Monday, April 29, 2013

Husam lari lintang pukang ternampak hantu belaan nya di Putrajaya?





Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai "Kickdafella" adalah seorang penulis blog yang pernah bekerja dengan Husam 'pecah tanah' selama 2 tahun 7 bulan sebelum beliau berhenti kerana tidak tahan melihat pelbagai penipuan berlaku depan mata.


Pendedahan demi pendedahan akan dibongkar melalui orang yang paling kanan dan mendapat kepercayaan penuh oleh Husam. Dia juga antara orang yang mengatur strategi bagi 'cywar' Husam. Inilah orang yang tahu berkenaan siapa sebenarnya Husam ini.

Apa yang akan didedahkan kepada rakyat Putrajaya? Kita tunggu..


http://pemudaumno-putrajaya.blogspot.com

PANAS: Husam 'pecah tanah' hampir pengsan di Putrajaya? #PRU13 TolakPR




Putrajaya penuh sesak dengan belasan ribuan pengundi Putrajaya hadir bagi mendengar ceramah umum oleh Calon BN Putrajaya DS Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Tun Mahathir kelmarin.

Mereka yang hadir ini tidak "diimport" dari kawasan luar seperti apa yang dibuat oleh Husam dan juak-juak PAS baru-baru ini di ceramah mereka di mana mereka terpaksa mengerahkan penyokong luar seperti dari Bangi, Kajang, Dengkil, Serdang, Subang dan sebagainya untuk hadir bagi meramaikan suasana.
Husam dan juak-juak PAS juga terpaksa menggunakan orang ramai yang menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Besi Sultan Mizan bagi menampakkan kononnya sokongan padu orang Putrajaya terhadap Nik Aziz.

Pandai mereka ambil kesempatan.  Untuk makluman, memang setiap Jumaat, masjid ini akan penuh kerana kakitangan kerajaan dan beberapa pejabat yang berdekatan menunaikan solat di sini kerana ianya dekat. 

Apapun tahniah penulis ucapkan kepada  Pengasas pembinaan Putrajaya, Tun M yang disambut hebat oleh pengundi Putrajaya serta penduduk Putrajaya.  Pasti suasana sebegini meresahkan Husam 'pecah tanah'..

Tun Mahathir ada cakap yang PAS dulu mahu lelong tapi sekarang nak tawan pula. Muka tak malu betul la juak-juak murahan PAS ni!

Apapun penulis percaya Husam sekarang makin goyang apabila melihat pengundi Putrajaya yang hadir memberi sokongan kepada Tengku Adnan.










Pengundi Putrajaya akan pastikan Husam "pecah tanah" berkubur di Presint 20!!!
 

Sunday, April 28, 2013

Manifesto PAS Kelantan 'Najiskan' Hudud

 Manifesto PR yang dilancarkan akhir Februari lepas secara rasminya merupakan kata putus muktamad mengenai penolakan pakatan pembangkang itu terhadap perlaksanaan hudud dan ia terbukti apabila tiada sepatah ayat pun mengenai hudud diabadikan di dalamnya. 

 Ia menyebabkan ramai penyokong PAS di peringkat akar umbi jadi kebingungan dan tertanya-tanya apakah prioriti perjuangan PAS untuk merealisasikan perlaksanaan hudud sudah terkubur atau sebenarnya PAS telah berubah matlamat kerana tuntutan semasa semenjak menjadi sebahagian dari PR? 

 Begitu pun, masih ada penyokong PR yang menaruh harapan isu perlaksanaan hudud akan tetap dinukilkan dalam mana-mana manifesto PAS di peringkat negeri terutama sekali Kelantan, andai itu yang berlaku bermakna PAS masih berpeluang mengangkat muka dan mendabik dada masih istiqamah memperjuangkannya. 

 Sayang seribu kali sayang, apabila harapan menggunung tinggi akhirnya tinggal sekadar angan-angan kerana pelancaran manifesto PAS Kelantan pada 23 April 2013 yang lepas juga walau sekelumit pun tidak memfokuskan isu perlaksanaan hudud di negeri itu. 

 Bila mana Kelantan selaku kubu utama PAS sendiri sudah mengetepikan matlamat menjayakan perlaksanaan hudud, suka atau tidak, terpaksalah penyokong PAS menepuk dahi sendiri untuk entah ke berapa kali dan belajar menerima kebenaran yang isu hudud hakikatnya hanyalah omongan politik sahaja selama ini. 

 Langkah PAS Kelantan menolak ke tepi isu hudud sebaliknya menyeru penyokongnya mengutamakan kemenangan ke Putrajaya, jelas sekali menggambarkan fokus PAS sudah beralih arah. Tanpa hudud, bermakna PAS hilang satu lagi kekuatannya sekali gus menambah lagi koleksi kegagalan PAS dalam mempertahankan prinsip juangnya dalam berdepan dengan polisi liberalisme yang menguasai PR.

 Tanpa isu hudud kesannya menyebabkan penyokong PAS terpaksa membisu dari terus mempertikaikan keislaman saudara seagama dalam UMNO. 

Tanpa kelibat isu hudud, maknanya PAS semakin jauh di belakang UMNO dalam mengejar sokongan orang Melayu Islam sempena PRU-13. Demi menjayakan cita-cita menuju puncak kuasa, isu perlaksanaan hudud sanggup 'dinajiskan' dan di tong sampahkan hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan rakan sepakatan seperti DAP dan PKR. 

 Dari sudut politik PR demi kebaikan DAP dan PKR, ia satu strategik yang betul namun PAS Kelantan sendiri sama ada sedar atau tidak sebenarnya sengaja mengali kubur sendiri bila bertindak demikian. 

Mungkin menyedari hakikat itulah, sehari dua kebelakangan ini PAS kembali memalu gendang mencanangkan dakwaan bahawa PAS akan tetap melaksanakannya hudud seandainya PR menang PRU-13. Sembang kosong bolehlah buat penyedap halwa telinga. 

 Tapi siapa lagi yang mahu percaya kalau dah komitmen dalam manifesto PR dan PAS sendiri pun gagal dipersembahkan kepada umum, tak gitu?

Saturday, April 27, 2013

Harakah Langsung tak tulis pasal Karpal tentang Hudud dan Islam PAS tapi cuba alih pandanga hentam siow lek dan Pak Lah.

Lidah penipu PAS Harakah ketandusan isu untuk megalihkan isu panas yang di mainkan oleh Karpal Singh meminta Anwar memberikan penjelasan dengan Isu Hudud. Ini bermakna Karpal dan DAP tolak Islam lah jumud pas wei...tak faham juga ke bahasa melayu mudah yang disoal oleh Karpal Singh.

Harakah mula spin cerita pasal Presiden MCA yang tidak bertanding  itu dan cuba menyerang Pak Lah tapi langsung tak sepatah pun persoalkan apa yang di perkatakan oleh Karpal Singh.Apa juga yang lidah penipu PAS ini  mahu pusing rakyat yang bijak akan faham melainkan jumud jumud PAS yang taksub saja yang akan percaya. Harakah bersihkan diri dulu , eloklaah buang mana seluar dalam besar yang ada kat dalam Harakah itu.

Anwar bimbang di permaiankan oleh PAS dan DAP

Kebelakangan ini Anwar seolah olah menjadi satu libiliti  kepada Pakatan Rakyat. Seminggu berlalu kita belum lagi akau tidak akan dapat melihat poster Anwar akngkat tangan atau gambar Anwar menuju ke Putrajaya mahu pun gambar Anwar turunkan harga minyak.

Di kawasan rumah aku sendiri , mereka begitu gah dengan PAS tapi  satu gambar Anwar Ibrahim pun tidak kelihatan. Ramai juga yang tertanya tanya. Kenapa mereka takut menampilkan  gambar Anwar Ibrahim ??

Baru baru ini di Permatang Pauh bisik bisik dari telinga ke telinga meminta  ahli PAS dan ahli DAP untuk menolak Anwar Ibrahim dan berikan undi kepada calon Barisan Nasional kerana mereka mahu menyelesaikan Anwar ibrahim cara yang terhormat.

Cara yang terbaik ada lah kalahkan Anwar di Permatang Pauh , segala galanya mengenai Anwar akan selesai.Jika ini berlaku , kerjaya politik Anwar dan PKR akan berakhir sampai di sini saja. Sama sama lah kita tunggu dan menjadi saksi Anwar Tewas di Permatang Pauh.

Melayu Islam wajib undi BN

Hasan Ali (tengah) bersama Aidit Ghazali dan Sidek Baba (kanan) mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan pendirian Pertubuhan Jalur Tiga di rumah Hasan di Kuala Lumpur, semalam. 
 
KUALA LUMPUR 11 April - Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) membuat ketetapan bahawa semua pengundi Melayu Islam di negara ini wajib mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kali ini. 

Presidennya, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, ketetapan itu dibuat ekoran pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas ternyata gagal mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

Ujarnya, perkara itu terbukti apabila kalimah Allah disyirikkan, fahaman pluralisme mahu dijadikan sebagai asas beragama, berhasrat membentuk negara sekular, menggugurkan pembentukan negara Islam dan hukum hudud serta mahu menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

"Jati sememangnya tidak dapat menaruh walau sebutir keyakinan kepada pakatan pembangkang untuk mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

"Bukan itu sahaja, malah ketetapan ini juga dibuat bersandarkan kepada hasil perbincangan serta pandangan pakar-pakar agama di dalam Jati sendiri selain dengan para mufti dan para ulama mengenai parti yang wajib dipilih oleh orang Melayu Islam pada PRU-13 kali ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di kediamannya di Bandar Utama dekat sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali dan Naib Presiden Jati, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba.

Hasan berkata, apa yang lebih penting, ketetapan yang dibuat oleh Jati itu bersandarkan kepada empat kaedah fiqh iaitu;

"Sesuatu matlamat tidak menghalalkan cara; menolak sesuatu keburukan lebih baik daripada mengambil sesuatu kebaikan; memilih keburukan yang lebih kecil daripada dua keburukan bagi menolak keburukan yang lebih besar; perkara yang tidak sempurna wajib melainkan dengannya maka perkara tersebut menjadi wajib.''

Beliau berkata, BN jelas tidak mempunyai agenda negatif terhadap Islam.

Dalam sidang akhbar tersebut, Hasan turut melontarkan tiga persoalan yang perlu diberi perhatian oleh pengundi:

*Adakah tanggungjawab mengagungkan Islam kepada DAP yang dengan tegas ingin membentuk negara sekular?

*Adakah rakyat dapat mengharapkan perjuangan menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud yang telah diperjuangkan sejak 60 tahun lalu akan terus disambung oleh pimpinan sedia ada yang dilihat mabuk untuk ke Putrajaya?

*Adakah masyarakat yakin akan terbentuknya negara bermoral dan rakyat bersahsiah dengan negara ini dinakhoda oleh pemimpin parti pakatan pembangkang yang sedang bergelut dengan pemasalahan moral yang berterusan dan serius?"

Hasan berkata, itulah antara persoalan yang sentiasa bermain di benak pemimpin-pemimpin Jati yang perlu dirungkaikan.

"Oleh itu, amatlah diharapkan pada PRU-13 nanti, pengundi-pengundi Melayu Islam khususnya dapat membantu menyelesaikan masalah kenegaraan ini dengan menolak pakatan pembangkang,'' ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Hasan mengakui ketetapan itu mungkin akan dicabar oleh pihak-pihak tertentu namun atas nama prinsip, perjuangan dan jihad, Jati sedia berdepan dengan sesiapa sahaja untuk berdialog atau berwacana dalam usaha menyatakan kebenaran.

"Ketetapan kita ini bersandarkan kepada peraturan kaedah fiqh, bersandarkan kepada ilmu, bersandarkan pandangan para ulama dan juga bersandarkan integriti Jati itu sendiri.

"Individu seperti Datuk Aidit, seperti Profesor Sidek Baba, Dr. Yusri Mohamad (bekas Presiden ABIM) dan ramai lagi dalam Jati tidak pernah dikaitkan bahawa mereka ini pernah diperalatkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN),'' katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, Jati akan melancarkan siri jelajah ke seluruh negara bagi menyuntik keyakinan dalam kalangan pengundi-pengundi Melayu Islam iaitu ketetapan yang dibuat oleh Jati itu merupakan pilihan paling tepat untuk Islam, Melayu dan institusi raja.

"Kawasan yang akan kita beri tumpuan ialah kawasan-kawasan panas khususnya yang ditandingi oleh kumpulan parasit dalam Pas dan tidak terkecuali kawasan-kawasan yang ditandingi oleh pemimpin-pemimpin PKR,'' kata Hasan.

Thursday, April 25, 2013

Loke Siew Fook x : Loke kamu jangan biadab dan kurang ajar !!

PRU-13: Siew Fook hina Perdana Menteri

SEREMBAN 25 April - Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook malam tadi menghamburkan kata-kata biadab yang menghina Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di hadapan lebih 1,000 penyokong pembangkang di Nilai.

Tanpa sedikit pun rasa hormat Siew Fook benar-benar melepaskan dendam kesumatnya kepada Najib dengan membuat perbandingan antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Najib.

Beliau juga secara bongkak dengan menggunakan perkataan yang cukup kasar mengingatkan Perdana Menteri, negara ini milik rakyat.

Malah tanpa berselindung, Siew Fook turut menghina Ketua Wanita UMNO,
Datuk Seri Sharizat dalam isu Pusat Fidlot Negara (NFC) biarpun kes berkenaan telah selesai dan diambil alih oleh Kirimitonas Agro Sdn. Bhd. (KASB).

Ucapan kurang ajar pemimpin DAP negeri ini yang berhasrat menawan Negeri Sembilan dan berbangga dengan sokongan kaum Cina dalam kempennya itu menghina pula Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang didakwanya bersikap rasis dan perkauman tetapi disokong oleh BN
TB
Marilah orang Melayu di Negeri Sembilan . Mari kita lupakan barua barua PKR ini duku kita lupakan Jumud (Barua juga lah) Kita perlu berpegang kepada hakiki dan fakta sebenar , hanya  BN  yang boleh menyatukan kaum kuam ini tanpa mengadai apa apa kepentingan diri.

Tuesday, April 23, 2013

YANG NI MENARIK : AZALINA X BOSS AKU JANGAN GABRA #PRU13 #GE13

Azalina jangan gabra ...



Salam.. Sahabat sahabat yang membaca blog aku. Apa khabar Ben Bella , tentu sibuk. Arwah Tok Lidon meninggal pun ko tak message aku. Dah setahun dia meninggal baru aku tahu. Al fatihah , semoga roh Arwah ditempatkan bersama orang orang yang solih.

Hawa ada kerja lagi ke Bella? Kebelakangan ini aku ada terima banyak email , sms dan ada juga yang call tanya aku tak nak buat apa apa kejutan ke? Aku tanya balik kejutan apa? Apa apa lah.. Kat Pengerang. Ahhhh aku hanya ketawa .. Kalau aku buat kejutan rasanya ada tak orang mati diserang sakit jantung . Aku jawab biarlah dulu. Tengok.... Abis bahan yang terkumpul selama ni ko nak buat apa Tepak. Tanya kawan aku pula. Ha ha ha.... Itu bahan aku. Suka hati aku lah nak buat apa. Siwar ni halus permainannya. Korang jangan lah nak desak desak aku. Kalau aku nak tulis nanti korang baca ajalah sampai pagi lepas tu pergi lah mengundi. Itu pun kalau aku nak tulis. Kalau tak korang pilih lah sapa korang nak pilh.

Uwah.... Ravi betul ke anak you ini penjenayah?????? You kena jawab !!

Ravi
Kepada Sdr Ravi Calon PKR Port Dikson.

Mari kita tanya kepada  YB  Ravi ,apakah yang telah berlaku pada 13.04.2013 pada  1315 Hrs. Apak kah benar menurut satu sumber Renjevan A/L Ravi  no K/P Baru  940329055593 yang dilahirkan pada  29/03/1994 dan beralamat No8. Taman  Tanjung Gemuk, Batu 2 Jalan Seremban 7100 Port Dikson adalah anak kepada   Ravi calon DUN Port Dikson .

Jika ini adalah benar, Kami meminta  Sdr Ravi menarik diri dari menjadi calon dan jangan bermimpi untuk menjadi wakil rakyat kami kerana saudara Ravi sepatutnya menjaga disiplin dan moral keluarga dahulu sebelum boleh menjaga kepentingan masyarakat setempat.

Monday, April 22, 2013

BN siasat calon tak serah borang penamaan dan siasat sekali yang nak bertanding calon bebas tu.

SPRM patut siasat  calon ini dan yang bertanding bebas itu juga (Ibrahin Ali )

Calon BN bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa, yang tidak menyerahkan borang penamaan calonnya bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), akan berdepan tindakan tegas termasuk dipecat keanggotaannya sekiranya tindakan itu dilakukan dengan sengaja.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti gabungan itu akan menjalankan siasatan terhadap tindakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas itu.

"Umno tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan melanggar peraturan parti termasuk tindakan sebotaj atau bertentangan dengan Perlembagaan Umno khususnya bagi memastikan kemenangan BN dalam PRU13," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Che Johan membuat kejutan apabila tidak menyerahkan borang penamaan calonnya di pusat penamaan calon Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas semalam, walaupun beliau dilihat berada di pusat berkenaan.

Tindakannya itu menyebabkan penyandang, Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket Bebas bertarung satu lawan satu dengan anak Mursyidul Am PAS, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Sunday, April 21, 2013

RAVI perlu undur dari menjadi calon PORT DIKSON Isu anak menyamun ??

Teguran dan surat dari penduduk Port Dikson Sdr Ravi  tidka boleh dilihat oleh Ravi sebagai surat yang remeh kerana ianya melibatkan maruah keluarga dan setiap kepimpinan datangnya dari Rumah. Apakah benar anak sdr Ravi tertangkap pada 13.4 yang lalu, jika tidak Ravi perlu menafikan sekeras kerasnya jika benar elok lah Ravi memikirkanuntuk mengundur diri daripada ianya  akan terus diainbkan.

sila baca ini

Saturday, April 20, 2013

Dari Lensa TB di hari penamaan calon Parlimen Rembau. Semuanya selamat !!

Pn Noori Isteri kepada YB Khairy Jamaluddin

Dato Ghani dan Junior

YB Zaifulbahri Calon BN Cembong

Ketibaan Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan

Yab Dato' Seri Utama dan Isteri

Bersalam salaman dengan rakyat


Bersalaman dengan jentera Pemuda

TB bersaama sahabat Pn Noori  isteri kepada YB KJ

Calon calon

Isteri tersayang  sebagai pendorong

Berarak menuju ke dewan


Ada kutu PAS seorang saja nak provoke tapi penyokong BN relek bukan macam PAS .

dah nak sampai dewan
Add caption
Menuju ke Dewan
Mneyemak borang pencalonan
Barisan Calon BN
Proses sama seperti calon yang lain
Khairy Jamaluddin

Setelah selesai pencalonan.




Sebaik saja selesai menunaikan solat subuh, Tb bersiap untuk ke Rembau untuk bersama sama mengiringi calon calon BN Bahagian Rembau di Ke Dewan Seri Rembau untuk proses pencalonan. Perjalan yang hanya memakan masa sejsm dari KL ke Rembau memberi ruang untuk TB menanti kedatangan satu demi satu calon calon yang akan menjalankan proses pencalonan,

YB Khairy sampai pada jam 8.30 pagi diikuti dengan Zaifulbahari calon  BN Cembung dan kemudiannya calon calon lain dan Dato' Seri Utama Dato' Seri Haji Mohamad Haji Hasan pada jam 8.45 pagi. 

Kami semua berkumpul di pusat Khidmat Parlimen Rembau dan pada jam 9.30 pagi calon calon bersama 2000 orang penyokong BN tekah berarak menunju ke Dewan Seri Rembau  untuk melaksanakan tanggungjawab selaku calon PRU13. Pada jam 10 pagi semua calon menyerahkan borang masing masing danAlhamdulillah kesemua calon BN diterima bertanding. Untuk berita selanjutnya sila klik sini.

Friday, April 19, 2013

Sah pakatan rakyat ketandusan pemimpin. BN Sah menang di P132 dan N14 #pru13

Rashid  Latif di gugurkan dari Ampangan seperti yang telah kita jangka kerana jika Rashid  akan bertahan sebagai calon di Ampangan atas tiket Pakatan Rakyat sekali lagi , BN akan menang mudah kerana selain dari krisis dalaman Rashid dengan PKR Rashid juga telah ditolak oleh rakyat di Ampangan.

Tetapi apa kurangnya dengan calon yang akan bertanding di Ampangan ini , tentu ramai yang tidak percaya kerana PKR sudah ketandusan pemimpin terpaksa mengambil calon terkuatnya yang telah berjaya mencantas Chegu Bard , Rashid Latiff dan ramai lagi.

Calon ini bertanding di dua kerusi , Parlimen P132 Telok Kemang  dan N14 DUN Ampangan. Calon yang akan menatang Hj Abu ,yang kini menjadi favourate di Ampangan ialah  Dato' Kamarul Bahrin sendiri. Dia bertanding Parlimen dia bertanding DUN. PKR sudah tidak ada orang lagi ke?????

Kamarul Baharin , orang tua yang sentiasa berada di Kuala Lumpur ini sudah pun di Tolak oleh rakyat di Port Dikson kerana jarang jarang sekali turun ke kawasan. Kalau Port Dikson tak boleh nak jaga macam mana nak jaga dua kawasan ????

Calon BN di Ampangan adalah merupakan calon yang dikenali ramai dan kini menjadi favourate untuk menang mudah mengalahkan Dato' Kamarul Ariffin. sila baca ini


Wahai Pengundi Gombak Korang Tenguk Lah Siapa Azmin Ali Sebenar !! # PRU13

Dalam Video ini jelas tersusun ayat nyatakan  ko makan duit lendir hasil jual isteri. Kenapa Azmin tidak saman Umi Halfilda ? Oh Umi adik dia kenapa Anwar tidak saman ???? lihat bagaimana Umi di hentak kepala dengan tukul.Lihat sampai habis. Fikirkanlah untuk mengundi calon BN @Dr Rahman Ismail .

GEMPAR : ANAK PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DI PORT DIKSON DI TANGKAP POLIS ???


Kini gempar di Porti Dikson apabila  kem kem Pakatan Rakyat mula bercelaru apabila dikatakan ada bloggers pro UMNO yang mempunyai dokumen bukti yang mengatakan bahawa anak seorang pemimpin pembangkang PKR di tahan polis kerana kes menyamar dan samun.

Kebetulan PKR Port Dikson sedang berkeceramuk dan ada yang mengatakan  bahawa permimpin PKR sendiri yang telah menyerahkan bukti bersurat kepada blogger Pro BN di Negeri Sembilan kerana mahu mematikan kerjaya pemimpin ini.

Dia blog dari Negeri Sembilan telah pun memainkan dan meniup perkhabaran ini. baca sini dan baca sini .
Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri Sembilan perlu ambil tahu pasal Video berkenaan dan juga aduan serta rungutan orang ramai.Moral seorang pemimpin amat penting.



BERITA GEMPAR :: TERESA KOK MENINGGAL ???

kalid-teresacock
TERESA KOK MENINGGALKAN KINRARA SELEPAS VIDEO PECAH AMANAH TERSEBAR 

DAP secara mengejut hari ini mengumumkan pengguguran EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok, daripada mempertahankan kerusi DUN Kinrara. Sehingga semalam tiada tanda-tanda Teresa akan digugurkan oleh DAP. Malah Teresa dianggap antara tunggak utama DAP Selangor memandangkan beliau exco kanan kerajaan.

Semalam Mykmu.net dan beberapa blog lain memainkan video wawancara bekas pembantunya yang membuat beberapa tuduhan membabitkan penyalahgunaan wang kutipan derma untuk ibu tunggal di Kinrara.'

Tindakan pengunduran Teresa daripada kerusi Kinrara mencetuskan tanda tanya bahawa beliau melarikan diri daripada tuduhan tersebut dan ingin mencuci tangan dalam pelbagai isu membabitkan dirinya di Kinrara.

SUMBER

Thursday, April 18, 2013

Loke Siew Fook Gagal Menerajui PR Negeri Sembilan sehingga bergolak , Kamarul Letak jawatan !

Pergolakan yang berlaku kepada Pakatan Rakyat Negeri Sembilan tidak dapat disembunyikan lagi apabila mereka gagal mengumumkan nama calon dalam majlis pengumuman yang telah mereka adakan baru baru ini.

Menurut sumber , DAP meminta lebih banyak kerusi lagi untuk menjadi parti  dominen dan mahu mempertaruhkan beberapa calon Melayu di Negeri Sembilan. PAS dikatakan langsung tidak mahu berganjak dan meminta lebihan kerusi dan telahpun mengumumkan calon Parlimen Rembau yang sepatutnya adalah Quota PKR.

Loke Siew Fook selaku  Ketua Pembangkang Negeri Sembilan gagal untuk menyelesaikan kemelut yang sedang dihadapi oleh Pakatan Rakyat. Ada sumber yang mengatakan bahawa Pengerusi Keadilan Negeri Sembilan Dato' Kamarul Baharin telah meletakan jawatan kerana desakan pemimpin dan akar umbi PKR. 

Pemyokong Chegu Bard juga akan memastikan agar Dato' Kamarul Baharin akan tersingkir dari kancah politik PKR Negeri Sembilan. sila baca

MARAH BETUL PENCERAMAH PAS HINGGA KATA TUN M KAPIR !!

Padanlah marah sangat penceramah yang berceramah di masjid  di Taman Seri Gombak malam tadi. RUPA TRUPANYA ISU  VIDEO INI. 

Masjid ini sekarang dah tak rupa masjid lagi penuh dengan iklan iklan pada dinding masjid . Inilah bila orang PAS yang kendalikan masjid. Ramai yang gunakan masjid macam rumah sendiri. Mereka lupa duit sedekah mengendalikan masjid itu digunakan untuk diri sendiri adalah satu kesalahan.

Aku dengar penceramah kata, Mahahthir tuh tuhan dia kat Amerika dan bukan Islam , undi parti Islam masuk syurga. Aku hanya mampu berastaghafar saja. Tak tertahan lagi tenguk kaum aku sesat jauh. Cepatlah PRU 13  BIAR MEREKA TAHU PARTI MEREKA KINI KIAN PUPUS.

Wednesday, April 17, 2013

Tuan Guru Nik Ajis hanyalah Rubber Stamp kata Sayuti Omar - Untuk bacaan pondok panas PAS .

Panas! Sayuti Omar Dedah Kucar-Kacir Pemilihan Calon PAS Kelantan Malam Ini

Malam nanti PAS akan mengumumkan calon-calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen di Kelantan. Daripada 45 kerusi DUN, PAS bertanding di 40 kerusi manakala 11 kerusi parlimen daripada 14 kesemuanya. Walaupun malam ini PAS mengumumkan calon-calonnya tetapi beberapa calon untuk kerusi parlimen dan DUN sudah pun diketahui awal. Sesetengah kawasan acara 'vergomol' sudah berlaku kerana tidak puas hati.

Bagaimana pun malam ini adalah pengumuman rasmi. Malam ini akan ada air mata gembira dan air mata duka. Malam penuh dramatik. Khabarnya semua calon terlibat sudah dimaklum dan sudah pun diberi borang penamaan calon masing-masing. Sesetengah sudah pun mengambil gambar foto untuk dijadikan poster calon. Jangan mendahului Tuhan.

Proses pemilihan calon PAS kali ini nampak kelam kabut dan berkucar 'wak yah' sedikit. Banyak senget dan congik cadungnya. Rasa tidak puas hati timbul di mana-mana sahaja. Setengah ada yang bertindak menutup pos atau mengancam untuk tidak bekerja sekiranya calon-calon pilihan mereka tidak diangkat sebagai calon. Paling menggerikan ada yang membuat pengakuan akan bertindak keluar parti kalau keadaan tidak diubah.

Perkara ini sebenarnya biasa. Kekalutan pemilihan calon ini sudah menjadi lumrah. Setiap kali pilihan raya, situasi ini akan berlaku. Saya berpengalaman mengenai perlara ini sejak tahun 1978 lagi. Ia bukan saja setakat bertegang leher, tetapi ada yang sampai bertumbuk, memaki hamun dan sebagainya kerana tidak beruas hati dengan calon.

Itu tidak menjadi masalah dan memberi kesan besar kepada parti. Seorang pejuang dan 'pemarti' yang tulen akan mengangkat bendera juga akhirnya setelah gelora kemarahan sejuk. Namun sebelum panasnya sampai 100 celcius, zarah-zarah dan kumin-kumin air akan panas meloncat-loncat (mendidih) ke atas.

Kenapakah proses pemilihan calon kali ini menjadi kecoh dan berkucar wak yah? Jawabnya tidak ada sebab lain melainkan kerana berlaku unsur-unsur kronisme dan nepotisme di dalam membuat pemilihan dan penyaringan calon. Ia ditambah dengan sikap munafik mereka yang menjadi anggota pemilih calon; cakap depan lain dan cakap berlakang lain. Sikap tidak berterus terang kononnya untuk ambil hati tidak betul dalam hal ini dan inilah menyebabkan timbul kekalutan.

Contohnya ada seorang ahli pemilih calon (Timbalan Pesuruhjaya) menjanji akan membuat penilaian adil, berjanji untuk merujuk atau memaklumkan kepada Tokguru, tetapi ia mungkir. Bukan saja maklumat sebenar disebunyikan kepada tokguru, tetapi Tokguru tidak diberitahu langsung. Tokguru hanya dijadikan rubber stam, cop sahaja tanpa memaklumkan kepadanya. Apakah kerja seperti ini betul mengikut keadan Islam?

Unsur kronisme di dalam hal ini sangat jelas sehinggakan ia tidak boleh ditutup lagi. Unsur kronisme ini menyebabkan PAS menjadi seperti syarikat anak beranak - syarikat sendirian berhad dan bukan syarikat berhad. Maka itu pemilihan calon dibuat di kalangan anak beranak, waris warah dan ipar duai, biras dan besan sahaja.

Sesiapa yang berseorang diri, hatta bekerja kuat didalam parti dan mendapat sokongan dari peringkat kawasan, cawangan akan ditinggal begitu saja bagaikan tunggul kayu kalau ia tidak ada hubung diplomatik dengan individu yang memilih calon. Kuatlah 'setara mana' mereka tidak akan dipilih dan dia ajak berjemak berkira.

Ini satu budaya dan perangai di dalam PAS. Penyakit atau perangai di zaman Mohd Asri Muda (Allayarham) nampaknya menjadi turutan dan ikutan. Budaya memilih calon di kalangan kawan-kawan, anak beranak sendiri mula dipraktikan secara jujur di dalam pemilihan kali ini. Apakah dengan berlakunya keadaan maka ia membungakan kekalahan untuk PAS?

Sebenarnya bagi ahli PAS mereka  tidak ada masalah kalau 'waris warah' yang akan mewarisi takhta itu asalkan berkelayakan dan dilakukan secara adil. Tetapi pemberian peluang menjadi calon itu biarlah adil, tidak pilih kasih atau pun membelakang prosuder biasa. Keharmonian di dalam PAS selama ini ialah kerana tidak ada unsur jahat dan khianat. Ketelusan dan keikhlasan itulah menjadi teras dan spritual kepada PAS.

PAS parti Islam sewajarnya menegakkan prinsip keadilan dan kesamarataan. Sisi inilah yang membezakan PAS dengan Umno. Dalam pemilihan calon dan apa-apa juga aspek keadaan atau pendekatan secara Islam biarlah jujur dan bersih sesuai dengan pengakuan dan syahadat kita terhadap perjuangan yang berpaksikan kepada perinsip Islam.

Perkara ini disebut kerana perkara ini jelas. Ada calon-calon yang dipilih tidak pun berada dalam barisan nama yang dicadangkan oleh PAS cawangan, kawasan seperti mana ditetapkan dan menjadi amalan biasa. Tetapi kerana mereka adalah kroni kepada orang tertentu, tepatnya kepada ahli Dewan Harian PAS yang terdiri dari Pesuruhjaya, Timbalan Persurujaya I dan II, Setiausaha Badan Perhubungan maka dia diambil dan dinilai.

Waris dan sahabat handai, ipar duai, biras mereka dibasuh dan dimake-up sebaik mungkin. Dipersembakan kepada Tokguru Nik Aziz sebagai barang sesembahan yang indah. Puak-puak inilah penipu Tokguru sebenarnya bukan Umno Barisan Nasional. Merekalah yang menjadi ulat yang memakan PAS dari dalam dengan bersela lendik dan berkiopiah putih.

Saya akan senaraikan macam mana calon-calon yang dipilih kali ini ada hubungan realtif dengan individu-indivdu yang disebut di atas tadi. Ada orang yang menjadi pemegang 'jabel' pitis kepada ahli Dewan Harian dipilih menjadi calon, bukan kerana orang itu berwibawa, tetapi kerana hanya menjadi pemegang jabel duit. Al maklumlah saat pilihan raya ia memerlukan duit banyak. Menjadi proxy dalam pemberian kawasan balak, getah klun dan biji besi. Perlu ditegaskan anggota Dewan Harian Dr Mohd Fadzli Hassan iaini Ketua Penerangan tidak diajak beruding langsung dalam soal pemilihan calon ini. Kenapa?

Betulkah cara ini? Memang pemimpin PAS senantiasa memberi ingatan dan pesan, di dalam PAS jawatan tidak boleh diminta. Jawatan bukan matlamat. Tetapi soalnya apakah prinsip itu diguna pakai dengan seadil-adilnya dan menyeluruh? Apakah ia terkena kepada mereka di bawah yang tidak ada god father atau taukeh, manakala yang mereka ada taukeh akan berlaku? Mereka yang rapat dan pernah makan di restoran-restoran lima bintang dengan anggota Dewan Harian diutamakan. Mereka yang melancung ke Maroco, Mesir bersama akan diambil menjadi calon?

Tidak perlu saya menyebut nama-nama bakal calon yang akan diumumkan malam ini yang tidak layak dan sepatutnya diambil menjadi calon kerana beberapa kelemahan. Saya akan bercerita selepas ini macam mana orang tidak dikenali dan diterima oleh kawasan tetapi diambil menjadi calon kerana hanya orang itu pernah berjumpa dengan individu tertentu dan menolong individu tertentu dalam sesuatu urusan kependidikan. Kerana itu saja maka dia diambil menjadi calon. Ditinggalkan nama-nama lain yang selama ini berkorban dengan parti atas alasan kerana ia kroni Yang diPertua Kawasan. Anihnya kenapa kalau orang tidak boleh tetapi kita dibolehkan. Inilah jenis munafik.

Perkara ini selalu terjadi. Suka saya merujuk kepada apa yang berlaku di Tendong dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Hamid Abdul Aziz yang dilantik menjadi penyelia, bekerja keras untuk parti, siang dan malam akhirnya dinafikan begitu sahaja. Aruah Muhamad Daud diambil menjadi calon, kerana apa, kerana dia ada pertalian darah merah dan darah hijau dengan salah seorang ahli Dewan Harian yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS. Untuk menghalakan tindakan itu Hamid dicalit dengan sedikit kotoran. Peliknya calon yang kini menjadi wakil rakyat, jelas 'mengekok' dengan betina diambil menjadi calon? Di manakah keadilan?

Tidak mengapa kita sama-sama dengar pengumuman calon malam ini. Kita tengok dan nilai nama-nama yang diumumkan nanti apakah mereka adalah nama menjadi pilihan rakyat ataupun kerana mereka ada hubungan sulit dengan anggota Dewan Harian. Kalau sebahagian besar nama-nama yang diumum itu adalah kronis PAS akan menghadapi masalah.

Saya memberi isyarat lampu merah, sekiranya tidak berubah selepas ini saya akan menghurai satu persatu. Biarlah kita semua tahu dan tidak ditutup dengan perkataan "InsyaAllah..." Biarlah kita bermain dalam cerah kali ini dan tidak berlindung disebalik gelap. Tidak ada guna kemenangan kalau kemenangan itu bukan atas prinsip keadilan dan kebenaran.

Sepatah kata azimat Tokguru kepada saya; ana akan dikatakan zalim kalau tidak bertindak ke atas kemungkaran berfakta, dan ana akan dikatakan tidak adil kalau bertindak tanpa ada bukti. Atas prinsip itulah kita mahu soal pemilihan calon ini dilakukan demi kemenangan PAS. Amaran juga saya berikan kepada Zulkefli Mamat, beliau harus menggugurkan namanya dari senarai calon di Pulai Chondong. Pengguran itu nanti membuktikan dia ikhlas dan jujur dan apa yang ada dihatinya sama seperti tergambar di dahinya yang bertanda hitam dan lekok kerana kuat sujud.

PS : TB mengenali Tuan Sayuti Omar personali dan pernah minum bersama beberapa kali tapi telah agak lama juga tak bertemu dengan beliau namun masih mengikuti penuliasan beliau.

Hj Abu calon paling layak dan ada Aura di Ampangan Seremban

Haji Abu menerima watikah.
Aku akan terus berkampung di Negeri sembilan sehingga PRU13 selesai . Semalam aku jalan jalan di Ampangan untuk mencari bahan bahan untuk aku kongsikan bersama pembaca. Aku berbual bual dengan orang orang disekeliling aku mengenai calon dan parti.

Yang menarik sekali mereka kata Pakatan Pembangkang sekarang ini sedang pening kerana tidak mempunyai calon calon yang boleh menyaingi calon calon yang di calonkan oleh pucuk kepimpinan parti di Negeri Sembilan. 

Calon yang sedia ada seperti Rashid Latif , Aminuddin , Taufek , Kamrul Baharin dan lain lain telah diketahui oleh rakyat  bahawa mereka ini sebemarmya tidak layak untuk menjadi wakil rakyat dan jika dicalonkan kembali pasti mereka ini akan kecundang.

Calon pelapis langsung tidak bermutu seperti Ketua AMK yang disebut sebutkan akan menggantikan Chegu Bard , langsung tidak ada  gaya kepimpinan dan tidak menonjol. Chegu Bard yang begitu lantang pun tudak berani  bertanding  di Negeri Sembilan , ini kan mereka mereka ini.

Lihat saja calon BN , Calon Ampangan , seorang peniaga Frozen Meat , Hj Abu Ubaidah Redza anak seorang tokoh agama  yang disegani di Seremban , anak watan yang mengenali semua orang di Ampangan. Bersifat pendiam dan tidak sombong dan berpesonaliti bersih sebagai seorang yang kuat iman dan beragama.

Sukar sekali Rashid , kaki ekor untuk mempertahankan kerusi DUN Ampangan kali ini dan Rashid bukan lah calon yang boleh mendekati Haji Abu. 

TB sempat menghubungi adik kepada Hj Abu , sdr  Said yang kebetulan adalah rakan sekolah TB untuk mendapatkan profile Hj Abu ini. Tak banyak bantuan yang  penulis dapat kerana Hj Abu ini adalah rakyat biasa yang mengamalkan kehidupan biasa tanpa pembantu dan low profile.

Apa apa pun sewaktu penyerahan watikah , sememangnya mata TB tidak pernah lari memerhatikan Hj Abu ini dan TB merasakan beliau mempunyia aura. Insyaalah di izinkan Allah TB mendoakan kejayaan Hj Abu.



Tiga Calon UMNO Yang Berbisa akan Gegarkan Kubu Pakatan Rakyat Gombak


Tiga Calon UMNO dan Satu Calon MIC akan gegarkan Pakatan Rakyat Gombak . Kehadiran mereka hanya dengan satu matlamat sahaja . Mahu menang. Tidak ada siapa akan menghalang mereka untuk menawan kembali kerusi kerusi yang terlepas kepada pembangkang pada PRU13. Amaran mereka , mahu kata apa kepada mereka , katalah.... Mahu fitnah apa , Fitnah lah kerana kehadiran mereka hanya untuk kemenangan bukan untuk takut dengan permainan dan kerja biasa Pakatan Rakyat ..Fitnah. 

Parlimen Gombak : Dr Rahman adalah penyandang  Parlimen Goimbak pada tahun 2004 dan tidak bertanding pada 2008 memberikan laluan kepada Said Anuar. Said Anuar tewas kepada Azmin Ali pada tahun 2008 kerana Tsunami Politik.

 Dr Rahman yang kembali diiringi NGO NGO Gombak kerana beliau adalah Pengerusi badan NGO NGO Gombak. Beliau juga adalah Pegawai Tinggi RELA berpangkat Kolonel. Dr Rahman juga pernah menewaskan Azmin Ali di kerusi Gombak pada tahun 2004 dan Insyaalah kali ini Azmin akan kecundang lagi jika Azmin masih menjadi Calon Parlimen Gombak.

DUN Gombak Setia : Said Anuar Said Ahmad adalah merupakan penyelaras DUN Gombak Setia dan telah lama turun padang untuk melakukan kerja kerja bersama rakyat. Seorang ahli Perniagaan dan merupakan Timbalan Ketua UMNO Gombak. Beliau telah lama aktif dalam politik Gombak dan pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Gombak , Exco Pemuda UMNO Malaysisa Naib Ketua dan Timbalan Ketua UMNO  Gombak.

DUN Hulu Kelang : Abd Rahim Kamaruddin seorang ahli perniagaan dan pernah menyandang jawatan sebagai setiausaha UMNO Gombak pada tahun 2004 dan ini kali pertama bertanding DUN Hulu Kelang adalah merupakan Ketua UMNO Bahagian Gombak. Beliau dikenalai oleh masyarakat pelbagai kaum di Gombak.

Tuesday, April 16, 2013

Calon N.Sembilan, 21 Muka Baharu Dengan Rais Yatim Digugurkan





 Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menampilkan 21 muka baharu sebagai calon yang akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pada majlis pengumuman senarai calon BN, Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan Naib Ketua Umno Bahagian Jelebu Zainuddin Ismail sebagai calon bagi kerusi Parlimen Jelebu, Selasa.

Pengumuman itu sekali gus mengesahkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak disenaraikan sebagai calon.

Bekas Menteri Besar dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan semula untuk bertanding di kerusi Parlimen Jempol, sementara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Datuk Hasan Malek kekal bertanding di kerusi masing-masing iaitu di Parlimen Tampin dan Kuala Pilah.

Bagi kerusi Parlimen Teluk Kemang pula, Ketua Penerangan MIC Datuk V.S Mogan diumumkan sebagai calon, sementara kerusi Parlimen Seremban dan Rasah akan diwakili muka baharu Teo Eng Kian (Timbalan Setiausaha Organisasi MCA Negeri) dan pengerusi MCA negeri Datuk Yeow Chai Thiam.

Bagi kerusi DUN pula, Mohamad yang juga Menteri Besar akan mempertahankan DUN Rantau, sementara veteran Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Seremban Datuk Ishak Ismail dicalonkan bertanding di kerusi DUN Lenggeng.

Sementara penyandang kerusi Parlimen Jempol Datuk Lilah Yasin dicalonkan bertanding di kerusi DUN Palong.

Terdahulu dalam ucapannya sebelum mengumumkan perkara itu, Mohamad berkata senarai calon kali ini merupakan gandingan antara pemimpin lama dan baharu mewakili setiap lapisan masyarakat yang diharap mampu menjulang BN pada PRU ini.

Katanya, nama-nama yang diumumkan telah disaring dan dinilai pucuk pimpinan atasan dan mereka yang digugurkan atau tidak dicalonkan perlu menerima dengan hati terbuka dan perlu bekerjasama sebagai satu pasukan bagi memastikan kemenangan.

"Janganlah merasa terkilan atau sebagainya sebaliknya kita mesti pastikan BN menang pada PRU ini bukan hanya menang majoriti mudah tapi dengan majoriti dua pertiga," katanya.

Monday, April 15, 2013

Hello Dr Rosli Yaakop ,nak jadi calon ceramah Rembau ke?? asyik nak debat aja ko ingat ko Obama ke??? ..

Pas cabar calon BN berdebat
Pas cabar calon BN berdebat
Kamarol (kiri) dan Rosli ketika ditemui sempena Majlis Sidang Media di Markas Pas DUN Chembong, di Kampung Mulia, kelmarin.
 
REMBAU – Pas mencabar kesemua calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) khususnya di Parlimen Rembau untuk berdebat dengan calon Pakatan Rakyat (PR) selepas hari penamaan calon.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop berkata, langkah itu akan memberikan satu dimensi baru buat sistem demokrasi pilihan raya di sesebuah parlimen yang mana secara tidak langsung memberi peluang kepada rakyat menilai pemimpin yang bakal dipilih dalam PRU nanti.

Menurutnya, langkah berkenaan amat wajar dipertimbangkan, lebih-lebih lagi ia membabitkan kepentingan rakyat untuk melihat hala tuju pemimpin yang bakal membela nasib mereka.

“Kita cabar calon BN untuk berdebat dengan kita. Jika Dewan Sri Rembau tidak mampu menampung kegunaan untuk berdebat, kita syor untuk adakan di kawasan padang di daerah ini untuk menarik lebih ramai lagi penonton debat.

“Malah, kita yakin dengan amalan debat ini, kita akan memulakan tradisi baru dalam suasana pilihan raya di negara ini yang mana ia memberikan keuntungan buat pengundi menilai calon pilihan mereka,” katanya pada majlis sidang media di Markas Pas Dun Chembong, di Kampung Mulia, kelmarin.

Turut hadir calon Pas kerusi Dun Chembong, Kamarol Ridzuan Mohd Zin.

Sementara itu, Rosli ketika ditanya mengenai perpindahannya ke kerusi Dun Kuala Klawang berkata, keputusan berkenaan dibuat setelah kepimpinan pas pusat dan negeri menjalankan majlis syura.

“Bagi kesemua ahli Pas, keputusan secara sistem syura adalah merupakan yang terbaik kerana kita menganggap ada hikmah, berkat dan kelebihan dalam keputusan berkenaan.  Oleh itu, kita harap agar semua pihak dapat memberikan sokongan padu kepada calon Pas dan PR di kawasan masing-masing,” katanya. ~ Sinarharian.

TB kata : 
Kalau bab berdebat, berceramah, jual temberang , cakap merapu menjanjikan bukan bintang dan syurga bagi lah pada calon PAS. Yang paling best mereka tak tahu apa makna  debat pun. Kalau mereka kalah berdebat  dan tandus fakta mula lah serang peribadi ,maki hamun  macam pemimpin mereka.

Dr Rosli , mai nak bagi tahu. Ko ingat rakyat  habis dengan dengar temberang ko aja siang malam, tak berhenti henti nak bercakap berdebat, macam lah hebta sangat. Tu buka biji mata tu . Bawa kereta  cuba pergi Paroi , Ampangan , Sikamat, Port Dikson , Sendayan , acu tenguk apa yang berlaku. Pembangunan yang kerajaan BN buat. Bukan buat dengan lidah dengan air lior saja. Auta saja lebih.

BN Buka parti debat, lagi pun apa ke jadah dan bukan untung pun debat dengan korang. You are Looser. Tak debat  dengan korang pun tak rugi apa. Ajak lah Anwar Ibrahim ,Mat Sabu debat..Aku lebih rela melihat pemimpin aku turun padang dari bedebat dengan korang...........

Doa di hari kelahiran ku : Terima Kasih 15 April 2013

Alhamdulillah syukur dan terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku..dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu..Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernak menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Terima Kasih kepada Ayah dan Ibu yang melahirkan, jasa mu tetap ku kenang sehingga akhir hayat ku. Arwah Ayah banyak mengajar aku untuk menjadi manusia yang berani menempuh dugaan dunia sebenar dan ibu banyak mencurahkan kasih dan sayang abadi.Terima Kasih abang , kakak dan adik adik kerana menjadi saudara ku yang sejati.
Terima Kasih keluarga ku, Terima Kasih isteri ku yang memahami dan mengatahui apa kemahuan dan kehendak ku. Terima Kasih anak anak kerana menjadi anak anak yang  baik. Terima Kasih kepada kawan kawan yang menjalinkan setiakawan yang akrab.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu,kepada siapa lagi harus ku mengadu?Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah..namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan.Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini..aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang semakin jauh ini..aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia semakin meningkat ini aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Malik. Yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti mneghulu kasih pada yang sudi..

Ya Muhaimin..pimpinlah tangan hambaMu ini..pimpinlah hati hambaMu ini..pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas kebenaran. Ya Al Quddus...sebagai hambaMu yang hina ini, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku..bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela..

Ya Al-Hakim..berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya, agar aku terus mampu memberikan sedikit iktibar dan dakwah walaupun hanya menggunakan tinta nuraniku. Hulurkan kepadaku kebijaksanaan agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Tuhan, atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkau Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui segalanya..peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu..Terimalah permohonan hambaMU yang serba kekurangan ini Ya Tuhanku..
Amin Ya Rabbul 'Alamin....

Sunday, April 14, 2013

PRU-13: Anwar tangguh umum calon Parlimen PKR di NS


Spekulasi berhubung masalah dalaman dalam kalangan pakatan pembangkang di negeri ini semakin kuat apabila calon-calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi tiga kerusi Parlimen yang sepatutnya diumumkan malam tadi ditangguhkan oleh penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cuba menutup masalah dalaman yang berlaku dalam PKR negeri, Anwar menjelaskan penentuan calon itu terpaksa ditangguhkan atas permintaan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang dalam satu mesyuarat di sini semalam.
Kata-katanya itu menimbulkan persoalan mengapakah pula PKR, dan Anwar khususnya, perlu mendengar permintaan pemimpin parti rakannya dalam pemilihan calon PKR.
 

JIKA MENJADI KENYATAAN , TERIMA LAH HAKIKAT WAHAI PEMIMPIN KU YANG DISANJUNGI !

Hanya khabar khabar angin saja. namun jika ini adalah kenyataan terimalah hakikat kerana anda adalah pemimpin parti yang terbaik dari Negeri Sembilan.

AKHBAR ONLINE MALAYSIAKINI.COM tak perlulah jadi Batu Api untuk melaga lagakan pengundi pengundi di berberapa kawasan Parlimen Negeri Sembilan hanya kerana ura ura  yang mengatakan bahawa seorang menteri kanan veteran dari Negeri Sembilan akan digugurkan dan  beberap orang ahli Parlimen yang telah beberapa kali diberikan peluang sebelum ini.

 Sesungguhnya belum ada sebarang pengumuman rasmi yang telah dibuat oleh Barisan Nasional yang mengesahkan menteri berkenaan dan beberapa orang  ahli Parlimen berkenaan digugurkan. Ianya masih khabar khabar angin dan ianya kemungkinan tidak benar dan kemungkinan  adalah kenyataan. Sekiranya ianya  menjadi kenyataan , rakyat perlu terima apa juga keputusan kerana ianya  dibuat oleh pucuk kepimpinan tertinggi BN berdasarkan beberapa saringan dan telah diteliti dari beberapa sudut sebelum keputusan dibuat oleh pucuk kepimpinan tertinggi.  Ini adalah muslihat yang akan membawa kebaikan kepada Parti dan juga pemimpin berkenaan.

 Bagi pemimpin yang nama nama mereka yang ditiup kencang oleh angin yang mengatakan bahawa mereka akan digugurkan, bersedia lah untuk menerima hakikat jika kenyataan ini benar benar berlaku dan terima lah dengan hati yang terbuka untuk kepentingan parti. Janganlah kerana nama kita tidak naik pada tahun ini dan permah naik beberpa tahun yang lalu kita terus mahu menunjukkan semangat setiakawan yang kurang sihat.

 Ingat bahawa anda pernah menjadi pemimpin terbaik sebelum ini ketika diberikan peluang untuk berkhidmat kepada rakyat. Jadi lah pemimpin yang "Gentelman" dan satukan penyokong masing masing untuk menyokong calon yang baru. Sampailah masa pemimpin ini memberikan peluang kepada orang lain pula kerana orang ini dulu pernah menyokong anda ketika anda dipilih sebagai calon.

Kini adalah giliran anda pual memberikan sokongan kepada pemimpin baru pula. Janganlah pula  mahu duduk berkhidmat sampai tulang tulang dah reput dan mahu jadi barang barang antik pun masih memimpin seperti pemimpin pembangkang sampai sudha nayuk masih mahu memimpin. Berilah peluang kepada orang lain. Sepertikata Tun M , sehebat mana kita sekali pun kkita akan dibenci jika terlalunlama memegang satu satu jawatan. Berihat lah , baik untuk kesihatan. 

KEPADA PENYOKONG BARISAN KEPIMPINAN  INI TERIMALAH HAKIKAT CALON YANG DIPILIH DI NEGERI SEMBILAN INI ADALAH YANG TERBAIK SETELAH BEBERAPA KALI SARINGAN DILAKUKAN OLEH KEPIMPINAN TERTINGGI DAN PERDANA MENTERI. MARILAH KITA BERIKAN PELUANG KEPADA PEMIMPIN BAFRU DAN JANGAN LAH PULA ADA YANG CUBA MEMBURUKKAN MENTERI BESAR KERANA INI BUKAN KEPUTUSAN BELIAU  SECARA MUTLAK. MARILAH KITA BERFIKIRAN POSITIF.

 OLEH : CILI BESAR , WWW.CILIAPIBLOGGERS.BLOGSPOT.com

Saturday, April 13, 2013

Apa kan daya Mustafa Ali .....

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan media mengenai video seks yang diedarkan sejak malam tadi.

Dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Harakahdaily, Mustafa dipetik berkata, "semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan."

Musatafa Ali juga dah dapat penyakit Anwar, bukan susah untuk nafikan, jawab sajalah , itu bukan Video saya , ia hanya  menyerupai saya tetapi bukan saya. Bawa anak dan isteri untuk menafikan. 

"Oh itu bukan Mustafa Ali, That's not him, It's too small . his is bigger." 

Apa juga yang kemungkinan  dapat kita lihat dalam vedio itu , pasti bukan kerja papagomo atau mana mana  blogger pro BN. Yang mengedarkan Video itu adalah pembangkang. Maklumlah Mustafa Ali ini "gedebe" juga. dalam parti sendiri ramai juga yang marah.

Bangkai gajah , mana boleh tutup dengan tudung saji , tutup dengan tikar mengkuang atau tikar getah juga pasti akan terserlah baunya. kalau dah bau Mustafa Ali pasti ianya bau Mustafa Ali juga. Ha.. kembang ek idung awek tu...


Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts