Wednesday, October 31, 2012

Zubir Dakwa Gambar Bogel Rozita Adalah Tulen!

Zubir - Rozita

Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan pengedaran sekeping gambar bogel pelakon cantik, Rozita Che Wan yang tersebar luas di internet.

Namun demikian, Rozita sudah menafikan gambar itu adalah miliknya. Dia menyatakan terdapat tiga kemungkinan yang ada pada gambar berkenaan.

Pertama gambar itu sudah di ‘super impose’ kedua mungkin ada pelanduk dua serupa yang sama wajah sepertinya.

Atau yang ketiga mungkin juga ada muka pondan yang seakan-akan menyerupainya.
Tetapi menerusi laman portal Rotikaya.com, hari ini, mereka mendedahkan tentang pendapat salah seorang daripada wartawan hiburan terkenal.

Wartawan itu adalah Zubir dari Berita Harian.
 Menerusi Facebook, Zubir atau nama sebenarnya Zubir Mohd Yunus, ada menulis yang gambar bogel Rozita Che Wan itu adalah tulen!

Zubir turut seakan-akan mencabar Rozita untuk tampil membuat laporan di balai polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuktikan gambar itu benar-benar bukan miliknya.

Tidak pasti pula bagaimana Zubir dapat tahu yang gambar itu adalah asli.
Adakah Zubir sudah selidik terlebih dulu mengenai perkara itu? Tak tahulah…

Apa-apa pun tunggu saja apa tindakan Rozita selepas ini sama ada dia akan membawa perkara ini kepada pihak berkuasa atau sebaliknya.

sumber : dari sini

AES: Jawapan Kepada “Bekas Setiausaha Sulit” Idris Jala (Bahagian 2)

Oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)
Isu kesulurahan AES bukanlah batang tubuh AES itu semata-mata. Isunya juga bukanlah sama ada AES ini berkesan atau tidak dalam mengurangkan kemalangan maut. Isunya ialah pelaksanaan AES pada tempat-tempat yang jelas seperti kata blogger RBF,

“Memasang kamera AES di lebuh raya ibarat lepaskan 30 ekor ikan dalam sebiji baldi kemudian pasang batang kail dan duduk memancing. Setiap minit dapat seekor ikan. Horeyyyy dapat….horeyyyyy makan…..horey dapat……horeyyyyy makan……Setengah jam habis 30 ekor ikan dipancing. Begitulah juga dengan kamera AES. Pasang di lebuh raya supaya syarikat pembekal dan pengendali cepat dapat target 5 juta saman.
Dalam konteks inilah Muhammad Shaahidullah Shayaa tidak memahami permasalahan utama dalam isu AES iaitu rakyat tidak percaya hujahan kerajaan bahawa AES ingin mengurangkan kemalangan maut. Bukan rakyat tidak mahu mematuhi peraturan dan membantu mengatasi kemalangan maut. Sebaliknya kita tidak percaya had laju di kawasan tertentu dan pemasangan kamera AES dapat mengurangkan kemalangan maut.
Muhammad menulis,
Pertama sekali, AES telah pun dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara membangun seperti Perancis, Jerman, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Terdapat lebih daripada 90 negara-negara di seluruh dunia yang melaksanakan sistem elektronik yang serupa, dan hasilnya amat memberangsangkan.

Kita ambil contoh Perancis di mana jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya telah menurun sebanyak 27 peratus dalam tempoh hanya tiga tahun selepas dilaksanakan. Di Kuwait, kadar kemalangan trafik telah berkurangan sebanyak 48 peratus sementara di Jerman pula, 80 peratus daripada pengguna-pengguna jalanraya telah mula mematuhi peraturan-peraturan jalanraya di kawasan-kawasan yang diletakkan di bawah pengawasan AES.

Sejak fasa pertama pelancarannya di negara kita pada 23 September tahun ini, 14 buah kamera yang telah dipasang di kawasan-kawasan “blackspot” di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dilaporkan dapat merakamkan sejumlah 63,558 kesalahan-kesalahan trafik dalam masa lapan hari yang pertama.
Saya tidak berniat mencabar fakta-fakta penyusutan kemalangan maut di negara-negara yang meletak AES ini. Kita terima sahaja ini sebagai satu fakta biar pun ada kemungkinan fakta ini telah dimanipulasi oleh syarikat-syarikat pembekal AES di seluruh dunia untuk meningkatkan sokongan terhadap sistem ini.

Hujahan ini sebenarnya sangat dangkal kerana kita tidak mengetahui faktor-faktor kemalangan maut di negara tersebut adakah sama dengan negara kita. Misalnya, jumlah kemalangan maut jalan raya akibat kelajuan hanya 25% daripada keseluruhan kemalangan maut. Ini bermakna secekal mana atau secekap mana pun sistem ini ia hanya mampu menurunkan kadar kemalangan maut kepada 25% sahaja. Ia tidak mungkin mencapai jumlah sama seperti negara-negara yang disebutkan.

Namun yang lebih besar ialah Muhammad sendiri menutup fakta bahawa di negara-negara yang telah memasang AES juga terdapat bantahan-bantahan yang begitu hebat sekali. Ambil contoh di Australia, bantahan begitu hebat sehingga kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas yang ditugaskan memantau pemasangan kamera-kamera AES ini. Sekiranya Suruhanjaya tersebut mendapati kawasan tersebut bukan kawasan kemalangan maut dan ada tujuan mengaut keuntungan, kamera AES ini akan diarahkan pindah atau ditanggalkan. Mengapa hal yang sama tidak dibuat di Malaysia?

Dalam tempoh sebulan jumlah yang dirakam melakukan kesalahan ialah 100 ribu orang dengan sebahagian besarnya ialah meleihi had laju. Adakah demikian besar jumlah pemandu samseng di negara ini? Atau ada sesuatu yang tidak kena dengan penentuan had laju dan juga tempat-tempat pemasangan kamera AES ini?

Saya tidak percaya Malaysia mempunyai demikian besar jumlah mereka yang memandu secara berbahaya. Apa yang berlaku sebahagian besarnya hanya melebihi 15-30 KM/J daripada had laju 70-90KM/J dan kumpulan inilah yang menjadi mangsa terbesar saman AES dan saman ekor.

Jika Setiausaha Sulit Menteri Pemandu ini mengambil masa meneliti pandangan orang lain tentulah beliau telah menjawab beberapa isu yang saya bangkitakan dalam Sinar Harian minggu lalu dan juga pandangan-pandangan orang lain yang tida berpuas hati dengan AES ini. Malangnya, beliau hanya menjadi “burung belatuk” sama seperti cybertroopers AES yang mengulangi isu-isu mengurangkan kemalangan maut jalan raya tanpa melihat statistik tersebut dengan jelas. Saya telah menulis mengenai statistik ini dalam bahagian pertama tulisan saya.

Pada mulanya saya ingin mengulas beberapa bahagian lagi tulisan beliau. Namun apabila saya terbaca semula ayat dibawah artikel tersebut bahawa beliau adalah “Bekas” Setiausaha Sulit Idris Jala yang sedang bercuti sabatikal, eloklah artikel ini dihentikan di sini sahaja. Saya tidak pasti apakah beliau masih memegang jawatan Setiausaha Sulit yang sedang bercuti sabatikal atau telah berhenti daripada menjadi Setiausaha Sulit kepada Menteri.

Jika beliau telah berhenti sebagai Setiausaha Sulit dan sekarang sambung belajar, tulis sahajalah jawatan sekarang.

baca ini :
‘Cash cow’ speed cameras raise $350m
Date
June 2, 2011

Advanced 4 Loop Countermetrocount.com/products/mc5805
Permanent Counters get Car Flows Ultra Low Power MetroCount MC5805
ALMOST $350 million has been reaped from speed cameras in NSW over the past five years, new figures show.

Two cameras on Cleveland Street in Moore Park were the highest-earners in the state, generating $20 million.

A camera on the Great Western Highway at Parramatta raised more than $7 million, followed by the Hume Highway at Bankstown with almost $6.5 million.

Next was the camera on King Georges Road at Beverly Hills (southbound) with almost $6 million, then the M2 Motorway at North Epping (westbound) with $5.8 million, and the Princes Highway at Kogarah (southbound) with $5.7 million.
Advertisement

The Roads Minister, Duncan Gay, suggested yesterday the former Labor government had used the devices as revenue raisers.

”The public has long expressed concern to us that under the former state Labor government some of these cameras had become cash cows and were simply there to generate revenue, instead of being used to improve road safety,” he said in a statement.
The figures are from a speed camera audit being done by the Auditor-General, Peter Achterstraat.

It has found that from 2005-06 to 2010-11, more than $347 million was generated from fixed speed, mobile speed and safety cameras. The audit, due next month, will look at the six mobile, 60 safety or red light cameras and 172 fixed cameras used in NSW.
The Auditor-General has received more than 1700 online survey responses and 100 submissions on speed cameras.

The government has promised to rip out cameras found to have no effect on road safety.
AAP

Kali ini saya akan memetik pula tulisan seorang aktivis pengguna Dr Jacob George,
The nations ‘intelligent people’ supposedly, have shared their latest ‘mantra’ and ‘justification’ that the just implemented, amidst protest from both sides of the political divide the Automatic Enforcement System (AES), is geared at catching speedsters and to reduce road accidents.

Basically, these rather ‘intelligent people’, supposedly the cream of Malaysia are really stating that it is basically speed as the root causes of accidents!

But strangely when ‘people of substandard intelligence’ like you and I, look at the statistics of accidents and study its background – we see that there were in 2005 a reported 31,222 casualties from motorcycle accidents, which basically constitutes to 66 percent of all traffic accidents in Malaysia!

Something these intelligent spin masters forgot to note!

Perhaps, those rather very ‘intelligent people’ also failed to have access to another reality – that a 2010 report by the police and Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros) stated that there were 120,156 accidents involving motorcycles from the 9.4 million registered motorcycles.

Of this, there were 12,112 casualties with 3,614 rider fatalities and 422 pillion rider fatalities.

It does not end there as according to Miros, 3,523 accidents involved pedestrians in 2005, 12 percent of whom were children aged one to 18 years.
Gosh – this is turning out to be another fiasco!

Pembohongan Media Politik Di Malaysia

Rahsia Bagaimana Suara Keadilan Beroperasi Terbongkar

SECARA tiba-tiba nama Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) menjadi perhatian kebelakangan ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari pembongkaran demi pembongkaran didedahkan oleh Presiden KWMM, DZULKARNAIN TAIB terutama yang melibatkan isu kapal selam Scorpene.

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Suaram disifatkan sebagai mengancam keamanan negara dan sekali gus membenarkan pihak asing mencampuri urusan Malaysia.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dan jurugambar IZHAM JAAFAR, bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan ini berkata, tindakan Suaram terus-terusan memfitnah kerajaan dalam isu itu adalah jelas bermotifkan politik.

Pengalaman berkhidmat dengan Suara Keadilan menyedarkannya betapa etika kewartawanan tidak diberi perhatian oleh organ parti pembangkang itu sebaliknya hanya menjadi saluran propaganda dan fitnah yang efektif.

“Yang jelas peranan mereka lebih kepada menyebar propaganda dan fitnah terhadap kerajaan walaupun hakikatnya ia langsung tidak benar dan hanya mahu memburukkan imej kerajaan di mata rakyat," kata Dzulkarnain.

MINGGUAN: Bagaimana sebenarnya pembangkang menggerakkan medium media mereka?

DZULKARNAIN: Sebenarnya sebelum Pilihan Raya Umum 2008, pihak pembangkang telah aktif berkempen melalui medium Internet terutamanya melalui blog dan sebagainya. Mereka seolah-olah mendapat suatu tenaga baru melalui penggunaan media sosial baru ini. Saya boleh katakan nisbah antara blogger pembangkang dan BN adalah antara 15 ke 20 blogger propembangkang berbanding hanya satu di pihak blogger pro-UMNO atau BN. Itu menjadi faktor bagaimana pihak pembangkang begitu menguasai dunia maya. Terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan terutama yang menghentam kerajaan. Sama ada isu ditimbulkan itu benar atau tidak, ia bukan menjadi ukuran dan keutamaan pembangkang.

Apa yang menjadi keutamaan dalam pemberitaan mereka?

DZULKARNAIN: Keutamaan mereka adalah mendedahkan sebanyak mungkin isu yang boleh dipolitikkan untuk menghentam kerajaan. Melalui cara ini mereka akan cuba mewujudkan satu persepsi negatif kepada rakyat yang selama ini menyokong kuat BN. Mereka telah melancarkan propaganda dan fitnah melalui laman-laman sosial dan media baru. Saya mahu menjelaskan di sini bahawa taktik ini masih diteruskan sehingga kini malah dengan lebih kerap. Sebenarnya kebenaran bukanlah matlamat mereka kerana ia lebih sebagai propaganda. Taktik ini jika kita lihat lebih kurang sama dengan apa yang dilakukan oleh Menteri Propaganda Nazi, Joseph Groebbels, iaitu apabila berkali-kali kita menyatakan sesuatu itu sebagai benar walaupun hakikatnya ia satu penipuan, kerana minda dari sudut psikologi, apabila diulang banyak kali akhirnya orang akan mempercayainya. Jadi itulah strategi lama namun masih berkesan yang diamalkan oleh pihak pembangkang sehingga kini.

Jika begitu, apakah strategi yang digunakan dalam memanipulasi berita dan fakta?

DZULKARNAIN: Saya lihat pembohongan, fitnah dan character assasination adalah sebahagian daripada strategi utama mereka. Kita boleh lihat sekarang ini dalam isu Scorpene. Ia telah dijadikan satu isu yang besar dan membawanya ke peringkat antarabangsa dan Mahkamah Perancis. Tidak cukup bagi mereka melempar fitnah melalui ceramah dan medium media baru. Apa sebenarnya agenda mereka kerana semua pertanyaan yang diluahkan mereka sudah terjawab? Malah Ketua Audit Negara telah pun menjawab bahawa segala urusan melibatkan Scorpene adalah mengikut prosedur dan perundangan. Namun pihak pembangkang masih berterusan memfitnah kerajaan walaupun jelas Mahkamah Perancis sudah menetapkan pendiriannya. Malah saya ada terbaca baru-baru ini pihak pembangkang cuba menganjurkan satu jelajah ke seluruh negara untuk mendedahkan isu Scorpene walaupun tidak ada isu sebenarnya dalam hal ini.

Kenapa pihak ini begitu bersungguh-sungguh mahu menjadi plaintif dalam perbicaraan ini?

DZULKARNAIN: Sebab itu KWMM membuat sidang akhbar membongkar status Suaram sebagai plaintif. Sejak Mac lalu, pihak mahkamah Perancis telah menolak permohonan Suaram untuk menjadi plaintif. Untuk menjadi plaintif mereka perlu mempunyai kepentingan dalam urusan pembelian Scorpene. Oleh itu jelas ini adalah usaha Suaram untuk menipu Mahkamah Perancis dan apabila pihak mahkamah menyedarinya maka mereka menolak usaha ini. Sekarang ini mereka tidak ada kena-mengena malah tidak boleh bersuara dalam isu Scorpene.

Mereka cuba pula untuk menjadi plaintif bersama namun mereka mahu bersekutu dengan siapa? Kenapa Suaram begitu bersungguh-sungguh mahu menjadi plaintif? Ini adalah sebab undang-undang Perancis berbeza yang mana apabila mereka diterima menjadi plaintif, mereka akan diberi kebenaran ke atas kesemua dokumen yang terlibat dalam urusan pembelian Scorpene. Maka apabila mereka boleh mendapat kesemua maklumat itu maka mereka akan berterusan memfitnah dan memutarbelitkan isu dan fakta mengenai perkara ini kepada umum. Ini yang mereka mahukan sebenarnya dan kami mendedahkan bahawa mereka bukan lagi plaintif dalam perbicaraan malah mereka hanyalah satu pertubuhan haram yang tidak berdaftar.

Boleh ceritakan latar belakang saudara semasa berada di akhbar Suara Keadilan?

DZULKARNAIN: Apabila saya ditawarkan menjadi Pengarang Bersekutu akhbar itu pada 2008 dan kartunis Zunar ialah Ketua Pengarangnya, satu perkara yang saya sangat terkejut adalah, saya diberitahu jika mahu bekerja di akhbar ini paling penting adalah wajib percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam perlakuan liwat. Saya terdiam dan agak terkejut. Sebagai orang media, saya ada perkiraan sendiri iaitu masuk ke akhbar ini kerana ingin tahu bagaimana media pembangkang beroperasi dan apakah prinsip kewartawanan yang mereka pegang. Kemudiannya Suara Keadilan telah diambil alih oleh pengurusan baru dan saya dilantik sebagai Ketua Pengarang. Saya cuba membawa prinsip-prinsip arus perdana dalam akhbar itu supaya ia boleh menjadi satu wadah profesional dalam membuat laporan berita. Jika pemberitaan kami lebih bertanggungjawab walaupun bersuara pembangkang, mungkin kami akan lebih dihormati.

Saya memegang jawatan itu selama setahun namun sepanjang saya memegang jawatan itu, akhbar itu masih sah dari sudut perundangan kerana permitnya sah. Yang pasti walaupun saya cuba membawa pembaharuan namun mereka sebenarnya tidak memberi tumpuan kerana yang penting bagi mereka, ia perlu menjadi satu saluran propaganda dan fitnah yang efektif untuk mereka. Akibatnya akhbar itu banyak disaman. Jawapan kenapa saya berhenti dan kemudian bertindak keluar PKR adalah kerana saman RM200 juta terhadap saya dan beberapa yang lain berhubung isu Felda bankrap. Apabila saya melihat kembali peristiwa itu saya berpandangan adalah tidak adil untuk memfitnah Felda yang telah begitu berjasa kepada orang Melayu dalam usaha meningkatkan taraf hidup mereka.

Bagaimana boleh timbul masalah sehingga disaman?

DZULKARNAIN: Apabila kita mahu mengatakan sesuatu perkara, kita juga perlu melihat kemungkinan apakah kita juga ada kemungkinan bertindak salah dalam hal itu. Saya berpandangan ketika itu adalah tidak betul untuk meletakkan tajuk utama sebagai 'Felda bankrap' dan ia sebenarnya perlu diletakkan tanda tanya di pengakhiran tajuk itu. Jadi mungkin ia sekadar kami menimbulkan persoalan namun pihak atasan langsung tidak bersetuju dan tetap dengan tajuk berkenaan. Saya sudah melihat kami akan disaman dan ia benar-benar berlaku. Kita sedia maklum bahawa mereka mahu mempopularkan akhbar mereka namun bukanlah senantiasa semua berita yang dikeluarkan perlu disensasikan. Kita faham jika terdapat sesuatu berita yang mahu disensasikan namun bukan semua apatah lagi berita dan artikel yang dikeluarkan itu lebih kepada fitnah dan pembohongan.

Bagaimana hubungan Suara Keadilan dengan akhbar-akhbar parti lain seperti Harakah dan Roket?

DZULKARNAIN: Sepanjang saya berada di Suara Keadilan, saya tidak nampak sebarang kerjasama antara kesemua akhbar ini. Masing-masing hanya buat hal masing-masing yang bertumpu kepada aliran pemikiran mereka sendiri. Oleh itu saya berani menyatakan bahawa pakatan pembangkang ini tidak sekuat mana kerana sesama media mereka pun tidak wujud persefahaman yang jelas. Bagaimana mereka mahu menguruskan peranan media jika tiada persefahaman sesama mereka. Yang jelas peranan mereka lebih kepada menyebar propaganda dan fitnah terhadap kerajaan walaupun hakikatnya ia langsung tidak benar dan hanya mahu memburukkan imej kerajaan di mata rakyat.

Bagaimana saudara melihat kritikan yang dilemparkan NUJ terhadap KWMM baru-baru ini?

DZULKARNAIN: Memang mereka menyatakan bahawa kami ini dilihat seolah-olah menyebelahi kerajaan. Namun bagi saya, apa salahnya. Apakah timbul masalah jika kami menyokong kerajaan? Ada juga pihak NGO media yang tidak menyokong kerajaan namun kami tidak merungut atau membuat sebarang aduan mengenai mereka. Ini kerana kita perlu faham bahawa kita adalah pengamal media maka kita perlu berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menerima semua hujah dan fakta yang dikemukakan. Jika pihak NUJ mengatakan kami berat sebelah maka saya cabar mereka supaya mengeluarkan hujah dan komentar mengenai isu Scorpene. Ini mungkin boleh mengimbangi pandangan saya mengenai isu ini dan saya mahu mereka berani ke depan. Mungkin mereka melihat kami lebih kepada prokerajaan namun sebenarnya kami lebih kepada pro-Malaysia. Kami tidak menyokong secara membabi buta namun yang penting adalah keselamatan negara, bebas daripada campur tangan asing dan pada masa, perpaduan dan keharmonian rakyat perlu menjadi keutamaan. [SUMBER]

TB Shoot untuk montage penerbitan Primeworks yang akan disiarkan tahun depan setiap munggu

TB bersedia untuk menjalankan  pengambaran di tiga lokasi :

TB sampai  di Tol Mount Kiara

Kami diberikan taklimat sebelum shooting

Penerbit Primeworks studio Magazin and Documentary Nurul Rodhiah  berbaju biru,

Masjid Wilayah untuk shoot dan terus  menunaikan solat subuh.

Gambar Majlis Tunang Anak Rosyam Nor

Hujung minggu lalu (28 Oktober), anak perempuan kepada pelakon terkenal Rosyam Noor, Arniesha Azureen telah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Hafiz. Walaubagaimanapun, tidak pula kelihatan kelibat si ayah dalam gambar-gambar yang dimuat-naik oleh anaknya itu di laman Twitter.

Walaubagaimanapun, tahniah kami ucapkan kepada Rosyam Noor kerana bakal mempunai anggota baru dalam keluarganya nanti. Jom cekidot gambar-gambar tersebut.

Kejayaan demi kejayaan ditempah penyanyi Yuna di peringkat antarabangsa, namun dalam masa beberapa jam yang lalu, penyanyi ini telah berdepan dengan insiden yang tidak diduga sepanjang merantau di negara orang.

Melihat kepada akaun rasmi Twitternya, penyanyi yang bakal pulang tidak lama lagi untuk Yuna Homecoming Tour di Malaysia ini telah berkongsi perbualan dengan ibunya mengenai tragedi yang menimpa dirinya dan rakan-rakan bandnya yang lain.

Seperti yang dipaparkan didalam perbualan tersebut, Yuna menyatakan kesemua barangan yang ada di dalam van mereka telah lesap, termasuklah peralatan muzik, barangan peribadi miliknya serta hadiah buat keluarganya yang dibeli sepanjang siri jelajahnya itu.

Peristiwa tersebut berlaku selepas dia dan rakan bandnya menamatkan siri jelajah di lokasi terakhir, Seattle, Amerika kerana sebelum itu dia berada di Vancouver untuk acara yang sama.

Dalam pada itu, ibunya cuba menenangkan anaknya yangberada jauh diperantauan itu. Baginya, selagi anaknya dan rakan-rakan yang lain selamat, itu sudah cukup baik. 

Dia masih sempat bergurau dalam nada ala-ala marah kerana hadiah buatnya daripada Yuna atau mesra digelarnya sebagai Alis itu telah dicuri.

Yuna juga ada menulis Tweet susulan mengenai kejadian yang berlaku. Menurutnya, barang yang hilang boleh dicari, namun pengalaman yang diraih itu lebih bermakna. 

Dia masih sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang dan menontonnya sepanjang siri jelajah tersebut. 

Diharapkan perkara sebegini akan dijadikan pengajaran buat Yuna agar lebih berhati-hati dan tidak patah semangat membina nama disana.

Tuesday, October 30, 2012

AES: Jawapan Kepada “Bekas Setiausaha Sulit Idris Jala” (Bahagian 1)

aes

Oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)

Setiausaha Sulit Kepada Menteri Datuk Seri Idris Jala (Menteri Pemandu), Muhammad Shaahidullah Shayaa, menulis artikel panjang lebar mempertahankan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES). Artikel beliau boleh dibaca di sini.

Kita mengharapkan jawapan yang boleh menyenangkan hati rakyat, mendamaikan hati majoriti pemandu dan mententeramkan keadaan. 

 Sebaliknya, tulisan Muhammad Shaahidullah penuh kebongkakkan dan kebiadapan yang tidak mencerminkan sikap dan peri laku kerajaan yang menjulang slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” 

Pegawai ini juga tidak mengerti, memahami dan menghayati janji Perdana Menteri bahawa zaman kerajaan serba tahu sudah berakhir.

Tiga para pertama permulaan artikel bukan sahaja tidak mampu menyejukkan kemarahan ramai orang yang merasakan AES merompak mereka. Malahan ia umpama menjirus minyak ke atas api yang membara. Lihat tulisan beliau di empat para pertama:
Timbul pelbagai isu tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dalam media sejak beberapa hari yang lepas, apabila ahli-ahli politik pembangkang memperbesarkan isu ini dan menjadikannya persis sebuah sarkas.

Kenapa kita begitu kuat mempertahankan pesalah-pesalah trafik? Bukankah kita menggunakan jalanraya setiap hari dan menyedari betapa tingkahlaku sesetengah pengguna-pengguna jalanraya adalah sangat menjengkelkan dan merbahaya?

Memandu melebihi had laju, melanggar lampu insyarat, memotong barisan, memotong di jalan garisan dua selari serta mereka yang memasuki jalan-jalan larangan pada waktu-waktu yang sibuk; ini semua adalah senario harian dalam pengalaman pemanduan kita semua.

Adakah kita ini semata-mata sebuah negara yang dipenuhi pengguna-pengguna jalanraya yang tidak bertimbangrasa sehinggakan kita harus menyuarakan ketidakpuasan hati kita kepada sebuah sistem baru yang boleh memastikan keselamatan jalanraya untuk kita semua?
Dalam empat para pertama ini beliau telah pun membuat andaian mereka yang membantah pelaksanaan AES ini sebagai pemandu yang cuai, biadap, tidak bertanggungjawab. Dengan kata lain setaraf “mat rempit” dan “samseng jalanan.” Apakah dengan tuduhan-tuduhan seperti ini boleh menyelesaikan masalah kemarahan rakyat kepada Kerajaan akibat AES?

Ramai rakyat tidak mempunyai masalah jika AES benar-benar mahu menangkap “samseng jalanan”, “mat rempit” dan mereka yang memandu secara merbahaya. Yang menimbulkan kemarahan rakyat ialah AES menangkap sesiapa sahaja yang memandu melebih had laju biar pun dalam keadaan laju yang reasonable

Kenyataan beliau bahawa AES merakam pelbagai kesalahan seperti dalam para 3 artikel tersebut adalah satu pembohongan, penipuan dan manipulasi fakta yang memberi gambaran salah kepada orang ramai. Sejak bila kerajaan melatih Setiausaha Sulit Menteri berbohong kepada rakyat?

AES hanya menangkap mereka yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah. Saya tidak mahu membahaskan isu melanggar lampu isyarat merah. Sungguhpun ia boleh dibahaskan namun ia tidak berguna apa-apa berbahas dengan otak mereka yang beku dan tepu. 

Mereka tidak memahami ketakutan pemandu apabila terpaksa berhenti di simpang lampu isyarat yang sunyi sepi di tengah malam bertemankan beberapa mat rempit di sebelah kiri dan kanannya. Ini kerana pembuat polisi ini mempunyai pemandu, pengawal peribadi dan pengikut yang sentiasa mengekori mereka.

Saya berminat sekali membicarakan isu had laju. Had laju di negara ini ditentukan oleh “jurutera-jurutera tidak berguna” yang memikirkan di mana tempat paling baik untuk melakukan saman ekor dan sekarang digunakan oleh AES. 

Terdapat corak yang jelas bahawa penentuan had laju di kawasan-kawasan tertentu sengaja direndahkan biarpun tidak mempunyai sebab fizikal jalan raya atau aliran trafik yang mewajarkan bagi pengurangan tersebut. Ambil contoh, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Shah Alam (KESAS) yang mempunyai tiga lorong sehala tanpa banyak susur masuk dan keluar, had lajunya ialah 90KM/J. 

Had laju ini sama dengan beberapa Jalan Persekutuan yang hanya mempunyai satu lorong bagi setiap hala, tidak mempunyai pembahagi jalan dengan kenderaan dari arah bertentangan dan terdedah kepada kenderaan keluar masuk setiap masa. 

Kita dapati di Kesas inilah paling kerap diadakan perangkap had laju. Sekarang di pasang AES bermakna setiap masa terdapat perangkap had laju ini. 

Demikian juga di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kajang, dalam keadaan fizikal yang serupa, had laju kenderaan tiba-tiba sahaja ditukar daripada 110 KM/J kepada 90KM/J. Di situlah diletakkan kamera penguatkuasaan otomatik ini. Seolah-olah jika kita bawa lebih dari 90KM/J kita akan terbabit dalam kemalangan.

Tindakan meletakkan kamera ini di kawasan yang had laju berkurangan dari kebiasaan had laju lebuh raya adalah satu manifestasi jelas kerajaan mahu menambah pendapatan negara melalui kompaun kesalahan jalan raya. 

Boleh Setiausaha Sulit Menteri menerangkan mengapa terdapat lebuh raya atau jalan raya yang mempunyai dua atau tiga lorong sehala diletakkan had laju sekitar 70, 80 dan 90 KM/J yang setaraf dengan jalan persekutuan di kawasan luar bandar?

Pernahkan mereka yang menentukan had laju ini memandu sendiri dengan kelajuan tersebut di lebuh raya – lebuh raya terbabit? Di sesetengah tempat had laju lebuh raya dikurangkan sehingga 60 KM/J.

 Pernahkan mereka ini memandu dengan had laju bawah 60 KM/J terutama di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau di mana-mana lebuh raya 3 KM sebelum plaza tol?
Saya tidak menentang penentuan had laju, namunnya janganlah melampau-lampau dikurang seolah-olah disengajakan untuk tujuan menangkap mereka yang melebihi had laju.

Mengapa kemalangan maut tetap berlaku biar pun saman perangkap laju sentiasa diadakan. Jawapannya ialah “Tempat lain yang bernanah, tempat lain yang diubati.” 

Menurut bekas Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Y. Bhg. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, dalam wawancara dengan Astro Awani baru-baru ini, jumlah kemalangan maut membabitkan isu kelajuan ialah sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan kemalangan maut di negara ini setiap tahun. Ini bermakna daripada lebih 6,000 kemalangan maut, hanya sekitar 1500 membabitkan isu kelajuan. 

Malangnya dalam 8 hari pertama AES diperkenalkan sebanyak 63,558 pesalah telah dirakamkan. Bayangkan jika setahun AES berfungsi berapa banyak yang akan ditangkap berbanding hanya 1500 kemalangan maut yang kita hadapi setiap tahun. Dan ini semua dianggap oleh Setiausa Sulit yang tidak lagi sulit sebagai orang yang tidak bertanggungjawab. 

Menurut Dr. Radin dalam wawancara yang sama, sistem ini bertujuan menangkap mereka yang benar-benar mengancam keselamatan jalan raya misalnya memandu melebihi had laju di selekoh berbahaya atau jalan tertentu yang telah dikenalpasti sebagai kawasan kemalangan maut akibat kelajuan. Namun hakikat ini tidak berlaku dalam AES yang dipasang sekarang. 

Justeru adalah sangat menyakitkan hati apabila AES merakamkan kesalahan kita di lebuh raya tiga lorong yang sunyi-sepi pada kelajuan 110 KM/J hanya kerana had laju tempat tersebut 90KM/J.

Apakah had laju yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah telah dibuktikan secara saintifik sebagai titik kritikal dalam menentukan kemalangan di sesuatu kawasan? Saya fikir ia adalah merupakan satu hal yang sangat meragukan.

Saya akan mengulas bahagian lain dalam jawapan Setiausaha Sulit Menteri Pemandu ini pada siri kedua.

PANASS!! MB Kedah Tamak Punca Kerugian Projek 99 East Langkawi!!

Apa yang ingin Mc nak sentuh, adalah kisah laporan audit Negeri Kedah berkenaan projek 99 East di Langkawi yang telah di putar belitkan Setiausaha Politik (SETPOL) Azizan, Sanusi Md Nor dan beberapa blogger pencacai PAS.

Dalam laporan audit Negeri Kedah berkenaan projek 99 East di Langkawi, menyatakan apa yang berlaku terhadap projek berkenaan adalah terdapat kelemahan dari segi pretasi projek, tidak mengikut perancangan dan pelanggaran syarat perjanjian, Kedah Corporation Berhad (KCB) (Syarikat GLC Kedah) juga didapati tidak mengamalkan tadbir urus korporat yang baik di mana terdapat ketidak patuhan terhadap Akta Syarikat 1965 dan Pekeliling Perbendaharaan serta pengurusan pelaburan yang lemah.

Namun akibat terdesak dengan laporan berkenaan, Setpol Azizan Razak bersama blogger pencacai PAS Kedah telah menyalahkan laporan audit berkenaan kepada bekas CEO KCB pada tahun 2007, Dato' Tajul Urus Md Zain yang berjaya menarik pelabur dari Swiss yang memiliki 51% saham dalam syarikat Terra Monda (S'pore) Ltd yang berpengkalan di Singapore dalam pelaburan yang bernilai RM1.9 billon dengan mengatakan Dato' Tajul Urus telah menjerumuskan KCB dalam projek bernilai RM 1.9 billon yang telah meninggalkan beban kewangan dan reputasi buruk kepada syarikat.

Pada pemulaan projek berkenaan, perjanjian telah di lakukan di mana Syarikat Terra Monda mendapat saham sebanyak 80% dari projek 99 East di Langkawi dalam Syarikat 99 East Langkawi SDN BHD setelah syarikat terbabit mengeluarkan kos pembangunan yang akan di bangunkan atas 144 hektar tanah ( milik Permodalan Kedah Berhad dan beberapa pihak lain dalam Kerajaan Negeri) di Bukit Malut Langkawi, manakala bagi KCB telah mendapat 20% saham dalam Syarikat 99 East Langkawi SDN BHD ke atas projek berkenaan dengan perjanjian hanya menyediakan tanah untuk di buat pelaburan yang bernilai RM1.9 billon.

Dalam 144 hektar tanah yang hendak di bangunkan itu ianya membabitkan pembinaan padang golf 18 lubang dan bakinya akan di bangunkan perumahan Eksklusif.

9 lubang Padang Golf yang pertama yang di bina atas tapak padang golf lama Bukit Malut Langkawi telah berjaya di bangunkan dengan segala kos pembangunan di tanggung oleh Pihak Syarikat Terra Monda, KCB hanya mengeluarkan kos pengurusan projek berkenaan sahaja.

Apabila Kerajaan Negeri bertukar pentadbiran, pembinaan 9 lubang Padang Golf yang kedua enggan di teruskan oleh Azizan Razak yang di lantik sebagai pengerusi KCB dan CEO KCB yang baru pulak Akashah Ismail kerana menganggap milikan 20% saham KCB di dalam syarikat 99 East Langkawi tidak mencukupi untuk memenuhi sikap tamak Azizan Razak.

Apa yang dapat di lihat adalah sikap ketamakan Azizan Razak sebagai pengerusi KCB apabila tidak bersetuju dengan pemilikan saham 20% berkenaan di sebalik KCB hanya menyediakan tanah yang hendak di bangunkan berbanding syarikat Terra Monda yang mengeluarkan segala kos pembangunan membabitkan projek bernilai RM1.9 Billon itu.

Setelah kegagalan Azizan Razak memenuhi sikap tamaknya itu kerana melanggar syarat perjanjian yang di lakukan KCB dan Terra Monda, Azizan Razak telah membuat perancangan untuk menghentikan projek berkenaan dengan enggan membuat pengambilan tanah milik Permodalan Kedah Berhad (GLC Kerajaan Negeri ) untuk di berikan kepada KCB bagi meneruskan projek pembangunan 9 lubang Padang Golf yang ke dua di Bukit Malut Langkawi.

Dari maklumat yang di perolehi setelah keengganan Azizan Razak meneruskan projek berkenaan, Azizan Razak telah mengarahkan CEO KCB yang baru, Akashah Ismail mencari projek di luar Negara dan hasilnya adalah projek Pembalakan dan Peladangan Papua New Guinea (PNG) yang telah menyebabkan KCB mengalami kerugian yang amat besar setelah kegagalan projek berkenaan.

Kini akibat keengganan Azizan Razak meneruskan projek 99 East di Langkawi, Kerajaan Negeri terpaksa menanggung beban kewangan setelah mahu menghentikan projek berkenaan kerana ianya membabitkan kos kewangan di dalam membatalkan projek berkenaan dengan syarikat Terra Monda.

Yang nyata sekarang, Kerajaan Negeri pentadbiran Azizan Razak lah yang telah menyebabkan KCB terpaksa menanggung beban kewangan setelah mahu menghentikan projek 99 East di langkawi.

Kenyataan Setpol Azizan Razak, Sanusi Md Nor dalam blognya.

Jika di lihat dari kenyataan Setpol Azizan Razak, Sanusi Md Nor di atas ini membabitkan laporan audit Negeri Kedah berkenaan projek 99 East di Langkawi, ternyata ianya kenyataan yang cuba memutar belit isu apabila menyalahkan bekas CEO KCB yang dahulu (Dato' Tajul Urus ) sedangkan yang mengakibatkan KCB menanggung beban kewangan adalah Azizan Razak selaku Pengerusi KCB setelah mahu menghentikan projek berkenaan.

Antara kesalahan lain yang di letakkan kepada bekas CEO KCB yang telah membawa masuk pelabur Terra Monda adalah kegagalan menyediakan tanah untuk projek 99 East di langkawi.

Tempat yang hendak di bangunkan projek 99 East di Langkawi merupakan tanah milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) sebuah syarikat GLC Kerajaan Negeri milik Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dan beberapa pihak lain dalam Kerajaan Negeri seperti mana syarikat Kedah Corporation Berhad (KCB) juga.

Agak mustahil dan melucukan dengan menggunakan alasan KCB tidak memiliki tanah, Setpol Azizan Razak hendak menyalahkan KCB di zaman pentadbiran BN, sedangkan Azizan Razak merupakan Pengerusi PMBKed yang memegang syarikat KCB dan PKB.

Azizan Razak sebagai pengerusi di PMBKed dan pengerusi di syarikat GLC yang berada di bawah PMBKed, Azizan Razak mempunyai kuasa untuk meluluskan tanah untuk projek 99 East di Langkawi. Oleh itu soal tanah bukannya alasan yang sesuai untuk di jadikan salah satu isu untuk di salahkan pihak lain akibat bebanan yang terpaksa di tanggung KCB. - Media Kedah

P/s: Sendiri buat kerja bodoh, lagi nak salahkan UMNO pulak..

Tempat Menarik - 10 Bagunan Yang Pelik Di Dunia Ini

Langit Tidak selalu cerah - Lepas isu LRT tidak laku kini Tok Mat tempelak Rafizi !!

AMAT menakjubkan bila pendedahan Rafizi Ramli  mengenai projek LRT bagi laluan Ampang bernilai lebih RM 1 billion yang mengaitkan Perdana Menteri, tidak mendapat sambutan.

Sedangkan kalau nak diikutkan dari nilai, jumlah ini jauh lebih besar dari pinjaman RM 250 juta yang diluluskan kerajaan kepada NFC yang menjadi modal besar Rafizi untuk meyakinkan rakyat supaya memilihnya dalam pilihanraya umum akan datang di Parlimen Pandan.

Statistik menunjukkan isu ini kurang dibincangkan di facebook, Twitter dan blog-blog, malah kalau tanya orang kampung, depa just don’t care and don’t bother to know.

Ini perkembangan yang menarik kerana kepimpinan tinggi Pakatan haram dan PKR berharap sangat Rafizi dikenali dengan imej scandal buster, tapi kurangnya atau hampir tidak ada sambutan ke atas isu besar yang dibawanya kali ini benar-benar mengecewakan mereka agaknya.

Antara sebab yang penulis dapat simpulkan kenapa pembohongan Rafizi yang ini gagal ialah pertama, Rafizi sudah banyak menipu rakyat, dalam soal NFC yang dibangga-banggakan sangat olehnya itupun, sudah terbongkar yang Rafizi menipu rakyat kerana Datuk Seri Shahrizat didapati SPRM sendiri sebagai tidak terlibat.

Begitu juga halnya tindakan Rafizi memperalatkan kerani Public Bank untuk mendapatkan dokumen kewangan NFC secara salah, jelas tidak disenangi rakyat.

Kedua, sebabnya syarikat George Kent dari England yang dikatakan kroni Perdana Menteri itu, tidak dapat dipastikan setakat mana kroninya.  Malah sehingga sekarang tidak dinamakan pun kroni yang mana satunya.

Berbeza dengan pelbagai tuduhan kronisme yang lain, biasanya ada nama, pelik yang ini tidak ada nama yang disebutkan.

Ini belum lagi disebutkan kenyataan Prasarana Negara Berhad yang mengesahkan kontrak berkenaan belum diserahkan kepada sesiapa seperti di dakwa Rafizi yang bergantung kepada laporan dariBusiness Times.  Sejak bila akhbar ganti Prasarana pun kita tidak tahu.
Dek kurangnya bukti kukuh inilah agaknya yang memaksa Rafizi sendiri membuat laporan polis.  Dalam kes NFC yang buat laporan kepada SPRM ialah Jingaa 13, sebuah AGO (Anti Government Organisation), bukan NGO, yang dimiliki oleh PKR sendiri.

Bercakap tentang laporan polis ini pun Rafizi masih cuba mencipta gempar, konon tidak buat laporan kepada SPRM kerana tidak percayakan agensi itu.  Yang Rafizi terlupa, siapa peduli?  Kalau polis rasa kes itu kes SPRM, fail kes berkenaan tetap akan diserahkan kepada agensi anti rasuah tersebut, tidak kira Rafizi suka atau tidak.

Apa sekalipun, semua ini hanya membuktikan bahawa sinar Rafizi semakin pudar dalam senario politik negara.  

Kerana Kegagalan ini Rafizi cuba untuk mempengaruhi orang kampung dengan meng war warkan kononnya akan membongkar isu penyelewengan besar Menteri Besar Negeri Sembilan dalam masa dua minggu lagi dan hebohlah akhbar pembangkang Keadilan dan PAS cuba menjadikan ini sebagai isu panas.

Malangnya rakyat Negeri Sembilan buat tidak tahu. Persoalan mereka begitu mudah , kenapa dua minggu ??  Siapa tidak kenal Rafizi jika ada senjata di tangan , tidak sempat pagi akan diluahkan.

Untuk menutup malu , setelah lebih dua minggu , dan tidak ada sebarang respons dari rakyat , Rafizi telah membuat ceramah kononnya  mahu mendedahkan  penyelewengan Menteri Besar di Paroi. Ceramah ini juga tidak mendapat sambutan.

Tidak sampai pun 150 orang yang hadir dan seperti biasa Rafizi hanya berbual kososng. Lagi sekali persoalan rakyat , kenapa mendedahan hanya di ceramah kecil ????. Memang dasar bapak penipu. Rafizi sebenarnya memancing mencari bahan untuk menjatuhkan kredibiliti Menteri Besar yang kuat bekerja dan sentiasa turun padang di Negeri Sembilan.

Rafizi mencuba sekali lagi , kononnya Menteri Besar menyeleweng dan menerokai tanha di Negeri Sembilan secara haram. Kali ini nasib Rafizi juga tidak baik apabila Menteri Besar menjelaskan kedudukan sebenar.sila baca ini.klik sini (Hutan simpan milik kerajaan Negeri)

 tepakbersulam mengulas pembohongan Rafizi Ramli.

Lagi cerita openasihat kewangan yang berotak lembu dari laman web lain : sila baca dan klik sini  Rafizi Huru Hara nak cover malu.

Sidang Akhbar Musa Hassan Rekaan Pakatan Rakyat

Ramai rakyat Malaysia sebenarnya sudah maklum, hakikatnya Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang dikaitkan dengan sidang akhbar oleh bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan sebenarnya pernah dijadikan lokasi oleh SUARAM semasa mereka mengadakan sidang akhbar berkenaan isu kapal selam scorpene.

 Jadi, tidaklah menghairankan apabila tiba-tiba sahaja FCCT sekali lagi dimanipulasi oleh SUARAM dan pakatan pembangkang untuk mencemar nama bekas KPN itu dalam usaha mereka meneruskan kisah propaganda berkaitan Altantuya. 

 Di FCCT, siapa sahaja boleh menempah ruang bagi mengadakan sidang akhbar berkenaan pelbagai isu, dan bagi SUARAM selaku NGO pro PR yang sudah biasa memanfaatkannya untuk mencapai agenda pembangkang, perkara sebegini tidaklah sukar untuk dilakukan.

 Seboleh mungkin pakatan pembangkang dan NGOnya mahu kisah-kisah berkaitan Altantuya terus berkumandang setidak-tidaknya sehingga PRU 13 berakhir, dengan itu watak baru diperlukan untuk terus mensensasikan kisah rekaan tersebut. 

 Sehari dua sebelum itu, Musa telah menarik samannya terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung isu tuduhan kononnya beliau terlibat dalam konpsirasi mereka-reka bukti terhadap Anwar. 

Walhal tiada pun sebarang bukti yang sengaja direka malah saman tersebut ditarik balik oleh bekas KPN itu hanya selepas Anwar menghantar wakilnya menyarankan supaya kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

 "Saya difahamkan ada salah faham pada peranan saya dalam kes ini, oleh pihak defenden, dan saya terima untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dicadangkan defendan," demikian kata Musa ketika ditanya oleh wartawan sebab kenapa saman tersebut ditarik semula. 

Anwar pantas mengambil kesempatan dari penarikan semula saman tersebutg dengan menggambarkan dirinya berada di pihak yang betul walau hakikatnya cadangan penyelesaian luar mahkamah datang dari pihaknya. 

 Selepas itu tiba-tiba sahaja laman web FCCT memaparkan jemputan ke sidang media oleh bekas KPN itu konon adanya 'Pendedahan Baru Dalam Kes pembunuhan Altantuya'. 

 Portal pro pembangkang menjadi pihak pertama yang menyiarkan berita mengenainya (selepas geng sendiri membuat jemputan terbuka), kemudian bila Musa menyedari namanya disalah guna dan segera menafikannya, media itu jugalah yang menyiarkan berita FCCT dibatalkan.

 Bagi kita yang celik akal, sidang media rekaan Pakatan Rakyat itu sebenarnya agak melucukan. Tapi bagi penyokong totok pembangkang mereka melihatnya satu kemenangan moral tanpa sedikit pun menyedari bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pemimpin sendiri. 

 Jelas sekali pembangkang bijak mengambil peluang untuk memanipulasi nama Musa demi kepentingan politik jijik gaya baru mereka. Makin dekat musim pilihanraya kelak, tentu akan lebih banyak kisah karut marut akan keluar. 

Itu sahaja yang termampu mereka lakukan, nak mengharapkan kerja buat dan jasa bakti untuk rakyat, tak tercapai dek akal dan kemampuan mereka disebabkan perjuangan para pemimpin PR fokusnya hanya untuk kepentingan sendiri sahaja. 

Pun demikian, PR dan jentera propagandanya memang diakui hebat dalam bab mengadu domba, namun kehebatan itu tidaklah mampu menutup kebenaran hakiki untuk selamanya. Mereka boleh menipu segelintir orang namun tidak akan mampu menipu semua orang.

Monday, October 29, 2012

KORANG YANG SYOK NGAN NEELOFA SIMPAN SAJA LAH HASRAT KORANG : BACA INI !!!

Neelofa mengakui dia cukup tertekan dengan kisah hubungannya dengan Hans Isaac, ekoran kenyatan Hans baru-baru ini yang menyatakan hubungan mereka semakin serius.

Walaupun dikatakan sedang hangat menjalin hubungan cinta,  bagi mengelakkan tekanan, dia tidak mahu membuat sebarang ulasan mengenai status hubungannya dengan Hans buat masa sekarang.
"Kenyataan Hans yang mengatakan kami sedang berkawan serius telah mengundang situasi tidak terkawal ke atas diri saya. Sebab itu, maaflah, saya tidak boleh komen apa-apa lagi, tolonglah faham" katanya.
"Saya tidak boleh kata ya atau tidak. Itu saja, saya tak mahu mengusutkan lagi keadaan. Saya rasa soal hubungan kami, lebih baik tanya dia saja. Biar dia jawab, sebab dia di pihak lelaki," katanya.-Via

Pencacai pembangkang belasah Syafinas ???

Kononnya Syafinaz terpaksa tutup FB kerana dihentam oleh peminat. Sebenarnya bagi aku apa yg dilakukan oleh Syafinaz adalah sesuatu yang telus dan jelas. Aku sokong  apa yang Syafinaz   tweet. Kalau tak mahu diserang orang stop lah hina dan serang orang. Betul lah kata Syafinaz , kenapa bangkai bangkai  yang jadi buta menghentam Syafinaz pula.

Syafinaz tak perlu takut, kami hormat cara Syafinaz...dik lanyak lagi dik.....

Fuh!! Memalukan: Gambar Artis Malaysia Berpesta Liar Di Parti Halloween Semasa Sambutan Hari Raya Aidiladha!

Belum pun reda isu Nabila Huda berpakaian seksi pada majlis Anugerah Blockbuster tempoh hari, kini timbul pula cerita dia berparti sakan di parti Halloween di ibu kota.
Gambar yang dimuatnaik melalui laman Instagram miliknya itu menunjukkan dia berkongsi saat manis menyambut Halloween bersama rakan.

Keluhan rakyat terhadap AES : Dengar lah sang menteri demi Barisan Nasional

 Photo: Kamera Perangkap Laju AES .

BACA DAN PAHAMKAN!! TERUTAMANYA MENTERI

Tindakan kerajaan memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES), ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju, tanpa kajian dan penilaian yang teliti merupakan tindakan bodoh menjelang pilihan raya umum. 

Setelah lebih dua minggu diperkenalkan, AES telah menjadi satu bebanan politik kepada Barisan Nasional dan kerajaan. Rata-rata rakyat biasa melihat pelaksanaan AES adalah satu cara kerajaan menambah perbendaharaan negara bagi menampung perbelanjaan dan subsidi kerajaan yang meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kini ramai yang memomokkan penerima “Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)” sebagai penerima wang saman AES. 

Kementerian Pengangkutan mendakwa AES diperkenalkan bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi had laju. Alasan mereka banyak kemalangan maut terhasil akibat kenderaan dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Alasan ini bukan sahaja belum dibuktikan secara tuntas tetapi juga menampakkan sikap kerajaan cuba merendah-rendahkan pemikiran rakyat seolah-olah menerima sahaja apa yang disuapkan kepada mereka. 

Untuk tujuan perbahasan, kita kena akui bahawa kelajuan yag melampau hingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan boleh mendatangkan kemalangan yang dahsyat. Ini merupakan hukum fizik yang tidak lagi boleh disangkal. Di sinilah perlunya had laju, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang supaya kita boleh mengukur tahap kelajuan melampau pemandu.
Kita juga kena akui bahawa kelajuan yang berlebihan dalam jarak yang dekat dengan kenderaan lain akan menyebabkan kemalangan. Ini tidak pernah diambil perhatian oleh pihak yang mahu membuat polisi mengenai had laju. 

Justeru adalah sangat menyakitkan hati apabila kita disaman kerana memandu di lebuh raya tiga lorong yang sunyi-sepi pada kelajuan 110 KM/J hanya kerana had laju tempat tersebut 90KM/J.

Apakah had laju yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah telah dibuktikan secara saintifik sebagai titik kritikal dalam menentukan kemalangan di sesuatu kawasan? Saya fikir ia adalah merupakan satu hal yang sangat meragukan. Tinjaun penulis secara umum mendapati terdapat had-had laju yang ditetapkan langsung tidak masuk akal bagi sesetengah kawasan. 

Saya tidak berniat untuk membincangkan siapa yang mendapat kontrak dan siapa yang mendapat untung dalam perniagaan ini. Lumrah dunia jika berniaga mesti mahu untung. Namun terdapat tiga isu utama yang jelas menunjukkan pemasangan AES bukanlah bertujuan mengatasi kemalangan jalan raya tetapi untuk mengutip saman. 

Pertamanya, terdapat corak yang jelas bahawa penentuan had laju di kawasan-kawasan tertentu sengaja direndahkan biarpun tidak mempunyai sebab fizikal jalan raya atau aliran trafik yang mewajarkan bagi pengurangan tersebut. Ambil contoh, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Shah Alam (KESAS) yang mempunyai tiga lorong sehala tanpa banyak susur masuk dan keluar, had lajunya ialah 90KM/J. 

Had laju ini sama dengan beberapa Jalan Persekutuan yang hanya mempunyai satu lorong bagi setiap hala, tidak mempunyai pembahagi jalan dengan kenderaan dari arah bertentangan dan terdedah kepada kenderaan keluar masuk setiap masa.
Kita dapati di Kesas inilah paling kerap diadakan perangkap had laju. Sekarang di pasang AES bermakna setiap masa terdapat perangkap had laju ini. 

Demikian juga di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kajang, dalam keadaan fizikal yang serupa, had laju kenderaan tiba-tiba sahaja ditukar daripada 110 KM/J kepada 90KM/J. Di situlah diletakkan kamera penguatkuasaan otomatik ini. Seolah-olah jika kita bawa lebih dari 90KM/J kita akan terbabit dalam kemalangan.

Tindakan meletakkan kamera ini di kawasan yang had laju berkurangan dari kebiasaan had laju lebuh raya adalah satu manifestasi jelas kerajaan mahu menambah pendapatan negara melalui kompaun kesalahan jalan raya. 

Boleh JPJ terangkan kepada kita mengapa terdapat lebuh raya atau jalan raya yang mempunyai dua atau tiga lorong sehala diletakkan had laju sekitar 70, 80 dan 90 KM/J yang setaraf dengan jalan persekutuan di kawasan luar bandar?
Pernahkan mereka yang menentukan had laju ini memandu sendiri dengan kelajuan tersebut di lebuh raya – lebuh raya terbabit? Di sesetengah tempat had laju lebuh raya dikurangkan sehingga 60 KM/J. Pernahkan mereka ini memandu dengan had laju bawah 60 KM/J terutama di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau di mana-mana lebuh raya 3 KM sebelum plaza tol?

Saya tidak menentang penentuan had laju, namunnya janganlah melampau-lampau dikurang seolah-olah disengajakan untuk tujuan menangkap mereka yang melebihi had laju. 

Hujahan pertama ini juga menjawab mengapa kemalangan maut tetap berlaku biar pun saman perangkap laju sentiasa diadakan. “Tempat lain yang bernanah, tempat lain yang diubati.” 

Keduanya, tindakan menetapkan jumlah kompaun saman yang sama tanpa mengambil kira kelajuan menunjukkan tembelang sebenar pembuat polisi kerajaan. Semua orang yang faham logik akan tahu bahawa memandu kenderaan dengan kelajuan 110 KM/J tidak sama bahayanya dengan mereka yang memandu kenderaan pada tahap 170 KM/J atau 200 KM/J. 

Namun kerajaan menetapkan jumlah saman yang sama kadarnya ke atas mereka yang melanggar had laju yang ditetapkan tanpa mengambil kira jumlah kelajuan tersebut. 

Sebagai contoh dalam sistem saman AES, sebuah kereta dipandu 110KM/J pada laluan had laju 90KM/J akan menerima jumlah kompaun yang sama dengan mereka yang memandu 200 KM/J pada laluan yang sama. Maaf cakap, hanya orang bodoh sahaja beranggapan memandu 110 KM/J sama bahaya dengan memandu 200KM/J. Dan kumpulan manusia ini berada di kementerian Pengangkutan sekarang ini. 

Dengan kadar kompaun yang sama tanpa mengambil kira had laju kenderaan ia menunjukkan kerajaan hanya berminat mengutip kompaun saman bukannya mahu mendidik rakyat atau mencegah kemalangan. 

Bertambah jelas niat kerajaan apabila jumlah kompaun dikurangkan mengikut kecepatan orang yang disaman membayar saman. Sekiranya bayar dua minggu awal jumlahnya hanya RM 150. Jika bayar dua minggu lewat jumlahnya 200. Jika bayar selepas sebulan kompaun dikeluarkan jumlahnya RM 300. 

Apakah bahaya memandu laju bergantung kepada berapa cepat bayar kompaun?Jika bayar cepat, bahayanya kurang?
Jadi jika sesiapa ada wang banyak macam “bapak-bapak Menteri, bapak-bapak Usahawan” bolehlah memandu Ferrari mereka selaju mana yang mungkin. Bayaran kompaunnya lebih murah daripada “penulis cabuk” macam saya yang hanya terlebih 15 KM/j daripada had laju. Ini kerana RM 150 bagi mereka hanya kos makan tengah hari, berbanding saya yang perlu menunggu gaji hujung bulan untuk bayar kompaun yang ketika itu sudah menjadi RM 300. 

Ketiga, mengapa AES banyak dipasang di lebuh raya-lebuh raya berbanding jalan Persekutuan? Kebanyakan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan juga pengguna jalan Persekutuan. 

Sebaliknya JPJ lebih berminat menangkap mereka yang menggunakan lebuh raya kerana di sinilah orang ramai lebih mudah melebihi had laju kerana jalan yang elok dan tiada kesesakan terutamanya waktu malam.
Jadi apakah kesimpulan yang dapat kita buat terhadap keadaan ini? Kerajaan hanya mahu kutip saman. Inilah persepsi rakyat biasa. Tidak penting berapa banyak kenyataan Menteri Pengangkutan, hakikatnya rakyat melihat dan mempercayai sebaliknya. 

Bolehkah Menteri Pengangkutan yang garang di kaca televisyen mempertahankan AES menjawab persoalan-persoalan ini?

Jika benar AES bertujuan mencegah kemalangan bukannya mengutip wang rakyat bagi menambah perbendaharaan negara, kerajaan melakukan empat perkara berikut: 

Pertama, AES hendaklah dipasang di jalan-jalan Persekutuan yang banyak membabitkan banyak kemalangan maut akibat kelajuan melampau. Kamera-kamera AES di lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Kesas dan Lebuh Raya Putrajaya wajar dikaji semula dan sebahagiannya perlu pindahkan kerana ia jelas bertujuan mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan. 

Kedua, jumlah kompaun hendaklah berbeza mengikut tahap kelajuan. Makin laju kenderaan melepasi had laju maka jumlah kompaun perlu lebih tinggi. Melalui kaedah ini barulah kerajaan memberi isyarat yang jelas mengenai bahaya memandu dengan kelajuan melampau. Jika jumlah kompaun sama sahaja akan wujud persepsi alang-alang langgar had laju baik terus ke maksimum sahaja kerana kompaun tetap sama. 

Ketiga, kaedah AES sekarang tidak akan memperlahankan kenderaan kerana konsep “alang telah terperangkap, baik terus bawa laju” akan diguna pakai. Apa guna memperlahankan kenderaan jika ia telah pun dirakam dan akan disaman.Jadi mana mungkin hasrat kerajaan bagi mengurangkan kemalangan akan tercapai. 

Jika benar kerajaan mahu pemandu memperlahankan kenderaan bukannya mengutip kompaun, kamera AES hendaklah di pasang sebanyak dua biji bagi setiap titik perangkap had laju. 

Kamera pertama hendaklah merupakan satu bentuk amaran yang mengeluarkan pancaran cahaya (flash) bagi setiap kenderaan yang melebihi had laju. Kamera kedua diletakkan sekitar lima kilometer daripada kamera pertama dan berfungsi sebagai perakam sebenar kesalahan melebihi had laju. 

Dengan kaedah ini barulah menunjukkan kerajaan benar-benar mahu mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya mengutip kompaun. Ini memberi peluang pemandu memperlahankan kenderaan. 

Keempat, kerajaan perlu menubuhkan satu suruhanjaya khas yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan AES. Suruhanjaya seperti ini telah ditubuhkan di beberapa negara maju termasuk Australia. Ia akan bertanggungjawab menerima aduan orang ramai dan menentukan sama ada wajar atau tidak AES dipasang di satu-satu tempat. Ini bagi mengelakkan AES dijadikan alat untuk mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan. 

Saya berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini sebelum ia menimbulkan sentimen kemarahan rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional. Rakyat bukan tidak mahu mematuhi undang-undang, namun undang-undang yang dibuat, penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan hendaklah masuk akal. Jangan nanti sudah terhantuk baru tergadah! 

Elok pecat sahaja Menteri Pengangkutan yang cakap serupa orang bodoh di dalam televisyen dan hanya menambah kemarahan orang ramai.

keluhan rakyat :

Blog Archive

Share It

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts