilah memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim atau Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin dan Wafa A.Kadir membayar gantirugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Persatuan Seniman.

 Beliau juga memerintahkan defendan membayar kos RM60,000 kepada kesemua plaintif. Pada 25 Jan lepas lima artis veteran Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani, dan Roslinda Buang memfailkan saman terhadap persatuan itu dan tujuh lagi. 

 Mereka menamakan persatuan itu, presidennya ketika itu Harun Salim Bachik, setiausaha Omar Kamarudin atau Yusof Kelana, bendahari Wafa A.Kadir dan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, yang semasa itu pemangku timbalan presiden sebagai defendan. Tiga lagi ialah anggota jawatankuasa persatuan itu Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab.


 Rosilah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi-saksi plantif dan defendan dan beliau mendapati plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap defendan. 

Rosilah berkata sepanjang perbicaraan saksi-saksi defendan terutamanya Harun Salim Bachik, Yusof, dan Zed Zaidi telah memberi keterangan bercanggah dan tidak konsisten. 

 Mereka sering mengelak dari memberi jawapan kepada soalan-soalan yang jelas dan mudah daripada peguam plaintif," katanya sambil menambah jawapan-jawapan yang bercanggah itu juga boleh merosakkan kes defendan dan beratnya beban keterangan pada saksi-saksi ini adalah rendah kerana sikap buruk mereka.

 Rosilah berkata mahkamah mendapati perjanjian Jual Beli Hartanah oleh Persatuan Seniman pada 30 Jun 2010, telah dilaksanakan berdasarkan tipuan defendan-defandan dan tanpa kebenaran dan kelulusan Mesyuarat Agung persatuan itu. Pihak defendan sendiri telah akui yang Perjanjian JualBeli hartanah ini adalah tidak sah dari awal lagi. 

Maka dengan itu berdasarkan semua alasan- alasan di atas saya dapati Perjanjian JualBeli Hartanah ini adalah terbatal dan tidak sah," katanya. Rosilah berkata dari keterangan yang dikemukakan, persatuan itu telah mengalami kerugian sebanyak RM56,000 bagi pembelian hartanah itu dan oleh itu mahkamah mendapati plaintif-plaintif berhak kepada kerugian itu.

 Beliau juga berkata perbuatan defendan-defendan mengadakan minit mesyuarat yang berbeza dengan yang difailkan dengan Pejabat Pendaftar dan Buku Laporan Mesyuarat Agung Ke-14 adalah berniat menipu ahli-ahli persatuan dan bermotif jahat. 

Plaintif dalam pernyataan tuntutan mereka memohon satu deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Seniman ke-14 serta Laporan Kewangan Tahun 2011 dan minit mesyuarat agung yang dibentang pada 26 Mei 2012 adalah tidak sah dan terbatal. Ini kerana mereka mendakwa selain plaintif dan defendan, terdapat beratus-ratus lagi yang hadir pada mesyuarat itu diragui keahliannya.

Mereka juga memohon deklarasi pemilihan anggota jawatankuasa persatuan yang diadakan pada mesyuarat berkenaan juga tidak sah. Plaintif juga memohon ganti rugi am, teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selain menuntut Harun Salim Bachik, Yusof Kelana dan Wafa membayar RM56,000 kepada persatuan itu atas dakwaan menyebabkan kerugian kepada persatuan itu berhubung pembelian hartanah 

 Plaintif yang juga penggiat seni Abu Bakar yang hadir hari ini memberitahu pemberita bahawa beliau bersyukur dengan keputusan itu dan berharap keputusan itu akan menjadi pengajaran kepada persatuan lain supaya tidak mengamalkan perkara yang tidak betul.

Friday, November 22, 2013

Surat Tun M kepada Nik Aziz


  • Datuk Dr Mashitah Ibrahim  

DALAM satu perjumpaan dengan bloggers pelbagai kaum di Kuala Lumpur pada Januari 2011, bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat ditanya kenapa Pas seolah-olah tidak mahu melaksanakan hudud. Jawabnya: “Dr Mahathir datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksanakan hudud, kerajaan Pusat akan mengambil tindakan. Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran.”

Beberapa bloggers yang hadir hairan kerana Nik Aziz mengaitkan pelaksanaan hudud dengan Mageran (Majlis Gerakan Negara). Mageran di Kelantan pada 1977-78 adalah untuk menyelamatkan negeri itu yang dilanda sengketa politik. Ia bertujuan mententeramkan keadaan dan memulihkan pentadbiran sivil. Selepas reda, kuasa diberi semula kepada kerajaan pilihan rakyat untuk berfungsi. Mageran tidak ada kena mengena dengan hudud.

Dalam kempen pilihan raya, pemimpin Pas sering beri alasan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menentang pelaksanaan hudud. Mereka ulang-ulang kenyataan Nik Aziz yang takut Mageran dikenakan di Kelantan jika hudud dilaksanakan. Padahal Tun Dr Mahathir hanya memberi ingatan secara umum agar pelaksanaan hudud tidak sebabkan kekecohan, tetapi pemimpin Pas telah memutar belit dan mengaitkan kegagalan dan ketidaksediaan kerajaan negeri dengan kenyataan bekas perdana menteri itu.

Surat Tun Dr Mahathir bertarikh 8 Jun 1994 tidak langsung menyebut Mageran atau sebarang tindakan khusus terhadap mana-mana pemimpin Pas. Dalam suratnya, Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa kerajaan Pusat akan berpandukan kaedah Islam dalam tindakannya, iaitu menjaga kepentingan ramai. Beliau menekankan perlunya kerajaan bertindak secara adil untuk mengelak berlakunya kezaliman dan huru-hara.

Oleh kerana ada kesangsian di kalangan pakar perundangan bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan Pas adalah benar-benar adil dan menepati ajaran Islam, Tun Dr Mahathir mengingatkan tindakan Pas yang dianggap berat sebelah atau zalim akan memberi gambaran negatif kepada bukan Islam, sebabkan mereka menjauhkan diri daripada Islam dan tidak berminat memeluk Islam.

Bahagian penting dalam surat Tun Dr Mahathir kepada Nik Aziz ialah: “Hudud Islam bertujuan memberi keadilan kepada semua, bukan untuk kezaliman. Undang-undang Pas jika zalim tentunya bukan menepati Islam. Kerajaan Pusat tidak berhajat bersubahat dengan Pas (dan) akan terus mempertahankan ajaran dan nilai agama.

Jika Pas menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan dalam Islam, kerajaan Pusat akan ambil tindakan yang sewajarnya demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.”

Jelas, Tun Dr Mahathir tidak membantah hajat Pas. Beliau juga memperingati Pas agar memastikan undang-undang syariah yang hendak dilaksanakan mestilah adil, tidak berat sebelah atau menzalimi sesiapa. Kerajaan Pusat bertanggungjawab ke atas kebajikan dan kepentingan semua rakyat, justeru hanya bertindak jika pelaksanaannya menimbulkan huru-hara.

Tidak disebut pasal sekatan, bangkangan atau Mageran. Malah, dalam ucapannya di Nilam Puri pada tahun 1994, beliau menyebut: “Kita tidak tolak hukum hudud. Kita cuma tolak tafsiran dan undang-undang Pas yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Menolak sesuatu yang salah adalah wajib.”

Ada pihak bertanya adakah hudud hendak diperkenalkan Pas Kelantan sama seperti di Arab Saudi atau pernah dilaksanakan puak Taliban di Afghanistan. Beberapa NGO bukan Islam juga bimbang hudud berwajah Pas, bukan berpandukan perundangan Islam. Sebelum ini, rakyat melihat bagaimana pemimpin Pas yang terbabit dengan skandal seks dan penyelewengan kuasa tidak diambil tindakan oleh pucuk pimpinannya. Manakala pemimpin yang cuba menegah penjualan arak di kedai dalam kawasan bermajoriti Melayu telah dipecat dari parti.

Ada kekeliruan sama ada hudud boleh dikenakan ke atas bukan Islam. Kebetulan, ada pemimpin Pas yang kata ya, ada yang kata tidak. Pada April lalu, Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez menyeru rakyat bukan Islam tidak undi Pas selagi perkara ini tidak dijelaskan.

Umumnya, orang bukan Islam melihat Pas sebagai parti hanya fokus kepada hudud sahaja, tapi kurang idea mengenai ekonomi dan pembangunan taraf sosioekonomi rakyat.

Thursday, November 21, 2013

Pemergian Rosmah ke Qatar bukan urusan rasmi, TPM luluskan penggunaan jet, kata Azalina

Ahli Parlimen Datuk Seri Azalina  Othman (gambar) hari ini mendedahkan bahawa jemputan Datuk Seri Rosmah Mansor ke Persidangan Wanita di Qatar bukan atas urusan rasmi kerajaan sebaliknya jemputan yang dibuat secara peribadi.

"Jemputan berkenaan bukan berdasarkan daripada kerajaan kepada kerajaan, tetapi lebih secara peribadi," katanya di Parlimen hari ini semasa pembentangan Bajet 2014.

Azalina turut mengakui beliau antara delegasi yang mengikuti  Rosmah dalam rombongan tersebut selain mendedahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu yang meluluskan penggunaan jet rasmi kerajaan dalam mesyuarat kabinet dan  bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa sebelum ini.



Kehadiran Rosmah dalam persidangan wanita di Doha Qatar pada minggu lalu dikritik ramai pihak apabila berita mengenai isteri Perdana Menteri itu menggunakan jet rasmi kerajaan didedahkan kepada orang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mengakui kelulusan penggunaan jet rasmi untuk digunakan oleh Rosmah adalah keputusan kabinet bagaimanapun diselar pembangkang mendakwa ia tindakan tidak bertanggungjawab  sekaligus tidak boleh diterima.

Tambah Azalina, selain beliau, delegasi Rosmah ketika itu terdiri daripada pegawai rasmi kerajaan, media dan wakil daripada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

Azalina  menjawab kritikan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad  yang  kesal dengan tindakan kabinet meluluskan penggunaan jet rasmi biarpun ia secara terangan adalah salah.

Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar turut dilihat mempertahankan Rosmah dengan berkata rakyat Malaysia sepatutnya  berbangga apabila isteri Perdana Menteri itu diberi penghormatan oleh kerajaan Qatar di mana peluang sebegitu itu jarang berlaku kepada isteri pemimpin di negara lain.

"Saya tidak faham kenapa mereka tidak boleh menghargai perkara begini.Ia selalu menjadi isu besar kepada pembangkang. Mereka mengharumkan nama negara dilayan seperti musuh, sementara mereka yang memburukkan nama negara dilayan sebagai hero," katanya.

Susulan itu, semasa di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Rompin  Datuk Seri Jamaluddin Jarjis turut menyokong kenyataan Noh dengan berkata jemputan tersebut membuktikan Rosmah memberi imej baik dan mengharumkan nama negara.

"Pemergian beliau ke sana bukanlah memandai-mandai dan kita patut berbangga beliau diberikan penghormatan untuk bercakap dalam forum tersebut," katanya.

Beliau juga membidas pembangkang kerana sering memperbesarkan isu yang remeh sambil berkata perjalanan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara juga ditanggung oleh kerajaan negeri biarpun Anwar bukan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

"Saya yakin rakyat boleh melihat bahawa isu berkenaan dicetuskan oleh pihak pembangkang," katanya.

10 November lalu Rosmah berada di Qatar menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke- 4 yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Rangkaian Interaktif Qatar.

Turut menemani Rosmah, Penasihat Khas Perdana Menteri  Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, isteri  Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II Datin Seri Che Kamariah Zakaria.

Sunday, November 17, 2013

Gambar terbaru Laorde Ardina, pembunuh pegawai bank AmBank

Petaling Jaya: Suspek utama kes menembak mati pegawai AmBank Norazita Abu Talib muncul di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini, semalam, dengan wajah selamba selain penampilan tidak bermaya.

Dia yang memakai baju lokap berwarna jingga dibawa ke mahkamah untuk disambung reman sebelum Majistret Surya Wati Shawal mengeluarkan perintah sambung reman selama tujuh hari sehingga 23 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
LAODE Ardina ketika dibawa ke mahkamah.

Ketika wajahnya mahu dirakam jurugambar media, suspek hanya melontar pandangan kosong dan sedikit pun tidak memberi reaksi menolak gambarnya dirakam seperti kelaziman dilakukan suspek kes jenayah lain.

Lelaki menggunakan MyKad palsu dengan nama Ardi Hamza itu ditahan di jeti Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, Johor dipercayai untuk meloloskan diri ke Batam pada 10 November lalu, selepas 19 hari bersembunyi di rumah dan bangunan kosong sekitar negeri itu.

Polis juga mengesahkan identiti sebenar suspek itu sebagai Laode Ardina Laode Rasila, 35, berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Hudud PAS tipu saja dan termalu dengan Berunei.

 Sebenarbya PAS sendiri belum sedia untuk melaksanakan Hukum Hudud , lain orang akan menceritakan lain hal tetapi dengan tujuan yang sama tidaka akan melaksanakan hudud dalam masa yang terdekat ini.

Habis setiap Pilihan raya kecil / Umum mereka akan politik kan isu ini kononnya UM O yang menghalang mereka laksanakan hudud.

Brunei Darul Salam tiba tiba saja mengejutkan mereka dengan mengumumkan melaksanakan Hududsehinga mereka terkejut dna terus melatah lagi. apa kata TMB Kelantan pula mengenai penglaksanaan hudud di Kelantan..


TMB: K'tan perlu mahkamah khas untuk laksana hudud


Untuk melaksanakan undang-undang hudud, Kelantan perlu mewujudkan mahkamah khas bagi membicarakan kes berkaitan undang-undang itu, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
  
Bagaimanapun kata beliau, pelaksanaannya akan mengambil masa kerana kerajaan negeri perlu meneliti pelbagai perkara terutama berkaitan aspek perundangan bagi mengelakkan pertembungan.
  
Beliau juga berkata setakat ini perkara itu sudah dibincangkan sebanyak empat kali oleh jawatankuasa teknikal.
  
"...mungkin dalam  bulan Disember atau Januari tahun depan kita akan adakan perbincangan lagi membabitkan pakar perundangan dan hakim-hakim serta  pengamal undang-undang tentang apa yang perlu dibuat kerajaan negeri sebagai pelaksanaan awal terhadap pelaksanaan hudud," katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis sambutan penerbangan sulung syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dari Kota Kinabalu ke Kota Bharu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di Kota Bharu hari ini.
  
Rabu lepas, Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad dilapor berkata Mahkamah Syariah Kelantan sudah mampu menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan negeri pimpinan PAS itu mahu menguatkuasakan undang-undang berkenaan.
  
Ini kerana kata Daud segala prasarana berkaitan pelaksanaan hudud sudah lengkap termasuk hakim untuk mengendalikan kes.
 - Bernama

Friday, November 15, 2013

Tanya Petronas siapa pembekal utama itu dan siapakah pemiliknya ??

Petronas
Sebelum kita merujuk pada tulisan sinar harian ini mengenai  PDB sentiasa menyanjung penyertaan Bumiputera sebagai pembekal  barang  makanan yang dijual di kedai Mesra, dan oleh itu dakwaan bahawa ia melakukan sebaliknya adalah tidak benar. - Persoalannya boleh tak  Petrinas dedahkan siapakah atau syarikat mana yang memperolohi kontrak berkenaan dan kenapa syarikat yang milik warga negara Singapore ini yang dilantik dan bukan syarikat Bumiputera. Kenapa Petronas mahu sorok siapakah pembekal utama dan siapakah  pemiliknya. 

  
Dalam satu kenyataan, syarikat pembekal produk petroleum itu berkata syarat supaya vendor menjadi pembekal berdaftar bertujuan mengekalkan kualiti semua produk dan perkhidmatan yang dijual di Kedai Mesra Petronas.

"Sebagai syarikat korporat senaraian awam dan bertanggungjawab, PDB mempunyai obligasi kepada orang ramai dengan memastikan produk dan perkhidmatan kami bermutu tinggi dan berkualiti," katanya.

Syarikat sentiasa menyokong usahawan tempatan dengan memberikan mereka peluang perniagaan bersama PDB menerusi pelbagai platform.

Usahawan tempatan boleh memohon untuk menjadi pembekal sah PDB menerusi Program Industri Kecil Sederhana

Wednesday, November 13, 2013

Akhirnya, misteri Jenazah tidak reput dirungkai waris


SEGAMAT - Beberapa waris kepada jenazah yang ditemui dalam keadaan sempurna semasa kerja pemindahan di Tanah Perkuburan Islam Batu Badak, di sini menerima dengan reda apa yang berlaku.

Hamisah Kassim, 67, anak kepada Allahyarham Mehran Jaafar berkata, ibunya meninggal dunia tujuh tahun lalu ketika berumur 83 tahun dan tidak menafikan ketika hayat allahyarham seorang yang alim dan suka membantu orang tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Arwah ibu sentiasa menunaikan solat di awal waktu. Dia juga akan membaca Al-Quran setiap hari walaupun adakala sibuk dengan tugasnya menguruskan rumah tangga.

“Saya juga masih ingat sikap ibu yang tidak suka menyusahkan orang lain termasuk anak-anak dan ibu juga hanya akan bercakap dan bersuara mengenai perkara yang
dirasakan penting sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak berhampiran tanah perkuburan Islam Batu Badak, semalam.

Menurutnya, apa yang berlaku kepada jenazah ibunya itu adalah kehendak Allah SWT terhadap hamba-Nya dan seharusnya dijadikan sebagai renungan kepada mereka yang masih hidup.

Satu lagi jenazah yang ditemui dalam tidak reput adalah abang ipar Hamisah iaitu Ahmad Raof yang meninggal dunia ketika berusia lewat 60an lapan tahun lalu.

“Arwah Ahmad Raof merupakan bekas pesara di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua dan pernah menjadi wartawan sambilan. Tetapi, saya tidak dapat memastikan sama ada kedua-dua mereka menghafal Al-Quran atau tidak.

“Tetapi setahu saya mereka berdua memang selalu membaca Al-Quran hampir setiap hari dan dari apa yang saya dengar mereka yang menghafal Al-Quran jenazahnya tidak akan dimamah Bumi dan saya pun tidak dapat mengesahkan adakah mereka tergolong dalam golongan tersebut” katanya.

Bagi Jaafar Mohd Said (Gambar), 78, dia berharap jenazah yang ditemui dalam keadaan baik itu sebagai salah satu petanda bahawa jasad mereka dimuliakan oleh ALLAH SWT dan mengharapkan kesemua jenazah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Di sini terdapat kubur waris-waris saya dan di antaranya ialah kubur ayah saya (Mohd Said Ahmad) dan abang saya (Yusuf Mohd Said). Saya pun masih terkejut apabila mendapati kain kapan mereka masih berada dalam keadaan elok meskipun telah lama meninggal dunia.

“Arwah ayah meninggal ketika berusia 78 tahun dan abang saya pada umur 63 tahun. Sukar untuk saya mentafsirkan apa yang berlaku kerana semua ini merupakan urusan ALLAH SWT dan kita sebagai hamba yang beriman harus mempercayainya terutama perkara-perkara ghaib ini. Saya bimbang jika apa yang berlaku ini boleh mendorong kita kepada sifat riak dan takbur.

“Tapi apa yang boleh saya perkatakan kedua-dua waris saya ini semasa hayatnya memanglah seorang yang warak dan taat kepada ajaran agama serta selalu membaca Al-Quran jika mempunyai masa terluang,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batu Badak.

Menurutnya, arwah bapanya itu merupakan bekas Penghulu mukim Gemereh dan sepanjang ingatannya bapanya seorang yang cukup penyabar dan jarang baginya untuk melihat bapanya itu marah.

Malah Mohd Said ketika hayatnya dikatakan suka menolong orang yang berada di dalam kesusahan dan sifatnya itu diwarisi oleh arwah abangnya yang kemudiannya menjawat jawatan sebagai Penghulu Mukim Gemereh bagi menggantikan bapanya itu

Tuesday, November 12, 2013

14 Gambar Jelas ‘Joemar’,Suspek Ke-2 Kes Tembak Pegawai AmBank

412206_279718768817232_1079031259_oKUALA LUMPUR: Susulan penangkapan suspek utama dalam kes rompakan dan bunuh di Ambank cawangan Subang Jaya, polis kini memburu rakan jenayahnya dikenali sebagai ‘Joemar’ yang disyaki menyimpan sebahagian besar hasil rompakan itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Joemar yang dipercayai warga Indonesia juga bersubahat merancang rompakan dengan suspek utama.
“Joemar bukan pengawal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semula wang rompakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam, di Maktab Polis Diraja Malaysia, Isnin.
35507_312022085586900_2097360611_n


62461_315408968581545_560995601_n


73300_296928567096252_996546401_n


250694_305878369534605_220655488_n


260269_347925545329887_1619249338_n

288152_280168822105560_163216400_o


314162_292132010909241_867057346_n


340725_246648962124213_1830152363_o


340725_246648962124213_1830152363_o 540113_302269629895479_432759014_n


553728_281422501980192_1718553279_n


735145_285837114872064_1406146079_n


1185047_397999413655833_393430059_n


1383072_413594792096295_57083662_n

Monday, November 11, 2013

5 Gambar keadaan jasad ditemui sempurna, kubur berbau wangi

SEGAMAT – Sekumpulan ahli keluarga yang membantu kerja-kerja menggali semula Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini semalam terkejut apabila mereka menemui 12 jenazah termasuk seorang guru Al-Quran yang masih lagi sempurna.
Lebih mengejutkan, kesemua jenazah itu yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan pembinaaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak-Muar sejauh 63 kilometer sudah pun dikebumikan antara lapan hingga 11 tahun lalu.

Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jamaluddin Sapuan berkata, kesemua jenazah itu ditemui dalam keadaan sempurna, tidak ubah seperti hari pertama ia dikebumikan di tanah perkuburan berusia lebih 100 tahun itu.

Beliau yang terlibat menyelia penggalian dan pemindahan 150 jasad di tanah perkuburan tersebut bagaimanapun berkata, kejadian tersebut bukanlah sesuatu yang pelik.

“Ia membuktikan kekuasaan Allah terhadap hamba-Nya yang terpilih. Banyak perkara tersirat daripada kejadian ini.

“Majoriti jenazah dalam keadaan baik, masih ada daging yang tidak reput,” katanya semalam.

Beliau yang sudah 22 tahun menggali kubur berkata, selepas dikeluarkan, kesemua jenazah itu dikafankan semula dengan kain yang baharu dan bersih.

Katanya, ia kemudian dimasukkan ke dalam keranda untuk dikebumikan semula di tanah perkuburan baharu di Kampung Alai, kira-kira dua kilometer dari tapak lama.

Jamaluddin berkata, bau wangi turut dihidu di sekitar kawasan perkuburan yang menempatkan 350 buah kubur sejak hari pertama kerja tersebut dijalankan.

Beliau pernah menemui jasad yang langsung tidak terusik meskipun ia sudah 30 tahun dikebumikan sejak 30 tahun lalu.

“Kes yang terbaharu ini boleh menjadi iktibar dan pedoman kepada kita yang masih hidup,” jelasnya.



Friday, November 8, 2013

asal bangang sangat MP PKR Indera Mahkota ini

Kaum ini telah lama menjadi Islam , salah tu dato' . belajar lah kalau tak tahu , busuk busuk pun browse lah internet,

Petronas ada agenda hapuskan usahawan bumiputera?

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dilihat seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi menghapuskan kepentingan usahawan bumiputera dalam syarikat itu menerusi polisi yang diperkenalkan sejak pengambilalihan barisan kepimpinan baharu.

Pengerusi Kluster Minyak dan Gas, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Tengku Putra Tengku Ahmad berkata, polisi baharu itu meletakkan pelbagai halangan sehingga menyebabkan penggiat industri tempatan sukar mengambil bahagian sekali gus membuatkan mereka terpinggir.
"Polisi ini bercanggah dengan dasar penubuhan Petronas yang sepatutnya membantu melonjakkan ekonomi masyarakat bumiputera.

"Apa yang berlaku hari ini, daripada projek ratusan juta ringgit melibatkan telaga minyak di tengah laut hingga kepada kontrak pembekalan roti, kuih-muih dan nasi lemak di stesen minyak Petronas, semuanya diberikan kepada syarikat asing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pertemuan tertutup usahawan-usahawan industri minyak dan gas bersama media di pejabat MTEM, dekat sini hari ini.

Pertemuan itu dihadiri hampir 15 penggiat industri yang sebahagiannya merupakan syarikat-syarikat yang pernah dan masih terlibat dalam Program Pembangunan Vendor (VDP) Petronas.

Menurut Tengku Putra, Petronas kini bukan sahaja lebih mengutamakan syarikat-syarikat asing tetapi mempunyai persepsi negatif terhadap syarikat-syarikat tempatan.

"Seperti yang kita dengar daripada luahan salah seorang bekas VDP yang hadir, jika syarikat asing buat silap, Petronas boleh maafkan. Namun jika syarikat tempatan yang buat silap, mereka akan terus disenaraihitamkan," ujarnya.

Beliau berkata, MTEM yang terdiri daripada 47 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu akan terus berjuang bersama-sama penggiat industri tempatan dalam menuntut keadilan dan mengembalikan semula agenda sebenar Petronas.

"Sebelum ini, kami telah berjumpa dengan pengurusan tertinggi Petronas seperti yang diaturkan Penasihatnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad namun apa yang berlaku selepas itu, kami mendapat maklum balas negatif.

"Tun (Dr. Mahathir) kemudiannya sekali lagi memberitahu akan mengatur semula pertemuan tersebut dengan beliau sendiri menjadi saksi, namun kami difahamkan sehingga kini pengurusan tertinggi Petronas masih belum memberi maklum balas," katanya.

Thursday, November 7, 2013

Laporan MTEM perlu disiasat


  • Shahidan Kassim Datuk Seri Shahidan Kassim
1 / 1
KUALA LUMPUR - Laporan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang dakwa wujud diskriminasi terhadap Melayu, oleh Petronas perlu disiasat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sifatkan dakwaan itu amat serius kerana libatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Kita tidak boleh tutup kritikan ini. Kita kena siasat. Kalau benar, tidak boleh buat begitu.

"Kita mesti ingat, untuk kembangkan perniagaan bukan hanya orang tertentu, tapi ia mesti memenuhi pemikiran untuk memperkasakan Bumiputera atau bukan Bumiputera,” katanya.

Katanya, peraturan melibatkan kontrak GLC dan badan-badan yang berkaitan perlu diteliti supaya Melayu tidak dipinggirkan.

“Saya berpendapat sudah masanya kerajaan melihat semula semua kontrak melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ada supaya tidak berlaku pertembungan dari segi arahan.

“Kalau tidak dikaji semula, mungkin perkara ini akan terus berlaku, menyebabkan ada pihak yang tidak mendapat apa yang sepatutnya diterima mereka,” ujarnya.

Dr M: Petronas kena tolong Melayu


Dr Mahathir
PUTRAJAYA – Syarikat minyak negara Petronas perlu menyokong dasar kerajaan, termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang memberi keistimewaan kepada kaum Bumiputera dan Melayu.

Penasihat Petronas, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebagai sebuah agensi kerajaan, Petronas, seperti agensi kerajaan lain, mesti mengikut dasar yang ditetapkan kerajaan.

“Dasar kerajaan setakat yang saya tahu, termasuk untuk melaksanakan DEB. Kerajaan belum tolak DEB.

“Ini bermakna Petronas juga terlibatlah (untuk laksanakan DEB),” kata bekas Perdana Menteri itu semasa ditemui di pejabat beliau di Putrajaya, semalam.

Beliau, bagaimanapun menegaskan, walaupun syarikat Bumiputera perlu diberikan layanan istimewa oleh Petronas, ia perlu dilakukan mengikut merit.

“(Ingin) lindungi (syarikat Bumiputera) pun ikut merit juga. Orang tak ada merit tak boleh la nak lindung,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan aduan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), pemilik syarikat yang menjadi vendor Petronas dan pengusaha stesen minyak Petronas mengenai dasar Petronas yang didakwa mula mengetepikan syarikat milik Bumiputera.

Dr Mahathir turut mengakui beliau sendiri menerima aduan berhubung perkara yang dilaporkan Sinar Harian kelmarin dan menegaskan, beliau telah pun menyampaikan kebimbangan itu kepada pengurusan tertinggi Petronas.

“Kerja saya (sebagai penasihat), saya beritahu kepada Presiden Petronas (Tan Sri Shamsul Azhar Abbas) tentang perkara-perkara ini (iaitu aduan mengenai dakwaan Petronas mengetepikan orang Melayu),” katanya.

Wednesday, November 6, 2013

PETRONAS KINI ADALAH SEBUAH SAYRIKAT MAT SALIH YANG ANTI MELAYU ??

Kenapa tiba tiba sahaja ada pendedahan mengensai Petronas ? kenapa  sahaja  syarikat gergasi ini tiba tiba dikatakan menekan bumiputera dan dikatakan syarikat ini sekarang berorientasikan sebagai sebuah syarikat Eropah ?

Petronas didakwa mengamalkan dasar baharu, bercanggah dengan dasar penubuhan syarikat minyak negara itu untuk membantu peniaga tempatan.

Daripada projek ratusan juta ringgit melibatkan telaga minyak di tengah laut sehinggalah kepada kontrak bekalan roti di kedai Mesra Petronas, semuanya didakwa mula diberikan kepada syarikat asing tanpa memberi peluang adil kepada peniaga tempatan.

Petronas cuba mengetepikan syarikat Bumiputera dan Melayu dalam pemberian kontraknya dan tersasar daripada peranan asalnya untuk membantu membangunkan syarikat Bumiputera dalam industri minyak dan gas.

 PETRONAS perlu memberi penjelasan apa kriteria yang digunakan syarikat minyak negara itu untuk mengukur kelayakan syarikat vendornya sebelum menggunakan alasan 'tidak layak' untuk menolak memberi kontrak kepada syarikat Melayu.

Petronas didakwa ubah polisi?


  • Mohd Nizam Mahshar Mohd Nizam Mahshar
1 / 1
BERAPA ramai antara kita yang pergi ke stesen minyak Petronas setiap pagi untuk membeli nasi lemak, roti dan kuih-muih yang dibekalkan syarikat kecil Melayu atau makcik-makcik di kampung untuk dijadikan sarapan?

Semua itu dikhuatiri hilang tidak lama lagi apabila Petronas didakwa mengamalkan dasar baharu, bercanggah dengan dasar penubuhan syarikat minyak negara itu untuk membantu peniaga tempatan.

Daripada projek ratusan juta ringgit melibatkan telaga minyak di tengah laut sehinggalah kepada kontrak bekalan roti di kedai Mesra Petronas, semuanya didakwa mula diberikan kepada syarikat asing tanpa memberi peluang adil kepada peniaga tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mahshar berkata, badan bukan kerajaan itu menerima banyak aduan daripada syarikat dalam industri minyak dan gas negara mengenai sikap Petronas yang didakwa mereka sebagai pilih kasih dalam memberikan kontrak.

“Pembekal perkhidmatan minyak dan gas, pengusaha stesen minyak, kontraktor atau syarikat logistik, semuanya mengadu mengenai Petronas,” katanya dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini.

Dasar Petronas mula berubah

Beliau mendakwa Petronas cuba mengetepikan syarikat Bumiputera dan Melayu dalam pemberian kontraknya dan tersasar daripada peranan asalnya untuk membantu membangunkan syarikat Bumiputera dalam industri minyak dan gas.
Menurut Mohd Nizam, MTEM dan syarikat tempatan dalam sektor itu berkongsi pendapat sama dengan Petronas bahawa pemberian kontrak harus dilakukan berdasarkan keupayaan dan prestasi syarikat.

“Memang kita pun mahu syarikat yang layak sahaja diberikan kontrak tetapi jangan guna alasan itu untuk hentikan semua projek kepada syarikat Melayu,” katanya.

Mohd Nizam berkata, MTEM pernah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Petronas berhubung isu ini pada Februari lalu namun hasilnya tidak memuaskan.

“Mula-mula nampak hasil pertemuan seolah-olah baik, (pengurusan tertinggi Petronas) janjikan pelbagai perkara, termasuk kerjasama antara MTEM dan Petronas.

“Tetapi dua minggu selepas pertemuan itu, Petronas hantar surat jawapan memaklumkan syarikat itu tidak bersedia memberi komitmen kepada perkara dibincangkan dengan MTEM dalam pertemuan itu, terutama berhubung agenda Bumiputera dan Melayu,” dakwanya.

Petronas lebihkan mat salih

Mohd Nizam berkata, tiga isu utama dibangkitkan syarikat tempatan dalam sektor minyak dan gas adalah sikap Petronas yang didakwa berat sebelah kepada syarikat asing, cubaan Petronas mengetepikan syarikat tempatan dan tidak ada arah tuju jelas bagi Petronas berhubung agenda membina keupayaan negara.

Beliau mendakwa, berdasarkan aduan diterima, kontrak Petronas didakwa mula menetapkan pelbagai syarat yang dianggapnya tidak masuk akal serta tidak memberi sebarang kelebihan kepada syarikat tempatan.

Menurutnya, masalah ini bermula selepas Petronas diambil alih pengurusan baru sejak 2010.

“Pengurusan sebelum ini faham dan cuba bantu pembangunan kapasiti syarikat tempatan tetapi pengurusan sekarang ini gunakan alasan keupayaan untuk mengetepikan mereka dan lebihkan syarikat asing,” dakwa beliau.

Nasi lemak pun dibekalkan syarikat asing

Selain itu, Petronas juga didakwa memberikan monopoli kepada sesetengah syarikat luar, termasuk bagi pengangkutan minyak dan pembekalan produk makanan di stesen Petronas.

“Nasi lemak, kerepek dan roti di stesen Petronas tak boleh lagi dibekalkan oleh makcik-makcik di kampung, semuanya diberikan kepada satu sahaja syarikat, yang berasal dari luar negara,” dakwanya.

Menurutnya, Petronas didakwa menggunakan alasan inginkan syarikat berdaftar untuk membekalkan makanan di stesen Mesra.

“Apa yang mereka buat sebenarnya adalah menolak keluar peniaga Melayu sedikit demi sedikit daripada rangkaian perniagaan Petronas, dari pelantar minyak ke kedai Mesra.

“Kami bukan menentang Petronas, kami sayangkan Petronas sebagai khazanah negara. Kami ingin selamatkan Petronas,” katanya.

Usaha berterusan Sinar Harian untuk mendapatkan maklum balas Petronas berhubung semua dakwaan ini tidak berjaya sehingga artikel ini disiarkan.

sumber : sinarharian

Petronas diminta perjelas maksud 'tak layak'


  • Petronas diminta perjelas maksud 'tak layak' Muka depan Sinar Harian hari ini
1 / 1
PETRONAS perlu memberi penjelasan apa kriteria yang digunakan syarikat minyak negara itu untuk mengukur kelayakan syarikat vendornya sebelum menggunakan alasan 'tidak layak' untuk menolak memberi kontrak kepada syarikat Melayu.

Pengarah eksekutif sebuah syarikat yang pernah menyediakan perkhidmatan kepada Petronas mendakwa, terdapat syarikat Bumiputera dan Melayu yang diiktiraf negara dan syarikat luar tetapi diketepikan daripada menerima kontrak Petronas.

“Kenapa negara lain seperti Jepun, Arab Saudi dan syarikat minyak antarabangsa yang mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada Petronas boleh bagi projek kepada syarikat Malaysia tetapi kenapa Petronas tak bagi?

“Ada syarikat Melayu yang dapat anugerah dari luar negara kerana teknologi yang dicipta untuk industri gas dan minyak ini sangat bagus, tetapi bila mereka mohon untuk sertai program pembangunan vendor (VDP), ditolak Petronas. Jadi kelayakan macam mana yang diperkatakan?,” soalnya.

Beliau juga berkata, tempoh lima tahun di bawah VDP Petronas terlalu singkat dan syarikat perlu diberikan tempoh lebih lama.

“Lima tahun itu seolah-olah kita baru dapat rentak, tiba-tiba kita perlu berhenti. Tetapi saya tidak lah kata syarikat Bumiputera perlu duduk di bawah program itu selama-lamanya.

“Kalau langsung tidak ada tempoh akhir, nanti syarikat jadi terlalu selesa dan tidak cekap. Apa yang kami mahu adalah tempoh minimum 10 tahun diberikan kepada peserta VDP,” katanya.

Beliau berkata, Petronas boleh menamatkan penyertaan syarikat Bumiputera dalam VDP lebih awal dari 10 tahun jika mereka tidak mencapai tahap diperlukan, tidak mengikut peraturan atau berhadapan masalah lain.

Menurutnya, jika isu ini tidak diselesaikan, beliau bimbang syarikat Bumiputera (dalam sektor minyak dan gas) akan terkubur.

“Walaupun ada antara kami (bekas vendor Petronas) masih boleh bertahan dengan mempelbagaikan perniagaan dan memasuki bidang selain minyak dan gas, kami tetap rasa perit untuk pertahankan perniagaan.

“Tetapi kita pun tidak boleh hanya kata Petronas sahaja perlu mainkan peranan untuk selesaikan isu ini. Vendor sendiri perlu ada usaha untuk majukan perniagaan tetapi kami perlukan tunjuk ajar dan sokongan Petronas,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga perlu menetapkan peraturan untuk melindungi syarikat tempatan dan memantau pelaksanaan undang-undang yang telah ditetapkan.

sinarharian.

Sunday, November 3, 2013

Loke Siew Fook jangan nak keras kepala??


There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts