Tuesday, October 29, 2013

Jangan rosak akidah umat Islam

SEREMBAN 28 Okt. - Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam sebarang aktiviti menggugat akidah umat Islam termasuk ajaran Syiah Imamiah.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, amaran telah diberikan dan pewartaan menghalang ajaran itu sudah dibuat.

''Jangan ingat kita tidak pantau atau tidak tahu apa yang mereka lakukan. Kita tahu gerakan mereka dan jangan salahkan kerajaan jika individu terlibat ditahan.

''Tindakan tegas akan diambil dan amaran sudah diberikan. Jangan rosakkan akidah umat Islam dan kerajaan sedang mengumpulkan semua bukti," katanya di sini hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika mengulas program penjelasan dan pencerahan bahaya ancaman Syiah Imamiah yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini.
Menurut beliau, terdapat pelbagai ajaran Syiah dan paling ekstrem adalah puak Syiah Imamiah kerana ada ahli kumpulan tersebut mengkafirkan orang lain dan menghalalkan darah umat Islam yang menentang ajaran mereka.

''Puak ini beroperasi secara berselindung dan sampai satu peringkat mereka wajib berbohong jika terdesak. Syiah Imamiah ini tidak boleh bertolak ansur jika ajaran yang dibawa tergugat, malah pengikutnya boleh melakukan apa sahaja keputusan drastik dan bahaya," katanya.
Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berkata, antara penyelewengan Syiah Imamiah berkaitan perkara ketuhanan ialah mendakwa Saidina Ali adalah tuhan mereka.

''Jangan pandang ringan hal ini kerana ia ada elemen yang memporak-perandakan akidah umat Islam sehingga boleh mendorong kepada permusuhan dan menghancurkan negara," katanya.
Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

Friday, October 18, 2013

Kenapa Mohamad Hj Hasan Calon 40 MT perlu berada dalam MT !


Esok  19 hb Oktober adalah hari bagi ahli ahli UMNO menentukan siapakah pemimpin yang akan menjadi barisan hadapan yang akan  merempuh kubu dan juga bentang pembangkang serta menentukan hala tuju UMNO untuk sepenggal lagi.

Undian kali ini amat pentig sekali kerana  dengan undi inilah  UMNO akan diwarnai mengikut arca dan daya pemikiran pemimpin yang akan dipilih esok. Tentu sukar bagi ahli ahli UMNO untuk menentukan calon calon yang akan mereka pilih esok kerana perlu memikirkannya dengan  teliti.

Amat penting dan getir pemilihan kali ini kerana ianya bukan hanya untuk melincinkan pentadbiran dalaman UMNO tetapi untuk memperkasakan sekali UMNO bagi menghadapi PRU 14 ini yang dilihat sebagai begitu mencabar dan juga penentu nasib UMNO yang mana UMNO kini dilihat bersendirian mempetahankan kuasa Melayu sebagai pemerintah kerana MCA dan MIC, GERAKAN dan beberapa parti komponen lain dilihat sebagai bermasalah dan masih sukar untuk mencari satu formula bagi kembali mencabar dalam arena politik tanah air.

UMNO selaku tunjang parti terpaksa mengukuhkan kekuatan parti walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang diberikan oleh pihak pembangkang yang menyerang tanpa batasan dan juga garis panduan berpolitik. Mereka sanggup menipu dan membohong rakyat bukan hanya dengan fitnah dan mereka juga sanggup menggunakan  agama bagi mengelirukan rakyat agar membenci UMNO dan menyokong mereka,

Amat lah penting ahli ahli UMNO memilih General General perang yang  berpelajaran yang cergas  berfikir dan bijak merancang.Dalam PRU 13 , kita tewas banyak kerusi Parlimen dan kita juga kalah dan hilang sokongan kaum Cina walaupun sokongan kaum India bertambah pulih.

Negeri Sembilan yang telah disenaraikan oleh Anwar Ibrahim adalah sebuah negeri yang mudah untuk mereka tawan dan beliau begitu yakin bahawa Negeri Sembilan akan tumpas dengan begitu mudah.

Anwar mungkin terperanjat apabila  BN merampas kembali kerusi yang mereka menangi dahulu dan BN menambah satu kerusi lagi daripada jumlah yang dimenangi pada PRU13. Dalam pada kaum Cina menarik sokongan mereka namun Tok Mat masih mampu mempertahankan Negeri Sembilan dengan lebihan satu kerusi, itu sudah dikira amat baik sekali.

Undi UMNO Negeri Sembilan padu kepada Barisan Nasional, Kita menang 99 % kerusi yang kita tandingi dan hanya kalah satu kerusi dengan undian yang amat tipis hanya kalah dalam 500 undi saja.
Dengan kepimpinan ini , bagi saya wajarlah Tok Mat , MB Negeri Sembilan diberikan laluan untuk mengangg

otai MT UMNO kerana beliau adalah pemimpin di negeri yang mana UMNO merupakan parti yang paling kuat sekali. 

Tok Mat juga telah berjaya membangunkan Negeri Sembilan dan mengukuhkan ekonomi Negeri Sembilan dan beliau adalah pemimpin UMNO yang dihormati di Negeri Sembilan dan juga di peringkat Nasional.  Adalah tidak adil bagi kita untuk menolak tawaran beliau untuk memberikan khidmat  kepada Bangsa Agama dan Negara.

Oleh : TepakBersulam

Wawancara bersama Menteri Besar Negeri Sembilan

Beliau tewas dalam usaha merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan UMNO 2009 dan mencuba nasib kali kedua dalam pemilihan parti kali ini.

Pemimpin dimaksudkan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau.

Walaupun beliau layak berada dalam mesyuarat MT atas kapasitinya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, namun statusnya sebagai ‘turut hadir’ dan perlu ‘meminta izin’ Presiden jika hendak menyuarakan pandangan dan idea dianggap agak mengehadkan peranannya membantu mengukuhkan parti.

Ikuti pandangan dan harapan calon MT nombor 40, Datuk Seri Mohammad Hassan yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau mengenai pendiriannya bertanding jawatan MT kali ini.

SDatuk Seri pernah mencuba nasib bertanding dalam pemilihan UMNO 2008 tetapi tewas. Apa yang mendorong Datuk Seri bertanding kali ini?

J: Saya menawarkan diri bertanding jawatan MT bagi membolehkan saya dapat bersama-sama menyokong dan membantu kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Razak sama ada dalam politik atau pentadbiran.

Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, saya merasakan berada dalam MT akan membuka ruang lebih luas dan kukuh bagi saya memberikan sumbangan kepada parti dan dapat membawa suara dari dan kepada akar umbi.

Jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri ibarat jambatan. Kiita boleh menjadi jambatan membawa apa saja pesanan, hasrat dan dasar Presiden kepada akar umbi di Bahagian semasa mesyuarat perhubungan negeri.

Jambatan dua hala ini juga membolehkan saya membawa apa saja pandangan dan cadangan serta masalah di peringkat akar umbi untuk kita bawa, bincangkan dan bentangkan dalam MT. Maka, berasaskan kepada ada fungsi itu, saya menawarkan diri kali ini untuk bertanding sebagai calon MT

SAda cadangan dan pandangan daripada pemimpin UMNO supaya Menteri Besar tidak perlu bertanding merebut jawatan MT kerana mereka lazimnya turut serta dalam mesyuarat MT. Apa pandangan Datuk Seri?

J: Memang betul Menteri Besar hadir dalam mesyuarat MT tetapi kita dijemput. Hendak bercakap perlu minta izin Presiden. Akan tetapi jika kita Ahli MT, salurannya lebih terus.

Kalau Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menjadi Ahli MT, ia boleh membantu mengukuhkan Presiden. Itu pandangan saya. Persoalannya bukan sekadar hadir, tetapi apa peranan kita hendak memperkukuhkan parti.

Presiden adalah satu institusi dan ia perlu dipertahan dan diperkukuh. Kalau entah siapa-siapa bertanding nanti, Presiden juga yang susah. Presiden perlu kumpulan yang boleh memberi sumbangan, sokongan dan dokongan kepadanya untuk memperkukuhkan parti ini. Saya lihat ketika bertanding pada 2008, saya tidak ada apa-apa sangat dan tidak keluar (kempen) sangat.

Kali ini saya keluar juga kerana saya hendak UMNO kuat dan kukuh serta bersedia mulai dari sekarang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Besar kemungkinan kita (UMNO) akan berseorangan. Apa juga kemungkinan itu, UMNO mesti menerokainya dan jangan menganggap perkara itu mustahil berlaku.

Kita kena teroka. Kalau kita berseorangan dalam PRU-14, apa perlu kita buat. Kalau masih bersama, apa perlu kita buat. Jangan kita jatuh terduduk. Apabila UMNO kuat dan kukuh, orang selalunya bergantung kepada pokok yang kuat.

Siapa yang hendak bergantung kepada pokok condong menunggu rebah. Hasrat saya adalah hendak melihat UMNO kuat, kukuh dan menjadi tempat orang Melayu menaruh harapan.

S: Setakat ini adakah Datuk Seri dapat membaca peluang merebut jawatan MT kali ini kerana ada 63 calon bertanding, termasuk mereka yang hendak mempertahankan jawatan?

J: Adat bertanding biasanya ada peluang cerah dan tidak cerah. Itu sebab saya keluar (bertemu perwakilan). Kalau saya tidak keluar, pasti akan kalah. Orang akan kata saya sombong. Orang juga akan berkata, kita tidak pandang orang.

Pemilihan sekarang tidak sama seperti dulu. Format baru sekarang membenarkan 146,000 memilih, maka kita kena pergi bertemu perwakilan seperti ke majlis memperkenalkan calon anjuran UMNO pusat, badan perhubungan negeri dan bahagian. Kalau tidak turun nanti susah orang hendak kenal kita.

Peluang itu insya-Allah. Itu sebab saya katakan, ahli UMNO perlu buat penilaian baik sebelum pilih pemimpin untuk diberi tanggungjawab memimpin parti ini. Jangan jadikan pemilihan kali ini sebagai pesta ria. Kita bukan hendak pergi berseronok. Perwakilan di cawangan mempunyai tanggungjawab besar untuk meletakkan kepercayaan pemimpin yang diberi mandat memimpin parti.

Perwakilan kena bijak memilih, parti kita berdepan masalah besar. Tidak betul memilih orang, kita akan berdepan masalah. Tujuan kita kali ini adalah hendak memantapkan dan memperkukuhkan lagi UMNO bagi menghadapi apa juga cabaran dalam PRU-14.

SApakah pandangan Datuk Seri terhadap format pemilihan kali ini. Sejauh manakah ia selari dengan usaha transformasi dan meremajakan parti.

J: Format pemilihan yang baru ini adalah sebahagian daripada usaha Presiden melakukan transformasi parti. Di mana lagi kita hendak cari parti seperti UMNO yang terbuka seperti hari ini. Sesiapa saja boleh mencabar Presiden dan ketua UMNO bahagian termasuk saya hadapi hari ini.
Dalam soal hendak meremajakan UMNO, ia bukan sekadar menyentuh aspek umur sebenarnya, tetapi lebih menjurus kepada pendekatan kita. Bagaimana kita menjalankan kerja dan merangka dasar kita. Ia menyentuh soal cara bekerja dan pendekatan kita. Kita mesti inklusif, bukan lagi eksklusif. Dulu kita syok sesama sendiri.

UMNO parti mewakili orang Melayu dan UMNO parti kerajaan. Apabila kita menjadi parti kerajaan, secara automatik pemimpin UMNO adalah pemimpin kerajaan. Maka pemilihan kali ini adalah juga memilih siapa yang akan bersama Presiden dan Perdana Menteri untuk merangka dasar negara, dasar luar negara, dasar ekonomi, kewangan dan keselamatan. Ini ciri-ciri pemimpin yang kita perlu pilih iaitu yang ada kewibawaan dan pengalaman.

SDatuk Seri ada menyatakan yang pemilihan UMNO kali ini amat terbuka. Jika dilihat senario hari ini, jawatan Datuk Seri sebagai Ketua UMNO Bahagian Rembau turut dicabar. Adakah keputusan bertanding bertanding jawatan MT adalah platform untuk menyelamatkan karier politik Datuk Seri seandainya keputusan di bahagian tidak memihak kepada Datuk Seri?
J: Saya bertanding bukan untuk menyelamatkan diri. Saya hendak selamatkan apa? Sesiapa saja hendak bertanding di bahagian, bertandinglah. Saya bertanding MT kerana mahu menyumbang kepada parti dan hendak memastikan parti kuat lagi kukuh.

Saya tidak kisah orang bertanding melawan saya. Ini keterbukaan. Kita pula tidak disekat. Saya juga tidak nampak pertandingan di peringkat bahagian akan memberi impak kepada saya kerana pemilihan diadakan dalam sehari.

Lainlah kalau pemilihan di bahagian diadakan dulu dan selepas seminggu atau sebulan, baru pemilihan MT diadakan. Misalnya jika tewas di bahagian, sudah tentu akan beri impak bagi sesiapa yang bertanding di MT. Pemilihan hari ini dibuat sekali, maka tidak ada impak kepada calon MT.

Monday, October 14, 2013

Korang Percaya Ke Ketua Pemuda Bahagian yang juga Ketua Pemuda Negeri berundur kerana Tepak Bersulam

#PAU13 Kisah Benar Kesanggupan Ketua Pemuda UMNO Berundur Demi Selesaikan Konflik ABATA  

PPM amat tertarik sebuah cerita yang disampaikan oleh seorang kawan, mengenai konflik dalaman dan keberanian seorang Ketua Pemuda UMNO berundur demi mengeratkan perpaduan dalam parti diketika pemilihan Ketua Pemuda Bahagian Rasah Negeri Sembilan. Mari kita amati masej yang tersirat dalam cerita dibawah ini...

Semasa ucapan terakhir beliau sebagai ketua pemuda Bhg Rasah selama 2 penggal, penulis tertarik kepada satu perkara iaitu bagaimana ada blogger yg menghentam beliau dgn teruk sekali sedangkan beliau tidak mengenali blogger tersebut.
Terpaku penulis apabila Saudara Helmy Din bertanya ; "Apa salah saya pada Tepak Bersulam.? Kenapa sebegitu dendam kepada saya? 
Saya mohon untuk berjumpa Tepak Bersulam untuk memohon maaf andai ada silap saya pada beliau...Adakah kerana saya menegur pemimpin maka saya dilayan sebegini..? 
Salahkah saya bersuara atas tanggungjawab saya sebagai K. Pemuda dengan menyampai suara pemuda kepada pihak yang lebih tinggi dari saya..?
Tahniah kepada Saudara Helmy Din atas keikhlasan beliau dalam perjuangan dan selama 2 penggal sebagai k.pemuda umno bahagian Rasah merangkap  Ketua Pemuda Umno Negeri berbagai kejayaan telah dikecapi di antaranya adalah membantu kemenangan BN dalan PRK Bagan Pinang yg lepas.
Pemimpin yang baik hanya di rasakan kehilangannya apabila beliau mengundur diri...Teruskan Berjuang Saudara Helmi Din Demi agama bangsa dan negara..
Sebelum menutup beliau memohon maaf kepada seluruh ahli ahli pemuda negeri sembilan khususnya Pemuda Bahagian Rasah sekiranya sebarang silap yg beliau lakukan..jua beliau dgn sepenuh ikhlas menyampaikan bahawa beliau memaafkan semua kesalahan ahli2 kepada beliau sekiranya ada..dan beliu memohon izin mengundur diri dengan memberi penuh komitmen utk terus berjuang bersama kepimpinan yg terpilih tanpa sebarang dendam dan niat lain semata demi  utk Umno dan negara..

Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2013/10/pau13-kisah-benar-kesanggupan-ketua.html#ixzz2hfjQH8Bl

jawapan TB :

Sedih saya membaca tulisan ini begitu daif dan Mulia sekali hati Helmi ini , tidak saya sangka  sedikit teguran saya di FB, berapa kerat sangat lah yang saya boleh tulis dalam FB membuat beliau begitu tersinggung sekali sehingga sanggup meletakan  jawatan. 

Saya tak percaya Helmi cakap macam ini, kalau tenguk badan dia tak mungkin hati nya sebesar hati tikus. Mungkin ini hanya halua penulis kot yang mahu mencantikkan tulisan dan memeningkan kepala lagi untuk memikirkan nya, Helmi ini seorang ketua Pemuda ma... Ketua Pemuda Negeri lagi tu.....

Tak apa kau link kan tulisan ini supaya ada orang boleh kenal blog ini, aku tak marah sebab biasalah...asam garam bloggers. Best Helmi maafkan semua orang, termasuk aku kot... ha ha ha semua orang bersalah.

Petikan akhir tulisan ini :"dan beliau memohon izin mengundur diri dengan memberi penuh komitmen utk terus berjuang bersama kepimpinan yg terpilih tanpa sebarang dendam dan niat lain semata demi  utk Umno dan negara.." mengundur ke mana ? 

Helmi menang Ketua Cawangan , dia sebenarnya dalam proses mendewaskan dan membesarkan politik nya keperingkat lebih tinggi, Ini mungkin bloggers yang menulis ini tidak membuat home work. Apa apa pun , sebenarnya aku juga tidak menyimpan sebarang dendam dengan sesiapa kerana apa yang aku tulis tidak perah tersimpan dalan hati pun semua ku luahkan dan habis disitu,

Insyaallah kalau kita terjumpa di mana mana program kita jumpa lah.... Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Tuesday, October 8, 2013

Zainuri kini pemangku Ketua Pemuda UMNO Selangor

Difahamkan keputusan itu diambil ekoran Ungku Salleh telah digantung keahlian partinya ekoran kes mahkamah.

 Berikutan itu, beliau berkemungkinan hilang kelayakan untuk bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Serdang dalam pemilihan parti bulan ini.
pemuda yatim
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zakaria dilantik mengetuai pergerakan itu di negeri ini.
Difahamkan, pelantikan Zainuri itu dibuat atas dasar membolehkan beliau memangku tugas Ungku Salleh Ungku Jamal yang memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO negeri sejak tahun 2011.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Johan Abdul Aziz menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan perkara tersebut malam tadi.
Menurut Johan, pihaknya telah menerima surat daripada Pergerakan Pemuda UMNO pusat pada Jumaat lalu yang memaklumkan mengenai perubahan jawatan dalam Pemuda UMNO negeri itu.
Beliau memberitahu, antara perkara yang terkandung dalam surat itu ialah Pemuda UMNO pusat melantik Zainuri untuk menjalankan tugas-tugas Ungku Salleh sebagai Ketua Pemuda UMNO Selangor.
Difahamkan keputusan itu diambil ekoran Ungku Salleh telah digantung keahlian partinya ekoran kes mahkamah.
Berikutan itu, beliau berkemungkinan hilang kelayakan untuk bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Serdang dalam pemilihan parti bulan ini.

Saturday, October 5, 2013

Mohamad: Ada peraturan pemilihan yang kurang baik

 
Mohamad: Ada peraturan pemilihan yang kurang baik

 
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan ada sebahagian peraturan dalam pemilihan Umno kali ini kurang bijak dan boleh membantutkan proses pemilihan.

Antara peraturan itu katanya ialah calon tidak boleh berkempen secara bersendirian bagi bertemu dengan anggota Umno akar umbi dan memperkenalkan diri.

"Kalau jadi calon tapi tidak pergi berkempen, bagaimana mahu menang? Kalau bertanding jawatan ketua kelas pun kena kempen inikan pula mahu jadi anggota Majlis Tertinggi dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Belia Negeri Sembilan, di Seremban hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai reaksi beberapa calon yang berhadapan kesulitan untuk menjalankan kempen dan menganggap syarat yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan itu terlalu ketat.

Antara syarat terbabit ialah calon tidak boleh menggunakan mana-mana penerbitan atau media massa untuk berkempen, atau menggunakan ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu.

Calon juga tidak dibenar berkempen secara bersendirian dan hanya boleh mempromosi diri melalui majlis rasmi yang diatur badan perhubungan Umno setiap negeri.

Bagaimanapun jawatankuasa pemilihan baru-baru ini memberi kebenaran kepada calon-calon yang bertanding untuk berkempen melalui media sosial seperti Facebook.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno peringkat bahagian akan diadakan serentak pada 12 Okt sementara mesyuarat perwakilan dan pemilihan peringkat bahagian serta jawatan Majlis Tertinggi pula dijadual 19 Oktober.

-Bernama 
 
  • Tepak Bersulam Sy setuju dengan luahan Dato' MB agar UMNO tidak diperbodohkan oleh orang orang diluar saa kerana pertandingan yang tidak membenarkan berkempen tetapi org tetap berkempen, Hak Dato MB Bersuara perlu dihormati, sama ada UMNO mahu mendengar itu hak UMNO. Tak ada salahnay jika menegur untuk kebaikan UMNO.
  • Tepak Bersulam Insyaalah kita perlukan pemimpin yang melihat dan bertindak untuk bersama DS Najib dalam MKT. UMNO perlu berubah untuk Memastikan kita masih menjadi kerajaan selepqs PRU14 atau bersedia untuk jadi pembangkang.
  • Novelist Haiza Najwa Walk his talk is our Yang Berbahagia CM
  • Novelist Haiza Najwa Sgt menyokong 100%

Friday, October 4, 2013

Ekonomi Negeri Sembilan amat membanggakan !! Nak pemimpin macam mana lagi ??

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berpuas hati dan gembira selepas menyaksikan banyak pencapaian yang telah dibuktikan oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Titah baginda, pertumbuhan ekonomi negeri ini semakin baik, malah pada tahun 2012 sahaja, pelaburan asing dan tempatan dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan telah meningkatkan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sebanyak RM24.63 bilion atau 88.9 peratus.

"Kerajaan beta telah melepasi sasaran jumlah pelaburan tahunan sekurang-kurangnya sebanyak RM1 bilion setahun. Pada tahun 2011 dan 2102, jumlah pelaburan yang telah diluluskan jauh melepasi sasaran iaitu masing-masing RM5.9 bilion dan RM2.73 bilion, sekali gus mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan," titah baginda dalam Istiadat Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-13, di sini semalam.

Titah Tuanku Muhriz lagi, prestasi pelaksanaan projek pembangunan juga mencapai tahap 98 peratus dan menjadi salah satu daripada dua negeri yang memiliki prestasi pelaksanaan projek pembangunan melebihi peratusan berkenaan dan satu yang amat positif.

"Jumlah kedatangan pelancong sejak kebelakangan ini juga telah menunjukkan peningkatan ketara iaitu 4.1 juta pada tahun 2012 berbanding 2.4 juta pada tahun sebelumnya," titah baginda.

Pada masa sama juga, bagi memastikan rakyat di negeri ini memperoleh kediaman yang lebih selesa, baginda menyeru pemaju perumahan supaya tidak melupakan tanggungjawab sosial untuk membina lebih banyak rumah mampu milik yang berkualiti bagi menyokong usaha yang sedang dilakukan kerajaan negeri.

"Kadar pengangguran pula semakin baik iaitu 3 peratus sahaja pada tahun lalu berbanding 3.2 peratus pada tahun 2010. Secara perbandingan pencapaian ini lebih baik daripada sebahagian negara-negara maju," titah baginda.

Tuanku Muhriz turut melahirkan rasa sukacita dengan prestasi kewangan negeri yang mengutamakan pengurusan berhemah sehingga berjaya meningkatkan hasil setiap tahun dan meningkatkan rizab Kumpulan Wang Disatukan kepada RM347.47 juta sehingga Disember lalu.

"Pencapaian yang memberansangkan ini telah meletakkan Negeri Sembilan di landasan yang betul untuk mencapai status negeri maju pada tahun 2020," titah baginda.
Baginda turut berbangga apabila Negeri Sembilan merupakan antara dua negeri yang membuat pembayaran balik hutang secara tunai kepada kerajaan Persekutuan.

Tak adil kalau ambe tak siarkan Dara Pujaan JAS Salleh !!

Jumaat, 4 Oktober 2013

AMT UMNO Perlukan Puteri Kayangan Bijak, Berani Benar Dari Sri Dewangga Wangi


Puteri Kayangan Dari Seri Dewangga Wangi? 

Pada ambe, begitulah.

Adakah salah ambe mengatakan begitu?

Bagi sesetengah pihak mungkin tidak sependapat. Tapi biarlah mereka dengan pendapat mereka. Ambe lebih bahagia mengikuti pendapat ambe. Bagi pendapat dan hemat ambe, beliau umpama Puteri Kayangan dari Seri Dewanggan Wangi. Beliau seorang yang bijak, berani dan benar. Keterampilan beliau selaku pemimpin wanita sudah cukup syarat. Waima kata pepatah, 'Tiada Bumi Tak Dibasahi Hujan', tapi kita kena tengok jugalah, bumi apa dan hujan apa. Beliau adalah Ketua Bahagian UMNO Pengerang. Ahli Parlimen. Ketua kaukus wanita di Parlimen. Pernah menjawat Menteri Kabinet. Beliau masih muda. Penuh bertenaga. Dan perkara yang paling ambe sukai ialah beliau 'clean'.

Pemilihan UMNO : Bersama Hishamuddin Tun Husein Onn.

Hj Mohamad Haji Hasan Calon Terbaik Untuk Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia 2013


Sudah sampai masanya ahli UMNO memikirkan semasak masaknya untuk membuat perhitungan bagi memilih kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia pada pemilihan UMNO tahun ini.

 Perdana Menteri perlukan pemimpin pemimpin yang berwibawa yang boleh membangunkan negara bangsa dan agama disekliling beliau . Perdana  Menterijuga mahukan pemimpin yang disenangi oleh rakyat dan diterima oleh segala lapisan masyarakat.

Antara Calon yang bioleh kita ketengahkan kali ini ialah Menteri Besar Negeri Sembilan , Dato'Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan seprang pemimpin yang berwawasan tinggi , bijak dan matang membuat keputusan.

Memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan DUN Rantau , Mohamad Haji Hasan telah mengangkat sumpah sebagai menteri besar Negeri Sembilan dan terus menjadi peneraju kepada kepimpinan tertinggi Negeri Sembilan. Beliau telah mengangkat sumpah pada 25 Mac mengagkat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Anak kelahiran kampung Kundur Rantau  ini mendapat pendidikan awal di Sekolah kebangsaan Dato' Akhir Zaman Rantau dan menyambungkan pendidikan menengah di sekolah Menegah Rantau dan sekolah Kebangsaan  Tuanku Ampuan Durah, Seremban dan melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Malaya pada tahun 1977.

Antara kejayaan Dato Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan semenjak menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan adalah menyelesaiakan  isu pampasan tanah  FELDA Sendayan di mana  segalanya dapat diselesaikan dengan baik dan kini Sendayan telah membangun sebagai sebuah bandar setelit yang pesat membangun.

Beliau juga telah berjaya meluruskan jalan ke  Ulu Bendul dan jalan ini berjaya disiapkan bagi kemudahan penduduk di Kuala Pilah .

Mohamad Haji Hasan yang berpengalaman selaku Ahli Koprat perlu diberikan peluang untuk bersama sama membangunkan UMNO dan menaikan kembali maruah serta martabat UMNO bagi menghadapi PRU14 yang akan datang,




There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts