Thursday, October 27, 2011

Al fatehah - Kami sekeluarga merasai kehilangan mu

Sheila dan anak nya Allahyarham Hafeez  Ariff
Mungkin masa yang ku catat di sini terlebih atau terkurang kerana aku tidak lagi pasti akan masa sebenar ketika itu dan masa berlalu begitu pantas sekali sehingga selesai segala urusan pada sekitar 11.30 tengah hari keesokannya.

24/10 - 11.30 malam sedang melayari facebook : terlihat ada pesanan di FB ku dan aku tahu ianya dari Prince TNP Malaya dan di dalam kotak pesanan. aku lantas membuka pesanan berkenaan dan aku seolah olah tidak mempercayai apa yang aku baca dalam pesanan tersebut "Bro dengar cerita anak sheila suat meninggal dunia lah kat hospital sg buluh..." Aku tergamam sebentar lalu aku membalas pesanan tersebut , "anak yg mana , pls call me back" aku tinggalkan nombor ku pada nya tetapi tapi tidak mendapat respons darinya kembali.

Aku terus menghubungi Bazz , PA Dato' Rosnah dan dia memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan ke Hospital Sg Buluh. Puan Seri Sabrina menghubungi aku dan memaklumkan perkara yang sama dan aku terus menghubungi Fahmi untuk bertanyakan keadaan.

12.15.pagi Aku memberitahu Isteri dan anak anak ku akan berita sedih ini dan kesemuanya bangun bersiap dan dalam masa 15 minit kami sudah bergerak menuju ke hospital Sungai Buluh.

12.45 pagi kami sampai ke hospital Sungai Buluh , sebaik kami tiba Sheila sedang duduk dan suaminya Razif sedang berdiri di kaunter bilik jenazah. Anak dan isteri meluru dan memeluk Sheila sementara aku memeluk suaminya dan kami .Aku bertanya kepada Sheila apa yang terjadi , sheila kata ianya berlaku secara yang mengejut. Pada jam 9.30 malam Allahyarham mengetuk pintunya terus mendakapnya dan berkata "Umi Hafiz tidak boleh hendak bernafas" tiba tiba darah menyembur dari mulutnya. Sheila sempat membimbing Hafiz mengucap dua Kalimah Syahadah dan berkata , "umi ampunkan segala dosa Hafiz." Hafiz kemudian menghembus nafas yang terakhirnya dalam pelukan uminya.Jenazah naik ke h dibawa ke hospital Sungai Buluh kepastian.

1.00 malam ,saya telah naik ke pondok polis di mana di situ Yati Shahrum , Bazlinda , Amran SUSK Dato' Rosnah sedang menguruskan untuk membawa Jenazah pulang. Kami dimaklumkan bahawa kami perlu mengambil surat kematian di balai polis di berhampiran rumah.Puan Seri Sabrina yang tiba dari Johor terus mengikuti kami ke balai Polis.Aku juga telah menghubungi semua teman teman rapat yang sama sama bekerja dengan Dato Seri Azalina dahulu.

2.00 malam tiba di balai polis, gelap dan kejut polis yang sedang tidur dan maklumkan padanya bahawa kami mahu mengambil sijil kematian. Pihak polis enggan mengeluarkannya , katanya itu adalah urusan polis di hospital.Kami hubungi pula polis di hospital dan dia juga enggan mengeluarkan apa apa surat dan katanya hanya pihak balai saja yang boleh melakukan. kami jadi keliru apakah prosedur sebenar. Akhirnya kami pujuk pihak polis di balai dan dia mengeluarkan sijil kematian.

3.00 kami pulang ke hospital dan pada jam 4 pagi urusan selesai dan anak dan isteri saya pulang ke rumah Sheila dan kawan kawan balik menukar pakaian , aku dan Razip (suami Sheila dan anak sulungnya Fahmi dan seorang kawan serta pasangan adik Sheila menunggu jenazah dimandikan dan di kafan kan ,

Jam 5.00 pagi Fahmi dan kawan serta adik Sheila pulang ke rumah dan tinggal aku dan Razif menunggu doktor yang janji datang jam 6 pagi tetapi tidak muncul muncul sehingga lah jam 7.00 pagi baru Doktor muncul dan setelah selesai aku dan Razif membawa jenazah pulang.

7.30 Pagi Jenazah tiba disambut oleh keluarga .
8.30 Pagi.Yati , Puan Seri tiba dan turut hadir menziarahi YB Dato' Rosnah .
10.00 Pagi Imam masjid dan ahlii surau datang dan jenazah di sembahyang kan .
11.15 jenazah dibawa ke tanah perkuburan dan disemadikan .
12.00 tengah hari aku beredar pulang dengan keluarga ku dan pada malamnya aku kembali untuk menghadiri tahlil.

Aku dan juga bagi pihak keluarga Sheila ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan kawan , Puan Seri Sabrina ,Tan Seri Syed Yussuf Yati Shahrum ,Bazlinda , Amran , As dan kakaknya , Fendi , Nazri , Tengku dan suami (UPM) dua sahabat Puan Seri Sabrina. Hajar , Anum , Mak Wan dan mungkin ada yang saya tidak perasan atau terlupa. Aku menerima panggilan dari Tony, Zaha , Linda KBS dan Sajahan yang menyampaikan salam Takziah pada Sheila.

Ya Allah! Berilah keampunan kepada anakanada ku Hafiz . Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya, wahai Tuhan sekelian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya. Semoga ditempatkan bersama orang orang yang solih dan ampuni segala dosa dosanya. - Amin

Share It

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts